Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terlalu mengikut "rentak" pihak tertentu, termasuk dalam Pakatan Rakyat dalam usaha memelihara parti Islam itu.
Katanya, beliau bimbang PAS akan kehilangan identiti dan jatidiri Islam yang menjadi dasar parti itu.
"Kepimpinan PAS tidak boleh membiarkan PAS kehilangan identiti dan jati diri Islam semata-mata kerana terlalu meraikan kehendak pihak-pihak lain termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat" - Datuk Harun Taib
Apabila mendengar ucapan seperti ini, mungkin ada yang berpendapat ianya tidak berlaku di dalam PAS cuma sekadar ingatan dan nasihat dari Ketua Dewan Ulamak PAS itu.
Jika benar, nasihat itu boleh diterima secara positif walaupun mungkin ada yang memberi tafsiran sebaliknya.
Mungkin Dewan Ulamak PAS juga boleh menerima jika di dalam perhimpunan parti samada PKR atau DAP ada pemimpin yang berucap agar parti tidak terlalu `meraikan' PAS.
Di dalam ucapannya itu juga, Datuk Harun Taib juga mahu PAS mengekalkan `Ulamak Haraki' di dalam saf kepimpinan tertingginya.
Ada suara yang berkata ucapan ini seolah-olah ingin memberitahu perwakilan bahawa `Ulamak Haraki' mesti dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS, dan yang pasti tokoh itu bukan Mohamad Sabu.
Dan, semua tahu Mohamad Sabu mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin dari DAP terutamanya KM P.Pinang, Lim Guan Eng. Tidak dipastikan adakah hubungan seperti ini boleh dianggap `terlalu meraikan' rakan sekutu dari PR.
Jelas, samada cara itu betul atau tidak, Ketua Dewan Ulamak PAS itu telah berkempen agar Mohamad Sabu tidak terpilih.
Alor Setar, 1 Jun - Kewujudan pusat karaoke di negeri ini masih terkawal di bawah penyeliaan pihak berkuasa tempatan. Ia hanya dibenarkan beroperasi dalam kawasan bandar dan tidak di dalam kampung.
Demikian penjelasan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' It Phahrolrazi Zawawi mengulas isu pertambahan pusat karaoke di negeri Kedah. "Ia diwujudkan mengikut keperluan, jika terlalu banyak pusat karaoke pun mereka tak boleh hidup jika tiada permintaan," ujarnya.
Beliau tidak nampak keperluan untuk mengharamkan karaoke sepenuhnya kerana setakat ini pihak berkuasa agama tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa ianya haram. Ia berbeza, katanya, dengan pusat hiburan lain yang turut menjual arak.
Jeng..jengg..jenggg... PAS sekarang ni sudah tukar dasar.. Dulu semua yang UMNO buat adalah jahat dan buruk tak kiralah ia ikut kapasiti keperluan bukan muslim atau apa.. Tapi sekarang ni PAS buat takpa lah pulak...
Kalau macam ni, PAS pun kira mesra maksiat juga lah kann.. PAS buat semua nya ok.., cuma jangan UMNO saja yang buat.. Haram tu beb...
Dulu sebelum dapat perintah negeri, semua pusat karaoke, kedai judi, kedai arak dan pub difatwakan haram oleh PAS.. Tapi sekarang ni semuanya jadi HALAL...
Sekarang ni baru PAS nampak desakan politik dan juga pasal apa semua perkara tu wujud.. Dan tak mustahil di Kedah tu, GRO pun diHALALkan juga demi politik PAS...
Dulu bila kerajaan terpaksa memenuhi kehendak orang bukan Islam dalam isu arak, karaoke serta judi di Genting, orang PAS bermati-matian menentang..
Marah bukan main sampaikan ada yang nak bom Kilang Carlsberg di Shah Alam dan bakar kasino di Genting tu.. Tapi bila PAS buat perkara yang sama, tahu pulak bagi alasan sama macam kerajaan jelaskan dulu..
Gua rasa nanti kalaulah PAS memerintah Malaysia.., bila hudud dan pentadbiran Islam tak dapat dijalankan pun akan diberi alasan yang sama dengan alasan dari UMNO sekarang..
Kalau macam tu, apa bezanya UMNO dengan PAS? Tak payahlah tukar kerajaan kalau 2X5 je dorang tu semua... Betul tak ?? Hahahahahaha....
Harga rumah di Penang adalah yang paling mahal dalam negara.. Paling murah pun harga rumah dikawasan Pulau ialah RM 350-400K.. Rakyat bawahan terutamanya melayu dan India mana mampu nak beli rumah macam ni..?
Kalau korang nak tau, ni lah yang dikatakan Grand Design DAP untuk halau melayu dan India keluar dari Penang.. Kalau boleh, kapir DAP tu mahu jadikan Penang ni sebagai negeri cina sepenuhnya..
Harga rumah di negeri ini merupakan yang termahal di negara ini dengan purata seunit mencecah hingga RM540,000 tahun lalu iaitu hampir lapan kali ganda purata pendapatan isi rumah penduduk Malaysia setahun.
Felo Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr. Michael Lim Mah Hui ketika mendedahkan perkara itu berkata, kajian yang dilakukan pihaknya juga menunjukkan harga rumah di negeri berkenaan turut melebihi purata harga rumah di Kuala Lumpur iaitu RM390,000 seunit.
Menurutnya, trend harga rumah yang terlalu tinggi di negeri itu bukan saja menyebabkan golongan bawahan tidak mampu langsung untuk memiliki rumah, malah golongan pertengahan juga turut mengalami nasib sama.
