Kerajaan Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.
Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUN akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu.
"Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, Pas melancarkan kempen 'Boikot Utusan Malaysia' kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan pada Rabu lepas.
p/s: Gua rasa Kerajaan PAS di Kelantan ni dah terlampau jumud sampaikan sanggup menyekat kebebasan bersuara. Utusan cuma sindir kenyataan yang Hadi sendiri ucapkan masa Muktamar.., itu pun dah tak boleh ke?
Betullah orang selalu kata, pemimpin-pemimpin PAS tu semua dah perasan yang dorang tu maksum. Lagi satu, dorang tu langsung tak boleh terima kritikan.
Ini bukti betapa keciknya jiwa orang-orang didalam PAS yang mengaku sebagai Tok Guru dan Ulamak tu semua.. Korang tengoklah nanti.., kalau ditakdirkan Allah yang Pakatan tadbir negara selepas PRU13, semua akhbar akan diharamkan kecuali HaraMkah..
TV semua akan ditutup dan digantikan dengan ceramah-ceramah lebai-lebai PAS saja.. Dan sambil ceramah..., sambillah dorang kutip derma... Ini bukan mustahil kalau begini sekali jumudnya pemikiran puak-puak pemimpin PAS..
Memang amat memalukan!!!

