Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.
Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.
Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.
Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?
Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?
Rogol
Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.
Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.
Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.
Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?
Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:
“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.
Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.
Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta.
Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.
Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28).
Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.
Lian
Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi.
Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina.
Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya.
Justeru Allah menyebut: (maksudnya)
“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar;
Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta;
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).
Bab ini dinamakan dengan 'li'an' atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini.
Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri.
Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono.
Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah.
Secara puratanya, gua bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh bekas Mufti Perlis diatas.. Kali ni nampaknya Ustaz Asri tak bias dan berat kemana-mana pihak walaupun sebelum ni dia nampak lebih cenderung kepada PAS..
Inilah yang sewajarnya dilakukan oleh seseorang yang berpengetahuan agama seperti dia.. Jangan terlampau mempolitikkan agama sampai menimbulkan keraguan dikalangan masyarakat.
Kalau agama dipergunakan akibat terlampau taksub kepada kepartian macam yang PAS dok buat, gua yakin umat Islam dalam negara ni akan semakin keliru dan juga memburukkan imej Islam tu sendiri..
Macam kes video seks Anwar dan juga isu 4 orang saksi ni lah.. Kalaulah Hadi dan pemimpin-pemimpin PAS boleh jelaskan kepada masyarakat sebagaimana yang Asri terangkan tu.., gua rasa benda-benda ni takkan jadi..
Tapi apa nak buat.., PAS lebih pentingkan kepada politik lebih dari dorang utamakan agama.., so caca marba lah jadinya...
Seorang wakil rakyat DAP Selangor berang selepas mendapati gambarnya telah diubahsuai dengan hidung babi dalam posting blog yang juga mengandungi laporan palsu bahawa beliau cuba mensabotaj rakannya dalam PAS.
ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim menyertakan salinan gambarnya yang diubahsuai itu serta salinan posting blog tersebut dalam laporannya di balai polis Sekincan semalam.
Gambar yang diubahsuai dan posting itu dimuat dalam blog pro-Umno 'Sungai Rapat Online'.
"Saya mengesyaki blog itu milik exco kerajaan Perak Hamidah Osman atau penyokong beliau, kerana 90 peratus kandungannya adalah mengenai beliau," kata Ng ketika dihubungi Malaysiakini.
Gua betul-betul tak sangka... Ada juga rupanya kaum konek kecik ni yang malu bila dikaitkan dengan menatang BABI tu.. Masa makan menatang haram tu dorang tak lah pulak rasa malu.. Pelik betul...
Tapi tak ada salahnya pun kalau diletakkan hidung penyek babi tu ke muka Adun kafir DAP.., memang sesuai dan amat cocok banget...
Dan perangai dorang pun tak jauh bezanya dengan menatang menyondol tu juga.., so apa yang nak si Adun tu malu sampai sanggup buat report Polis?
Gua rasa.., ni mesti kes malu-malu tapi mahu niii... Walaupun di luar dia kata benci dan tak suka dikaitkan dengan hidung babi.., tapi dalam hati dia mesti tetap berkata yang itu adalah makanan kegemaran dia..
Bila Hadi Awang secara terang tolak sistem Qarinah didalam hukum Islam Takzir, tak pulak YDP Persatuan Ulama Malaysia tu nak meroyan suruh Hadi didakwa pasal menghina Islam..
Tapi bila Utusan keluarkan kartun yang perli Hadi.., melompat-lompat Pak Syeikh tu suruh Utusan didakwa di Mahkamah..
Ni apa punya jenis ulamak nii...? Pegang jawatan YDP pulak tu.. Nampak sangat tak adil dan double standart.. Macam mana nak jadi ulamak kalau nak berlaku adil pun tak mampu beb?
Patutlah Islam asyik kena main je dengan puak-puak kafir dalam negara ni.. Rupanya yang jadi YDP Persatuan ulamak pun suka main politik jugak... Lingkup imej Islam kat Malaysia kalau macam ni...
Sekarang ni gua malas nak cakap banyak... Gua nak YDP Persatuan Ulamak tu letak jawatan ataupun bubarkan saja PUM tu.. Gua rasa lagi bagus dia duduk rumah dan ajar budak-budak mengaji tajwid.. Sambil-sambil tu dia boleh belajar lagi pasal ilmu agama...
Kalau politik dah menguasai pertimbangan akal YDP PUM tu didalam mengeluarkan kenyataan pasal hukum agama, gua yakin dia akan memburukkan lagi imej Islam dalam negara..
