BREAKING NEWS

Ketua Srikandi PKR ketakutan bila dapat ugutan rogol...



Gua terbaca dalam blog Din Binjai @ Sharpshooter mengenai ugutan rogol yang diterima oleh Ketua srikandi PKR iaitu Siti Aishah @ SyaReformis..

Khabarnya, ugutan tu dia terima dalam Fesbuk dia yang didakwa dari Kelab Anti PKR.. Kat bawah ni adalah mesej ugutan tersebut...


"kepada perogol2 yg tengah sangap sekarang..sila rogol geng2 srikandi PKR....jgn isau k..(AMARAN!!!!!jikalau anda nak rogol..pastikan anda seorang shja buat kerja....sbb apa??????kalau anda kna tangkap anda akan terlepas hukuman...sbb xda 4orang saksi..kalau anda nak RAKAm pun xpa..2xleh jd saksi...don WORY k....rogol ja.....xda mslah..jnj buat seorang dq..kalu kna tangkap..korang kna da 4saksi...kalu da video pun...xda guna....((KATA HADIAQ AWANG BAWANG kes anuar xsah..sbb xda 4orang saksi...))PULOK DAH>>>PR????PARTI ROSAK" - Rango Krew


Gua dapat tau dari laman Twitter Siti Aishah tu, dia akan buat laporan Polis besok diatas ugutan yang dia sudah terima.. Tapi gua heran.., kenapa pulak dia nak report Polis pulak?

Bukan ke dia kata hari tu Polis ni biadap, melanggar etika dan tak profesional? Sekarang ni kenapa Polis juga yang dicarinya bila ada masalah?




Ini yang gua sifatkan sebagai jenis manusia yang tak tahu malu.. Bukan main sedap dulu maki hamun Polis, lepas tu nak suruh Polis tolong dorang pulak...

Memang ni lah perangai puak-puak bangang Pakatan... Daripada penyokong sampailah ke pemimpin semuanya berotak udang.. Bercakap saja pandai tapi sebenarnya bukan ada akal langsung...

Gua nasihatkan pada Ketua Srikandi PKR ni dan juga juak-juak Pakatan semua.., lu semua tak payahlah sibuk nak report Polis.. Selama ni lu orang semua bukannya tau pun hargai tugas Polis dalam negara ni..

Dan gua harap sangat Polis buat bodo je dengan laporan yang dorang submit nanti.. Buang masa je kita tolong jenis manusia yang tak pernah bersyukur macam puak-puak Pakatan tu semua..

Bagi gua, dorang tu seumpama anjing yang tersepit.. melolong melalak mintak simpati bila susah, tapi bila dah senang, tangan kita juga yang digigitnya...

Pakatan nak jadikan Malaysia sebagai negara REPUBLIK?



ISTANBUL, 10 Jun: Setelah mengisytiharkan pemimpin yang dipilih dalam Muktamar ke-57 baru-baru sebagai pasukan pilihan raya, PAS menghantar 7 pemimpin dan petugas ke Turki.

Ia bertujuan untuk melihat dan belajar dari dekat teknik dan pengalaman dari pilihan raya Turki yang bakal berlangsung Ahad ini.

Selain PAS, PKR turut menghantar tiga pemimpinnya untuk melihat pilihan raya umum Turki ini dari dekat.

Antara yang menyertai pasukan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Siti Mariah Mahmod adalah Nasir Mustafa (Kedah), Onn Jaffar (Johor), Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Baihaki Atiqullah dan Abdul Rahman Yunus (Kelantan).

Turut serta adalah Zulkifli Sulong (Harakah).

PKR pula adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution Ismail (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT).

Mereka sampai di lapangan terbang Atarturk, Istanbul jam 6. 30 pagi dan disambut oleh pegawai dari parti AK.

Pasukan ini dijangka mengambil pengalaman pilihan raya Turki untuk persiapkan Pakatan Rakyat hadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13
- HaraMkah


Gua rasa pelik sikit dengan PAS dan PKR ni bila dorang hantar wakil untuk pantau pilihanraya di Turki.. Kononnya dorang nak belajar cara-cara dan teknik Turki buat pilihanraya...

