BREAKING NEWS

Operasi BERSIH kan negara dari najis PAKATAN..



Lima anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kapar hari ini ditahan polis ketika bersiar-siar di pusat beli-belah Klang Parade di sini, dengan memakai t-shirt berwarna kuning termasuk empat daripadanya memiliki logo Bersih 2.0.

Mereka ialah Pegawai Khas kepada S Manikavasagam, Mohd Fauzi Abdul Majid; Naib Ketua AMK Kapar, Kamarul Zaman Johari; Bendahari AMK Kapar, Asmadi Abdul Hassan; bekas Ketua AMK Kapar, Hazizam Hani dan anggota KEADILAN Kapar yang belum diketahui namanya.

Empat daripada mereka memakai T-Shirt sempena Perhimpunan Bersih 2.0 manakala seorang lagi yang belum dikenali cuma memakai baju kuning tanpa logo Bersih.

Ketika ditahan sekitar jam 5 petang, mereka sedang menunggu kedatangan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam di Klang Parade untuk berbincang mengenai program berkaitan Bersih. - KeldaianDaily.





p/s: Gua harap Polis tangkap semua NAJIS-NAJIS Pakatan ni.. Biar negara BERSIH dari kekotoran saki baki Al Juburi yang menganggu gugat ketenteraman negara...

Penuhkan seluruh LOKAP dalam negara dengan penyangak-penyangak tu semua... Kalau tak cukup ruang LOKAP.., sumbat kan dorang dalam kandang rimau di Zoo Negara.. Biar dorang semua mampus kena makan dengan rimau tu...

Pencacai-pencacai tu semua tak patut dibagi muka.. Kalau dorang turun jugak berdemo nanti.., belasah je dengan cota dan juga benamkan muka dorang diatas tar..

Biar dorang tau langit tu tinggi atau rendah bila melawan pemerintah... Ini bukan MESIR!! Ini bukan LUBNAN!! Tapi ini negara Malaysia yang takkan bertoleransi dengan pengkhianat negara!

Lu LANGSI.., Lu MATI!!! Hahahahaha...

Johari Abdul perlukan CHINA DOLL untuk buktikan Anwar tak salah..



Demi nak selamatkan bos, Johari pilih untuk berlakon dan disolek macam P Ramlee. Cuma sekali tengok kita tahu, tak ada gaya langsung. Tengok sendiri gambar di atas, ada rupa P Ramlee ke?

Beza sangat dengan lelaki yang dalam klip video itu, bak kata seorang yang biasa dengan Pak Sheikh bila tengok klip video itu, "Dia lintas saja, aku mengucap, Ya Allah apa Anwar buat kat situ...".

Kisah Johari nak jadi P Ramlee ini bermula apabila wartawan yang hadir dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang Jumaat diberitahu mengenai tayangan video yang dihasilkan sendiri Johari sebagai usaha untuk menangkis tuduhan terhadap Anwar yang dikatakan sebagai pelaku video seks.

Walaupun Johari mengakui dia sendiri menerbitkan video berkenaan, tetapi ternyata video itu mempunyai sentuhan profesional dalam kerja produksi.

Sepatutnya Johari menjemput sama Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya Presiden MCA itu dapat belajar menerbitkan sebuah video dokumentari untuk menangkis isu VCD seksnya dulu.

Barangkali Johari dapat membantu Soi Lek menyelamatkan maruahnya dengan cara yang sama, sekiranya mereka bertemu lebih awal dulu. Lagipun Johari cuma mengambi masa 34 hari untuk menerbitkan video dokumentari berkenaan.

Johari menunjukkan bakat 5 dalam 1 dalam video ala Majalah 3 itu yang ditayangkan kepada media itu apabila dia bertindak sebagai penerbit, penyunting, penyelidik, penulis skrip dan hos.

“Saya mengambil masa 34 hari untuk menerbitkan video ini, termasuk membuat penyelidikan yang membawa saya hingga ke Thailand,” katanya kepada pada sidang media berkenaan.