Pasal tu lah gua suruh dia letak jawatan.. Tak layak orang yang beratkan politik macam Pak Syeikh tu jadi YDP PUM.. Gua takut nanti PUM jadi pentas Raja Lawak sebab hanya jadi bahan gelak orang..
Gua pelik bila YDP PUM tu sibuk nak komen pasal kartun Utusan.... Takkan dia buta sangat sampaikan tak tau kenapa Utusan terbitkan kartun macam tu?
Gua cabar YDP PUM..., tolong bagi komen pasal kenyataan Hadi dalam muktamar PAS baru-baru ni berkenaan bukti video zina Anwar... Takkan berani hentam Utusan tapi tak berani nak tegur Hadi? Ada komplot ke?
Dan apa pulak komen YDP PUM terhadap penjelasan Ustaz Kazim Alias pasal isu 4 saksi dan juga Qarinah? Tak mau dakwa Ustaz Kazim ke mahkamah ke pasal Ustaz Kazim pun senada dengan kartun Utusan tu?
Gua rasa.., Ustaz Kazim ni sepuluh kali lebih layak untuk jadi YDP Persatuan Ulama Malaysia.. Dan gua yakin Ustaz Kazim lebih cerdik dari Hadi Awang didalam membuat kenyataan pasal isu hukum agama..
So.., yang hina Islam sekarang ni bukanlah Utusan.., tapi Hadi Awang.. Berani tak Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dakwa Hadi di mahkamah??
Kartun yang diatas dikatakan menghina Islam dan juga ulamak... Sebab apa? Sebab dia menyindir cakap ketua PAS berkenaan isu bukti video bagi kes zina Anwar..
Kita kena faham mentaliti pengikut serta penyokong PAS beb.. Kan PAS tu dorang dah sama level kan dengan Islam... Maknanya.., setiap percakapan ketua PAS, sama level jugak laa dengan "nabi-nabi"..
Jadi.., kalau mengkritik.., menyindir.., mengutuk.., membangkang.., dan menyanggah cakap ketua PAS bermakna sama hukumnya dengan Hina Islam!! Korang kena ingat tu beb....
Dan kartun kat bawah ni pulak tak kritik ketua PAS tapi mengutuk ulamak dalam parti UMNO... Jadi kartun hasil karya Zunar kat bawah ni "difatwakan" HALAL oleh semua penganut-penganut agama PAS...
Pasal apa HALAL? Pasal UMNO tu dorang kata parti yang tak boleh bawak ke syurga.. Pasal apa orang UMNO tak boleh ke syurga? Pasal dorang anggap kunci syurga Pok Nik yang pegang...
Soo..., Hina parti lain tak apa asalkan jangan hina dan sentuh PAS.. Sebab PAS tu dah di angkat martabatnya sama mulia macam mulianya agama Islam.
Apa saja yang pemimpin PAS cakap adalah benar dan langsung tak boleh kita nak nafi.. Cakap pemimpin-pemimpin PAS adalah serupa dengan cakap alim ulamak.., walaupun dorang tu berstatus ular dalam semak yang kerjanya nak patuk dan belit orang-orang yang bodoh sombong..
Jadi.., korang kena berhati-hati kalau nak kritik pasal PAS.. Silap hari bulan korang boleh dikategorikan menghina Islam sebab PAS tu dah di upgrade sama suci dengan agama Islam..
Jangan main-main beb.. Ingat yee.., jangan hina PAS or pemimpin PAS..., especially Nik Aziz.. Tak masuk syurga nanti baiii..
Korang tak nak tengok bidadari syurga ke?? Kalau nak.., bodek dan jilatlah Pok Nik dan konco-konconya.. Kepuasannya gerenti hasilkan tiket ke syurga.... Hahahahahaha....
p/s: Kalau nak tuduh Utusan hina Islam pasal kritik Hadi yang tolak bukti video seks untuk kes zina.., maknanya Hadi Awang juga HINA ISLAM pasal dia tolak QARINAH didalam hukum Islam..
Apa tu QARINAH?? QARINAH ni ialah Bukti.. Dalam Islam, Qarinah terbahagi kepada dua iaitu yang kukuh "qat’ie" dan yang lemah "zanni". Qarinah Qat’ie sememangnya dah cukup untuk mengharuskan hukuman Takzir dilaksanakan (Al-Feqh alI-Islami wa adillatuhu, 8/ 6128 ).
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik, (Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, (Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pensyarah ketuai projek patukan ular
-
SEORANG penyelidik kelahiran Malaysia kini mengetuai projek antarabangsa
untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang mati setiap tahun akibat
patukan ...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...