Bukan gua tak tau.., dorang tu nak kata pilihanraya di Turki lebih demokrasi dari di Malaysia ni.. Sebab tu lah dorang sibuk sangat hantar wakil..

Lupakah dorang tu yang Turki adalah sebuah negara Republik yang menolak pemerintahan beraja? Jadi sistem demokrasi di Turki adalah kurang kalau nak dibandingkan dengan Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan..

Apa yang gua tau.., di sesebuah negara republik, Presiden jadi pemerintah dengan kuasa tunggal.. Kerajaan Republik selalunya diperintah oleh pentadbir yang kuku besi sebab Presiden mempunyai kuasa penuh..

Berbeza dengan Malaysia, Perdana Menteri masih perlu dapatkan persetujuan dari YDP Agong terlebih dulu kalau nak buat sesuatu keputusan.. Walaupun Perdana Menteri yang jalankan pemerintahan..

So, gua rasa Pakatan memang ada keinginan dan perancangan untuk jadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersistem Republik.. Ini bermakna, kalau Pakatan berjaya, kuasa Raja-Raja melayu akan dihapuskan sepenuhnya..

Sebab tu lah dorang sedang belajar cara-cara dan teknik sebuah negara Republik dari Turki, Indonesia, Singapore dan juga beberapa negara lain...

Dan kenapa negara Republik jadi pilhan dorang? Sebab kalau Malaysia jadi negara Republik, sesiapa pun boleh jadi Presiden dan juga apa pun jawatan dalam negara.. Suka lah DAP sebab dorang boleh jadi MB tanpa perlu perkenan Sultan negeri..

Lagi satu..., bila wujud sistem republik, hak-hak bumiputera akan terhapus dan di gantikan dengan sistem merit macam Singapore.. Korang agak, apa akan jadi pada bangsa melayu dan bumiputera masa tu? Hancur beb..

Ini semua tak mustahil kalau Pakatan memerintah.. Sekarang ni pun dorang dah  buat negara ni ikut suka dorang.. Raja pun dorang dah tak hormat macam di Selangor dan di Perak... Hak-hak bumiputera pun dorang nak hapuskan macam di Penang...

So, apa nak heran kalau dorang bercadang nak Republik kan Malaysia ni..? Lepas ni, mungkin kita hanya boleh baca pasal sejarah Raja-Raja melayu dalam buku sejarah je baii.. Dan bangsa melayu hanya boleh berbangga dengan cerita purba je masa tu...

Tak caya cubalah pilih Pakatan masa PRU13 nanti..

Jadi..., kita kena sedar.., inilah agenda kafir yang cuba diterapkan dalam negara melalui usaha memecah belahkan bangsa melayu.. Kaum kafir ni mempergunakan segelintir melayu yang gilakan kuasa untuk mereka berjaya..

“Dan janganlah kamu serupa dengan orang-orang yang telah berpecah belah dan berselisih, sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata dan mereka akan memperoleh azab yang besar.” (Q.S.Ali-’Imran:105)

Tuhan dah ingatkan semua perkara ni dalam Quran.., tapi ada puak-puak yang mengaku ulamak dan dianggap Tok Guru macam Nik Aziz.., tapi menolak apa yang disuruh Tuhan dalam kitab.. Ulamak dan Tok Guru kejadahnya macam tu yang tolak suruhan Allah?

Sebab tu lah gua kata Nik Aziz bukan Ulamak..., jauh sekali nak angkat dia sebagai Tok Guru.. Cuma orang yang buta agama saja yang anggap dia macam tu...

HEBAT!!! Anwar akan turunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam kalau jadi PM !!!



Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan mengurangkan harga bahan api dalam tempoh 24 jam sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan.

“Pemimpin-pemimpin Umno boleh mengatakan apa sahaja (mereka) mahukan,” kata Anwar pada satu ceramah di Brickfields di sini hari ini.

“Saya pernah menjadi menteri kewangan. Saya tidak mahu menjanjikan perkara-perkara yang mustahil,” katanya lagi.