Lebih kelakar, Johari siap ambil kesempatan menawarkan untuk menjual video itu kepada media. 'Saya buat video ini pakai duit saya. Jadi siapa nak, kena beli. Lepas beli, anda boleh salin dan sebarkan kepada orang ramai,” katanya.

Video berkenaan bermula dengan opening montage yang memaparkan judul “Dalang Video Seks’ yang memaparkan gambar ketiga-tiga Datuk T. Johari memulakan mukadimah sebagai hos dengan mengatakan video itu akan menunjukkan bukti bahawa Anwar bukan pelaku dalam video seks yang menjadi isu hangat.

“Terdapat seribu kemungkinan siapa pelakon dalam video ini, tetapi apa yang kita tahu, ia bukan Anwar kerana beberapa sebab,” kata Johari dalam dokumentari itu.

Cuma yang pelik, Johari Abdul tidak pulak minta polis siasat siapa pelakon itu jika bukan Anwar atau minta tubuh Suruhanjaya Diraja untuk kenal pasti siapa yang sebenarnya pelakon video seks itu kalu bukan Anwar.

Johari menggunakan modal lama dengan menunjukkan lelaki yang digelarkan “Lelaki X”, kemudian membuat perbandingan dengan gambar-gambar yang memokuskan perut, pinggul, hidung dan rambut Anwar.

Gambar-gambar itu diselang-seli dengan gambar yang memberi fokus kepada hidung Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Johari memberi alasan lelaki yang dikatakan Anwar itu memakai cermin mata sedangkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak memakai cermin mata sejak menjalani pembedahan lasik dua tahun lalu.

Johari juga mendakwa bahawa lelaki yang dikatakan mirip Anwar itu berhidung mancung, sementara Anwar berhidung penyek, serta jam Omega yang dikatakan milik Anwar sebenarnya kepunyaan Eskay.

Kira-kira 15 wartawan yang menyaksikan video berkenaan tergelak besar melihat adegan seorang make-up artis membuat “make-over” terhadap Johari supaya dia kelihatan seperti idolanya, P.Ramlee. Tambah melucukan apabila Johari cuba menari gaya P.Ramlee.

“Lihatlah, kesan solekan boleh buat saya kelihatan macam P Ramlee,” kata Johari, disambut gelak ketawa wartawan.

Bagi saya, ah, jauh panggang dari api! Langsung tak ada persamaan!. Kadang-kadang solekan boleh tiru, tapi bagaimana Johari hendak jelaskan body language pelakon video seks itu yang sebijik Anwar?

Johari juga dalam ulasannya mendakwa bahawa Eskay pernah memberitahu bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid bahawa dia akan ke Thailand untuk melakukan sesuatu terhadap Anwar.

Menurut Johari, PKR akan menjual VCD ini dalam ceramah-ceramahnya mulai minggu ini dan video berkenaan akan dimuatnaik ke Youtube selepas sidang media. – OLEH NOOR HASILAH ISMAIL - AGENDADAILY.

FUCKWA BARU PAS : Himpunan BERSIH sama dengan mengerjakan HAJI



Bagi saya mengerjakan haji juga perhimpunan aman. Jika berlaku sebarang kekacauan, polis arab saudi tangkap ajalah yang buat kekacauan.

Kalaulah UMNO memerintah Arab Saudi maka barangkali seluruh dunia tidak dibenarkan menunaikan haji disitu walaupun ia perhimpunan aman kerana mereka tau niat orang yang akan mengerjakan haji ialah untuk membuat kerosakan...
- sumber


Gua dapat kenyataan kat atas tu dari blog sorang penganut mahzab PAS Parit Buntar... Kenyataan dia ni dah cukup untuk menunjukkan yang dorang ni memang dah terseleweng aqidah..

Memang bangang sungguh dia apabila sama kan tunjuk perasaan BERSIH dengan orang mengerjakan HAJI di Mekah.. Mungkin Nik Aziz yang ajar dorang untuk berfikiran bahlol macam tu kot..

Kalau ikut pemahaman jumud puak-puak PAS tu semua.., lepas ni dorang tak payah tunaikan rukun Islam yang ke lima tu dah..

