BREAKING NEWS

Wan Azizah kena perli dengan Ketua Dewan Muslimat PAS.



Ketua Dewan Muslimat PAS yang baru Siti Zailah Mohd Yusof berkata isteri sepatutnya mentaati suami dan ia juga diharuskan dalam al-Quran.

Bagaimanapun kata beliau sikap itu tidak boleh berlebih-lebihan
.

“Kita memang perlu taat pada suami Tetapi tidak ada ketaatan yang lebih tinggi selain taat kepada Allah.

Jangan sampai tahap ketaatan kita pada suami itu melebihi sehingga mengatasi ketaatan kepada Allah ” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata demikian ketika mengulas pelancaran Kelab Taat Suami semalam sebagai antara penyelesaian ke atas masalah-masalah sosial di seluruh dunia.

Beliau berkata walaupun isteri perlu mentaati suami isteri tidak semestinya perlu mematuhi segala apa yang disuruh.

Taat kepada suami itu wajib. Kita perlu patuh jika ia ke arah kebaikan Tetapi jika suami menyuruh kita membuat perkara ke arah kemaksiatan dan melanggar syariat, kita diwajibkan tidak mematuhinya ” kata beliau lagi.


Wan Azizah patutnya termalu bila Ketua Dewan Muslimat PAS yang baru kata "taat pada suami kenalah berpada-pada". Gua yakin, Siti Zailah yang menang menggantikan Nuridah Salleh sengaja cakap macam tu untuk perli Wan Azizah..

Ye lah.., kita semua tahu macam mana Wan Azizah wala' gila babi pada suami dia yang dikatakan sebagai manusia anugerah tuhan tu... Anwar main bontot pun tak apa.., Anwar main dengan china doll pun tak kisah...

So, bila Ketua Dewan Muslimat PAS yang baru ni kata macam tu, Wan Azizah patut sedar yang ada lagi besar patut diutamakan dari laki dia..

Dan kehidupan Wan Azizah didunia ni bukan hanya semata-mata nak tutup perangai buruk Anwar Ibrahim..

Kalau nak jadi isteri mithali sekalipun, tak payahlah Wan Azizah jadi munafik dengan menipu pengikut-pengikut PKR dan kebanyakan rakyat Malaysia..

Macam yang Siti Zailah kata, "Taat kepada suami itu wajib. Kita perlu patuh jika ia ke arah kebaikan Tetapi jika suami menyuruh kita membuat perkara ke arah kemaksiatan dan melanggar syariat, kita diwajibkan tidak mematuhinya".

Bravo kepada Ketua Dewan Muslimat PAS yang baru ni.. Ucapan dia tepat kena pada sasaran!! Hahahahaha....

Nik Aziz tolak sunnah Rasul bila setuju dengan pemilihan Mat Sabu...



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Mohamad Sabu sememangnya merupakan pemimpin PAS yang dibenci oleh Umno kerana memiliki kehebatan tersendiri.

Menurut beliau, antara kehebatan Mohamad Sabu termasuklah kekentalan semangat, ketabahannya dalam perjuangan dan kesetiaannya yang jitu terhadap PAS.

Katanya, perkara itu terbukti setelah Mohamad Sabu diuji dengan beberapa ujian besar termasuk setelah dua kali ditahan di penjara di bawah ISA.

"Namun Mohamad Sabu tetap tidak lari dengan perjuangannya, tetap tidak memilih Umno, malah tetap terus berada dalam PAS," katanya ketika menyampaikan ceramah perdana di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, malam ini.

Selain mempunyai sikap-sikap itu, menurut beliau, Mohamad Sabu turut diketahui oleh para pemimpin Umno sebagai pemimpin PAS yang berbisa.

"Sebab itulah dengan pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru, Umno tidak akan tidur lena selepas ini.

"Kita bersyukur dapat seorang timbalan presiden yang dibenci oleh Umno. Kita doakan semoga Mohamad Sabu terus diberikan perlindungan oleh Allah," katanya.



Bagi gua, inilah kenyataan yang paling bangang dan bahalol dari seorang tua yang diangkat sebagai Mursyidul Am PAS..

Kenyataan Nik Aziz ni dah membuktikan yang PAS bukan lagi macam zaman Arwah Asri dan juga Arwah Fadzil Nor dulu..