Pentadbiran Najib baru-baru ini menaikkan tarif elektrik selain mengurangkan subsidi diesel bagi kapal-kapal perikanan laut dalam dan sembilan kelas kenderaan komersial.

Putrajaya sejak tahun lalu memperkenalkan dasar pelarasan subsidi yang membawa kepada kenaikan harga bahan api dengan harga RON97 diapungkan secara berperigkat-peringkat.

Sejak awal tahun ini harga RON97 sudah naik empat kali.

Anwar juga mengecam pentadbiran Najib kerana mengurangkan subsidi pengguna sedangkan subsidi kepada pengeluar tenaga bebas, yang mencecah RM19 bilion tahun ini tidak disentuh sama sekali.

“Apabila yang kaya menerimanya, ia (dikatakan) insentif. Apabila nelayan miskin menerima, ia subsidi,” kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin.


Anwar memang pandai berjanji.. Gua rasa, kalau boleh.., Anwar sanggup janjikan bulan dan bintang sekalipun untuk pastikan hajat dia jadi PM tercapai..

Tapi, setakat berjanji je lah si Anwar tu.., tunai nya tidak punn.. Dah banyak sangat contoh yang ada tentang penipuan janji Anwar pada rakyat Malaysia.. Itupun masih ada manusia yang percaya dan taksub pada dia..

Apa hukumnya manusia berjanji tapi mungkir ni kalau dalam Islam? Berjanji tapi mungkir adalah satu daripada ciri-ciri MUNAFIK!! Selain dari tu ialah bercakap bohong, tak amanah bila diberi tanggung jawab dan juga bila bertengkar, dia akan mengenepikan kebenaran..


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Korang rasa, Anwar ni dah buat tak kesemua ciri-ciri MUNAFIK tu? Dan macam mana pulak kalau kita sanggup percaya kepada orang yang dah terserlah dia punya MUNAFIK ni beb?

Sebab ni lah gua selalu tekankan supaya kita patut belajar agama sebelum berpolitik.. Politik tu hanya sebahagian kecil je daripada agama sebenarnya.., jadi kalau kita lebihkan politik dari agama, dah tentu kita akan mudah kena kencing dengan binatang-binatang politik tu semua..

Dan kita kena jadi rakyat yang cerdik untuk memilih pemimpin yang boleh berbakti kepada masyarakat.. Bukannya pemimpin yang kerjanya berjanji bulan dan bintang.., syurga dan pahala untuk cari kuasa dalam politik..

Jangan terlampau taksub sesama manusia.. Apatah lagi manusia yang berserban besar bakul dan berjubah besar kelambu.. Susah beb kalau terseleweng aqidah hanya semata-mata taksubkan pemimpin politik yang kita anggap Tok Guru.. Padahal, wayang je lebih dan nak jadi Ostad pun tak lepas...

So.., gua nak kongsikan pesanan sorang Mufti kepada gua tak berapa lama dulu dengan korang.. "kita mesti letakkan kedudukan akal kita diatas pemikiran orang politik, barulah kita dapat menilai mana yang baik, dan mana yang buruk dalam politik tu.."

Gua harap korang dapat faham maksud dia.... Yang penting.., jangan percaya binatang politik macam Anwar.. Korang mesti akan susah nanti... Hahahahaha...


Khir Toyo bukan pengecut macam Anwar..



Gua kenal baik dengan Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo ni masa gua selalu ulang alik ke Parlimen dulu.. Gua akui, Dr Khir ni memang bagus dan pemikiran politik dia memang ada kelas tersendiri..

Jadi bila dia didakwa salah guna kuasa dan rasuah dalam pembelian dua lot tanah untuk rumah dia, gua rasa macam ada yang tak kena. Gua tak kata Dr Khir ni maksum dan tak boleh terkhilaf.., tapi gua tau Dr Khir ni amat jaga sembahyang dia.

Dan Alhamdulillah..., gua tak pernah lagi tengok dia tertinggal kewajipan tu sepanjang yang gua kenal dia..

Sebab tu lah gua memang tak percaya kalau Dr Khir ni dituduh salah guna kuasa yang diamanahkan pada dia hanya semata-mata nak beli dua lot tanah..

