BREAKING NEWS

Tayangan video Anwar kepada UMUM malam ini di Penang...


Gua dikhabarkan, ada tayangan perdana video Anwar yang akan ditayangkan kepada umum malam ini di ceramah Pentas Pemuda, Kepala Batas..

Kalau benar bagai dikata.., ini akan jadi tayangan yang pertama seumpamanya di dalam negara. So, gua akan memaksa diri untuk turun malam ni ke Permatang Tok Brain, Penaga untuk sahkan tayangan tu..

Dan selain dari jumpa Zul Kulim.., gua juga sebenarnya nak bersembang-sembang dengan Ustaz Md Noor Deris yang terkenal pasal berani maki Nik Aziz di PRK Galas dulu..

Jadi, kalau sesapa diantara korang yang duduk berdekatan ataupun ada kelapangan, bolehlah join dengar ceramah dari Zul Kulim dan juga Ustaz Md Noor ni nanti..

Sambil-sambil tu bolehlah kita cuci mata tengok tayangan video Anwar.. Hahahahahaha...


Pendedahan eksklusif di PENTAS PEMUDA ~'Wajah Sebenar Pakatan'
oleh YB Zulkifli Noordin (X-PKR / bekas peguambela DS Anwar) & Prof.Mohd Noor Deris (Bekas anggota Dewan Ulama Pas)

Jom Turun beramai ramai ke

Permatang Tok Brain, Penaga, Kepala Batas,

 17/6/11 Jumaat jam 9 malam

Kehadiran anda amat dialu alukan.


WAJIB TENGOK DAN SEBAR!!! Bahaya puak DAP di Malaysia...



Gua tak nak cakap banyak..., gua cuma nak korang tengok dan teliti video kat bawah ni pasal belang sebenar puak-puak kapir DAP yang PAS sanjung-sanjungkan sangat tu..

Adakah kita akan membiarkan parti berfahaman komunis ini terus mara meluaskan pengaruh dan kuasanya ke seluruh negara?

Jawapannya ada pada diri korang sendiri sebagai rakyat Malaysia yang ada ada hak mengundi..

Masa depan anak bangsa kita ditentukan oleh apa yang kita buat hari ni.. Kalau salah langkah kita.., maka susahlah anak cucu kita nanti.. Jangan pasal terlampau taksub dengan politik kepartian, kita lupa dan tak nampak musuh kita yang sebenar..


Katakanlah kepada orang kafir itu: “Kamu akan dikalahkan dan kamu akan diheret ke Neraka Jahanam, (iaitu) seburuk-buruk tempat.” (Al-Imran ayat 12)



Nik Aziz terlupa dia juga pernah hina Allah...



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Utusan Malaysia milik Umno sebagai “Denmark Malaysia” ekoran penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” semalam, yang banyak pihak mendakwa sebagai tindakan menghina Islam.

Menteri Besar Kelantan berkata akhbar harian itu telah menghina syariat Islam apabila mempermainkan hukum Allah.

“Saya sifatkan Utusan Malaysia sudah menjadi Denmark Malaysia dengan menyiarkan lakaran kartun tersebut,” kata Nik Aziz pada laman sosial Facebook beliau hari ini.


Dalam hal kartun Utusan yang dikatakan menghina Islam ni, gua dah agak mesti Nik Aziz akan keluarkan "fatwa" dia kepada akhbar tu... Dan semalam, Nik Aziz dah keluarkan statement bahawa Utusan dah hina syariat Islam bila permainkan hukum Allah swt..

Gua langsung tak rasa pelik dengan apa yang Nik Aziz cakapkan tu.. Memang selama ni pun Nik Aziz selalu gunakan agama untuk hentam "musuh-musuh" dia tanpa sebarang pengecualian..

Tapi gua terkilan satu perkara je beb.., Nik Aziz menuduh orang lain menghina Islam macamlah dia tu maksum dan tak pernah terkhilaf langsung..

Gua teringat lagi ceramah Nik Aziz yang dorang buat pada 15 Mac 2002 di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa.

Dalam ceramah tu.., Nik Aziz dakwa kalau terdapat di kalangan orang Islam menganggap dirinya samseng, maka Allah lebih samseng daripadanya.., jika dia menganggap dirinya jahat.., maka Allah lebih jahat daripadanya dan jika dia pula menganggap dirinya sombong.., maka Allah lebih sombong daripadanya.

Nik Aziz tafsirkan semua tu dengan kefahaman dia tentang sifat Asmaullah al-Husna iaitu Al-Jabbar dan Al-Mutakabbir.

Kes tu dah cukup untuk tunjukkan bahawa Nik Aziz dah menghina Allah swt bila dia kata Allah tu maha samseng.., maha jahat dan maha sombong...

Gua rasa perkara tu lagi teruk dari kartun Utusan yang Nik Aziz kata menghina syariat Islam dan mempermainkan hukum Islam beb..

Korang cuba bertanya ustaz-ustaz (bukan lebai PAS) pasal maksud Al-Jabbar dan Al-Mutakabbir. Ada ke dorang akan kata Al-Jabbar tu bermaksud SAMSENG/JAHAT dan Al-Mutakkabir tu bermaksud SOMBONG???

Gua yang jahil ni pun tau bahawa kita tak boleh merendah-rendahkan sifat-sifat Allah yang sempurna dan menyamakan dengan segala sifat manusia yang serba kekurangan. Tapi gua tak tau pulak Nik Aziz ada authority untuk buat semua tu..

Apa yang gua tau.., Al-Jabbar bermaksud Yang Maha Kuat dan menundukkan segalanya.. Al-Mutakabbir pulak adalah bermaksud Yang Melengkapi segala Kebesaran-Nya..

Korang boleh semak pasal makna Asmaullah al-Husna ni dalam Tafsir kitab..

So.., pasal ni lah gua kata Nik Aziz tu hanya seorang ahli politik yang gunakan agama untuk raih sokongan dan cari undi beb..

Takkan mampu sorang Tok Guru atau Ulamak buat perkara-perkara yang macam Nik Aziz buat melainkan dia tu sorang "binatang" politik...

Jadi kalau Nik Aziz sibuk nak "fatwakan" pihak-pihak tertentu hina Islam di dalam negara ni.., dia patut sedar yang dia tu dah lama hina Allah dan juga jatuhkan imej Islam di Malaysia..

Kalau dah tafsir nama Allah pun dia sanggup politikkan.., patut ke puak-puak penyokong PAS nak suruh gua iktiraf dia sebagai Tok Guru dan ulamak ke? Ehhh..., pegi mampus lah beb...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online