Kalau dulu PAS berprinsip membangunkan negara Islam, sekarang ni matlamatnya ialah tumbangkan pemimpin Islam dalam UMNO.., bukan lagi memperjuangkan Islam..

Kalau ikut cakap Nik Aziz, Mat Sabu dipilih sebagai TPP adalah untuk membuatkan UMNO tidur tak lena.., bukannya dipilih untuk bawak agenda perjuangan Islam dalam PAS...

So memang betullah dalam PAS sekarang ni hanya ada politik dendam dan bukannya untuk berdakwah kepada masyarakat..

Dalam Islam, bukan senang nak pilih pemimpin ni beb.., apa yang gua tahu, Nabi sendiri tak pernah suruh kita ambik pemimpin yang dibenci oleh masyarakat kebanyakan..

Tapi itulah yang dibuat oleh Nik Aziz bila dia bersyukur pasal Mat Sabu jadi Timbalan sebab UMNO bencikan Mat Sabu... Maknanya Nik Aziz dah tolak apa yang Nabi suruh didalam memilih pemimpin..


Daripada Auf bin Malik daripada Rasulullah s.a.w sabda baginda:

“Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu suka dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu”.

- (Hadis Muslim dan Ahmad r.a)




Sebab tu lah gua kata Nik Aziz ni setaraf Nabi dalam PAS.. Dia boleh buat apa saja ikut suka dia tanpa sebarang teguran ataupun halangan..

Lepas ni kalau dia nak pilih Kit Siang atau Guan Eng sekalipun jadi Mursyidul Am PAS.., sapa pun tak boleh nak bantah beb..

Inilah akibatnya bila pemimpin dan penganut PAS jadikan politik tu lebih tinggi darjatnya dari agama..

HOT!!! Ramai lagi artis yang akan masuk PAS..



Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasarudin Hassan Tantawi menegaskan, kesediaan golongan artis untuk menyertai PAS sudah dimaklumkan oleh golongan artis sendiri kepada beliau secara jujur baru-baru ini.

Menurut beliau, artis-artis tersebut sudahpun dikenalpasti dan mereka sememangnya terdiri daripada artis-artis ternama yang melibattkan pengarah, penyanyi, pelakon dan pelawak.

Katanya, bagaimanapun beliau tidak mahu menyebut nama-nama artis terbabit kerana mahu menyerahkan kepada artis-artis itu sendiri untuk mengumumkannya nanti.

"Saya difahamkan buat masa ini mereka masih belum bersedia untuk mengumumkannya. Tetapi mereka memang mahu menyertai PAS seperti juga Bob Lokman," katanya pada sidang media di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, hari ini.


Artis masuk PAS?? Itu biasa bagi gua sebab dorang nak cari syurga secara express.. Di Malaysia ni hanya parti politik PAS saja yang tawarkan pakej VVIP masuk syurga secara pantas..

So, gua tak salahkan golongan artis yang terkhilaf apabila sangka PAS mampu bawak dorang ke jalan Allah..

Just imagine lahh.. PAS tu parti POLITIK beb... Sejak bila pulak politik akan mampu bawak korang masuk syurga??? Dah hilang akal gamaknya...

Bagi gua, nak cari agama bukannya dengan masuk parti politik duniawi macam PAS atau UMNO.. Jauh sekalilah kalau korang masuk PKR ataupun DAP...

Nak cari agama kena belajar dari Tok-tok guru dan para mursyid yang ada di Pondok.., bukannya dalam parti politik. Dalam PAS tak ada Tok Guru Mursyid ni beb...

Pasal apa gua kata tak ada... sebabnya guru yang mursyid ialah...

1- Dia orang alim..., tetapi tidak semua orang alim layak menjadi sepertinya.

2- Dia seorang yang tidak mengutamakan keduniaan dan tidak gemarkan kemegahan.

3- Dia seorang yang telah mengikuti latihan rohaniah di bawah seorang syeikh yang baik,yang salsilahnya sampai kepada Rasulullah SAW.

4- Elok riyadah dan rohaniah dirinya.., kurang makan.., bercakap dan tidur.., banyak menunaikan amalan-amalan sunat seperti solat.., sedekah.., puasa dan sebagainya.


So..., yang ni barulah boleh bawak kita ke jalan Allah dan mengenal jalan ke syurga..

Kalau setakat lebai-lebai kangkung dalam PAS tu.., bawak korang ke parit boleh lah beb... Hahahahahaha...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online