Tambah-tambah pulak keterangan saksi pihak pendakwa yang memang tak masuk akal langsung.. Semua ni dah jadi macam lawak lah pulak..

Perkara pertama yang gua pelik.., apalah yang nak dibisingkan bila kita beli lot tanah dengan harga yang rendah dari pasaran semasa..? Bagi gua, terpulanglah kepada pemilik tanah tersebut nak jual dengan harga berapa sekalipun..

Yang keduanya, buat renovation rumah harga RM 6.5 juta ??? Bapak punya mahal tu beb.. Pakai tiang bersalut emas ke apa tu..? Yang bestnya, semua dibayar pakai tunai... Wohaaa... kaya gila Dr Khir kalau betul macam tu...

Tapi yang gua musykil ialah, kontrak pengubahsuaian untuk rumah Dr Khir yang ditandatangani oleh kontraktor Ditamas Sdn Bhd, Nasir Ismail hanya tulis kos sebanyak RM 600K saja.. Sapa yang bohong sapa nih??

Setelah gua check, rupanya kontraktor ni ada masalah tak puas hati dengan Dr Khir.. Dan dia tak siapkan pun renovation rumah walaupun dah telan duit dari bekas MB tu.. Dialah yang cerita pasal kos ubahsuai rumah sebanyak RM6.5 juta tapi sebenarnya hanya RM600K saja..

Bila kontraktor ni kena tanya dengan peguam, dia sendiri mengaku tak ada bukti atau saksi yang boleh sahkan kos renovation rumah Dr Khir tu bernilai RM6.5 juta.. Hahahahahaha.. lawak gila saksi pendakwa nih...

So, gua rasa kes Dr Khir ni sebenarnya tak ada apapun.. Cuma ditimbulkan oleh sesetengah pihak yang tak puas hati pada dia saja.. Maklumlahh.. jadi orang besar dalam politik mesti ramai yang tak suka..

Hari ni bersambung lagi perbicaraan kes Dr Khir di mahkamah.. Rugi gua tak boleh ikut serta sebab gua duduk jauh.. Tapi kalau korang nak ikuti live perbicaraan kes tu, korang boleh KLIK SINI.. Ada pihak yang buat live dari Mahkamah...

Apapun, gua harap Dr Khir berjaya dalam kes mahkamah dia.. Dan gua harap tak adalah kes tu tangguh-tangguh macam Anwar punya kes liwat.. Sekurang-kurangnya, Dr Khir ni lebih berani dari Anwar sebab tak suruh Hakim kes letak jawatan.. Lawan tetap lawan beb...

Dan sebab tu lah juga gua kata Dr Khir ni bukan pengecut macam Anwar.. Hahahahaha...

GEMPAR!! Mati akibat kencing atas gambar Nik Aziz???



adoi...mengucap la MPP....kafir jgk dh budak nih sorang nih...kau ni islam ker kafir...cakap mcm owng xder ugama...bodo nak mapus.!!! bola sukan bodoh...yg kau nak masuk kan isu politik dalam hal ni aper salo plak....mudah2an anda akan mendapat pembalasan yg setimpal...seperti yg telah berlaku baru2 nih...ado seorang manusia yg jahil kencing atas gamabr tok guru,last2 perut nye menjadi buncit sehingga ingin pecah...selepas meminta maaf dgn tok guru...beliau terus baik dan mati. mudah2an anda MPP akan dilaknat oleh Allah kerana menghina ahli ulamak....


Ayat di atas tu adalah satu komen yang gua dapat didalam artikel Nik Aziz bagi cuti awal untuk final Piala FA.. Puak-puak PAS punyalah marah kat gua sebab dorang tak boleh terima bila gua perli "wali" dorang.. Siap kafirkan gua lagi.. Hahahahaha...

Tapi ada hikmah disebalik semua ni beb.. Sekarang ni baru gua tau kenapa dorang taksubkan Nik Aziz selama ni.. Rupanya dorang dah anggap Nik Aziz tu ada super power yang boleh buat orang mati...