Cukup hanya dengan menyertai tunjuk perasaan HARAM BERSIH, dorang akan dapat pahala HAJI..

Dulu Nik Aziz kata sembahyang tu pun satu bentuk demonstrasi pada Allah.., sekarang ni pengikut bangang Nik Aziz pulak kata tunjuk perasaan macam BERSIH tu adalah sama dengan buat HAJI..

Memang dah SESAT sangat puak-puak ahzab PAS di Malaysia ni.. Tak salahlah kalau Ustaz Noor Deris panggil Nik Aziz tu sebagai Al-Syaitoni Kelantan.. Memang dah serupa syaitan pun puak-puak tu semua!!

Kereta dan rumah DISEMBUR CAT angkara peminat BERSIH..



Kelmarin, penduduk di sekitar Kangar Perlis dikejutkan dengan insiden sebuah kereta Toyota Camry telah disembur dengan cat hijau bertulisan "Bersih 2.0". Kejadian berlaku di sebuah lorong di belakang Pasaraya Aneka dekat sini.

Tidak jauh dari situ pula, dinding sebuah premis pula disembur dengan cat hijau dengan perkataan "Hidup PAS", manakala dinding pagar di sebuah premis berdekatan Masjid Syed Alwi pula disembur dengan tulisan "Joint Bersih 2.0".

Yang bestnya, puak-puak PAS Perlis dengan pantas menuduh UMNO jadi dalang disebalik kejadian ni.. Ada bukti ke? Ada 4 orang saksi?

Gua tak heran dengan perangai bangsat puak-puak PAS tu semua.. Dorang mesti suruh penganut mahzab dorang buat kerja tu, lepas tu UMNO yang dorang salahkan.. Itu memang perangai wajib dorang..

Puak-puak ni mana pernah berhati baik beb.. Perut dorang tu lebih busuk dari tong sampah Majlis Bandaran.. Sebab tu lah Allah tak pernah rehdo kat apa yang dorang buat..

Pasal gila sangat nak kuasa, dorang sanggup jadi pencacai kafir DAP.. Sekarang ni, dorang sanggup pulak jadi hamba penjilat kepada kafir aktivis MURTAD Ambiga..

PAS ni bukan saja memalukan bangsa melayu di Malaysia.., tapi dorang sebenarnya sedang berikan imej buruk kepada umat Islam keseluruhannya.. PAS memang HamPAS!!!

FRU buat WARM-UP di SHAH ALAM sebelum tunjuk perasaan BERSIH.



Terdesak dengan kehebatan momentum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sepasukan polis bertindak keras dengan menghalang road show anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shah Alam di Uptown di sini, malam ini.

Polis dengan bilangan keanggotaan yang ramai termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah mengepung sekitar laluan menghala ke Uptown Shah Alam – lokasi tumpuan anak muda sekitar bandar raya itu.

Tekanan awal mulai dirasai apabila beberapa sekatan jalan raya dibuat sebelum polis yang kemudian menghalang orang ramai memasuki Uptown di Seksyen 24 itu, dengan melakukan kepungan sejak jam 7 malam.

Anggota polis turut menutup pentas Uptown yang dijadual berlangsung ucapan pimpinan AMK sempena program road show itu.

“Kawasan ceramah di Uptown dikepung polis sehingga tiada pengunjung dibenar memasuki Uptown itu,” kata Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar atau Jonah kepada Keadilan Daily, kira-kira jam 10.30 malam ini.

Jonah yang turut ditahan polis kerana memakai T-Shirt Bersih dan dibawa ke balai polis Shah Alam, Seksyen 9 dengan tangan bergari, ketika dihubungi malam ini, tidak gentar dengan tindakan itu.
“Masih di balai. Saya seorang ditahan. Insya-Allah, tak ada apa-apa…” katanya.

Terdahulu, Jonah dalam kiriman pesanan ringkas (SMS), berkata polis juga memanggil beberapa anggota AMK yang berceramah di Felda Hulu Selangor, semalam, untuk memberi keterangan. -keadilandaily-

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online