Gua tak sangka pulak sampai macam ni punya terseleweng aqidah penganut serta penyokong PAS.. Dan gua rasa, dorang dah angkat Nik Aziz tu sama macam Firaun yang mengaku ada kuasa untuk hidup atau matikan seseorang manusia...

Inilah kesan kalau taksub dan melampau-lampau didalam urusan agama.. Semuanya diputarbelitkan demi kepentingan sendiri...

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Jauhilah melampau dalam agama. Sesungguhnya rosaknya orang-orang sebelum kamu kerana melampau dalam agama". (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Gua selalu pesan kat budak-budak kat tempat gua ni, kalau nak berpolitik, kita kena ada ilmu agama dulu.., barulah kita dapat bezakan buruk baik sesuatu perkara dalam permainan politik..

Jangan jadi macam kebanyakan pengikut dan penyokong PAS.. Dorang cari agama didalam parti politik.. Hasilnya, dorang dapat ilmu politik dan jadikan politik tu sebagai agama baru dorang.

Bila parti politik PAS dah dianggap setaraf dengan Islam, jadi pemimpin-pemimpin PAS tu dah dorang angkat martabatnya setaraf dengan para Nabi serta auliya.. Itulah yang jadikan dorang taksub kepada pemimpin tersebut..

Sekarang ni, gua nampak kebanyakan ahli serta penyokong PAS terlampau taksub kepada Nik Aziz.. Apa saja yang orang tua ni buat semuanya betul dan langsung tak boleh disanggah..

Kononnya Nik Aziz itu adalah Ulamak pewaris Nabi.. Kononnya Nik Aziz tu adalah Tok Guru yang mursyid..

Tapi, orang yang anggap Nik Aziz sebagai ulamak tu tahu ke maksud sebenar ulamak? Dorang tahu ke apa ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang ulamak tu?

Orang yang dikatakan ulamak untuk mendidik masyarakat mestilah orang yang beramal. Dia mestilah ulama yang bukan ahli dunia.

Dan dia mestilah ulama yang tidak berpihak ke mana-mana kecuali Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. Barulah nasihat dan tunjuk ajarnya tegas, setentang dan selari dengan syariat.

Orang macam ni barulah boleh jadi contoh. Ulamak macam ni lah yang menjadi pelita kepada masyarakat. Orang pun akan dengar apa dia cakap beb...

Ahli politik tu adalah ahli dunia.. Mana boleh nak samakan ahli politik sekarang ni macam Nabi Muhammad SAW dulu... Kalau setakat serban dan jubah saja macam baginda, tu tak cukup baii kalau segala amalan dan perbuatan tak ikut sunnah...

Orang yang berlakon macam ulamak ni tak layak mendidik masyarakat. Bahkan dia sendiri telah rosak dan perlu dididik.

Korang tahu tak, ahli politik yang macam ni, perkara dunia akan diduniakan..., perkara Akhirat pun akan diduniakannya juga. Senang cakap..., segala-galanya akan diduniakannya.

So, gua tetap berpegang dengan prinsip gua yang mengatakan Nik Aziz bukanlah ulamak mahupun Tok Guru.. Dia cumalah ahli politik yang cari makan dengan menjual agama demi kemenangan parti yang dinaunginya...

Itu realiti tentang siapa Nik Aziz serta lebai-lebai kangkung dalam PAS.. Bagi gua senang je beb.. Tak akan jumpa kalau nak cari agama didalam parti politik.. Kalau niat untuk masuk politik bagi mencari syurga macam Bob Lokman.., maka gua yakin korang akan sesat jalan..

Belajar lah agama dengan guru-guru yang memang arif serta tahu pasal agama yang sebenar.., bukannya belajar dengan ahli politik yang main wayang cina dengan bertopeng serban atau jubah.. Dorang tu nak cari undi pilihanraya je beb... Percayalahh....

Dalam UMNO mana ada Unit Siber.., Unit Bodek banyaklahh...




Gua suka banget bila sesekali mamat Malbari si Parpukari @ House PK buat artikel.. Memang pedas berkari beb...

Selalunya dia cuma tolong promote tulisan menarik dari blog lain je.. Itu pun kira ok jugak lah.. Tolong promosikan tulisan terbaik kengkawan..

Hari ni PK tulis pasal Zahid Hamidi yang suruh UMNO buat Unit Tempur Siber. Gua rasa lawak lah juga sebab bukan ke UMNO dah ada group hebat maya dorang...

Err... ntah apa namanya group tu.. UTK.., UKB.., KGB.., gua pun tak ingatlahh..

Memalukan lah juga bila Zahid Hamidi sendiri tak sedar tentang kewujudan Unit Siber UMNO tu.. Kalau Unit Elit macam tu pun Zahid tak sedar, manalah dia nak realise blog marhaen jalanan macam MPP ni kann...

So, apo nak di kato... terima je lahh... Cili kasi tarukkkk... Hahahahaha....


Bila Zahid Hamid masa merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bentong kata, UMNO perlukan Unit Tempur Siber yang lebih bersistematik, aku gelak berdekah-dekah. Nasib baik tak pecah perut!

Wahai Pak Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, takkanlah Pak Menteri tak tahu, UMNO mana ada Unit Tempur Siber. Kalau ada pun yang menggunakan nama-nama tu, semuanya hanyalah topeng semata-mata. Unit Tempur Siber tu memanglah wujud tapi wujud untuk mempertahankan sepuak manusia dalam unit berkenaan untuk dapat jawatan semata-mata di samping meraih wang turun yang kononnya untuk para petugas, sedangkan hasil kerjanya, bolehlah digelak-gelakkan. Untuk UMNO, kirim salamlah...

Siapa kata tak bersistematik? Kalau tak bersistematik, takkanlah ada orang tu siap cakap 'SEMUA NI DUIT AKU', 'JIHAD FISABILLAH', 'KENAPA TAK BAGI KAT AKU?'

Nak tahu sistematik ke tidak, cuba buat pengumuman Unit Siber akan menerima wang berjuta-juta... sahih akan ada muka yang sama, yang tersengih-sengih sambil melobi kononnya dialah yang mengajar semua orang tentang TWITTER, tentang blog, tentang FACEBOOK. Dengan muka tak malunya pula, siap tulis kat dalam blog lagi konon-kononnya dia lah yang mengajar semua tu kat semua orang!

Sedangkan blognya sendiri pun... MiloSuam kalau tengok pun, terkencing-kencing dia gelak! Kalau bab Twitter plak, tak abis-abis nak puji dan angkat diri sendiri. Bila Facebook, kerjanya tak lain, puji sajalah unit dia yang konon-konon hebat sangat tu, sedangkan semua orang yang berkait kalau sebut nama unit dia pun, kalau tak muntah pun, larilah... punyalah tak mahu dikaitkan sebab malu!

Jangan kata tak sistematiklah! Pak Menteri tak boleh cakap macam tu. Nanti ada orang terasa. Setelah berhempas pulas memberitahu orang lain bahawa DIA YANG MEMBAYAR TENAGA KERJA daripada akaunnya sendiri, bila Pak Menteri cakap macam tu, bermakna Pak Menteri telah menyanggah segala dakwaan bangangnya. Takkanlah Zahid tak tahu, duit projek supply komputer dulu, makan tak abis tujuh lapan ratus keturunan!

Aku malaslah nak sebut nama satu agensi siber UMNO tu... tapi kalau tengok peralatan, hebat! Pendek kata, kalau TV3 tengok dan tahu pun, mungkin akan golek-golek atas jalan macam pengikut PAS golek atas jalan depan kereta KDYMM Raja Muda Perak lepas diberi makan taik anjing oleh Ngeh-Nga masa Zambry nak naik jadi Menteri Besar Perak dulu.

Sedangkan hasil yang ditunjukkan dalam portal diorang, kalah bebudak blogger yang cuma ada netbook bodoh dengan broadband prepaid.

Kalau nak sistematik, jangan bagi kat orang yang kuat berkempen dan melobi. Kalau diaorang cakap pandai sangat, tanya diorang ke mana masa diorang dihabiskan? Berkempen dan berjumpa kroni untuk tender projek atau betul-betul menyertai perang siber?



Sumber House PK

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online