‘‘Amat jelas sekali harga yang ditawarkan amat jauh daripada jangkauan. Jika golongan pertengahan tidak mampu untuk membeli rumah atau pangsapuri yang dijual, apa lagi golongan bawahan. - CAP
Nak harapkan rumah kos rendah? Jangan mimpilah bai... Semenjak DAP ambil alih pemerintahan kerajaan negeri, semua projek pembinaan rumah kos rendah langsung tak ada..
Jangan ingat gua bohong pulak ye.. Semua ni diakui sendiri oleh Lim Guan Eng dan juga Exco Perumahan DAP negeri, Wong Hon Wai..
Tapi ada tak orang melayu terutamanya group Pakatan yang sedar permainan politik DAP ni? Gua tengok, kaum India dah tak percaya kat DAP di Penang.. Dorang tu hanya tunggu masa saja untuk bagi undi dorang pada BN..
Yang jadi masalahnya sekarang ni ialah sekumpulan melayu Pakatan yang suka tengok DAP berkuasa. Yang cina semua tu kita tak payahlah cerita.., dah memang kaum dorang pun DAP tuu..
Melayu-melayu Pakatan tu sanggup dan rela disepak punggung oleh DAP hanya dengan bayaran RM100 setahun.. Bagi gua, inilah melayu-melayu perosak masa depan anak bangsa..
Menghimbau majlis malam tadi apa yang masih tergaru-garu di kepala saya ialah, apabila terperasaan dan ternampak di atas pentas utama ada dua atau tiga pemimpin pemuda yang lain sedikit dengan yang lain apabila mereka melapikkan rambut dengan songkok tidak kopiah seperti yang lain.
Disebabkan ini saya rasa ia semacam tercemar sedikit pentas Pas itu apabila ada titik hitam di tengah-tengah lembaran putih bersih.
Apakah keunikan dan kelainan ini menggambarkan hati mereka juga ke arah lain, atau mereka sebenarnya lebih advance dari yang lain, merasa lebih profesional? Atau pun apakah pelapik kepala itu pesaka datuk nenek mereka yang tidak boleh ditinggalkan? - MSO
Rupanya songkok yang jadi sebahagian dari identiti bangsa melayu dah diHARAMkan dalam PAS. Gua tak tau pulak sampai macam ni jumudnya pemikiran ahli-ahli penganut mahzab PAS tu semua...
Bagi dorang, kopiah dah dah jadi pakaian rasmi untuk puak-puak PAS. Dan songkok pulak dorang anggap sebagai widget yang patut ada pada UMNO..
Mungkin sebab tu lah dorang "HARAM" kan pemakaian songkok dikalangan ahli dorang..
Sebenarnya, puak-puak PAS ni pakai kopiah dan serban untuk menunjukkan dorang tu lebih islamik dan lebih beriman dari muslim lain dalam negara.. Serban pulak dipakai adalah untuk menunjuk-nunjuk yang dorang tu dari kalangan orang alim.
Walaupun dorang kata serban tu adalah sunnah Nabi, tapi gua tak rasa dorang berniat untuk mengikut sunnah..
Setakat serban je atas kepala kononnya nak ikut Nabi, tapi mulut dan percakapan dorang macam ahli neraka pun tak guna baii.. Yang paling latest, isu Ostad PAS si Nor Azli Musa yang maki hamun Tok Mufti..
Serban atas kepala tapi mulut macam puaka.. Bukan ke tu menghina agama dan menjatuhkan imej Islam beb?
Yang tentukan iman dan taqwa seseorang muslim tu bukannya kopiah, songkok atau serban... Yang tentukan semua tu adalah amalan dan juga perbuatan yang selari dengan ajaran agama..
So, kalau PAS ingat dorang pakai kopiah dan serban tu boleh jadikan dorang sebagai ahli syurga.., dorang silap besar beb..
Bukan semua yang pakai songkok tu ahli neraka.., dan bukannya pakai kopiah dan serban tu confirm masuk syurga...
Itulahhhh..., jangan taksub sangat pada Nik Aziz tuuu... Dia pun tak tau sama ada dia masuk syurga atau tak? Hahahahaha...
PAS kata DAP semakin memahami Islam sejak berkawan dengan PAS.. Nik Aziz pulak kata DAP lebih mulia dari UMNO hanya semata-mata Guan Eng kata dia memerintah Penang dengan gaya Khalifah Umar..
Tapi Nik Aziz pernah tak datang ke Penang pada waktu malam dan tengok sendiri macam manakah keadaannya negeri yang kononnya ditadbir ala-ala kepimpinan Khalifah Umar ni?
Sekarang ni, tak payah pergi ke Phuket.., tak payah ke Pulau Bali.., just hanging di negeri Penang ni saja dah cukup untuk merasai kehidupan malam di tempat-tempat popular tu..
Kalau kat Phuket ada Tiger show.., kat Penang ni pun dah ada... Kalau kat Pulau Bali famous dengan call girl dan awek urut dorang..., kat Penang ni pun berlambak-lambak...
Nak cari pelacur..? Pun banyak jugak beb yang diimport dari Republic of China.. Alaaaa.., yang macam Anwar pakai tu laa...
So.., semua ni meningkat di bawah pentadbiran Lim Guan Eng dan DAP. Sapa berani nafi semua ni? Guan Eng berani nafi?? Mansor dan Malik berani kata gua silap? Tak berani beb sebab benda ni memang betul belaka...
Cuba tengok serbuan demi serbuan yang pihak berkuasa buat tiap-tiap bulan disekitar negeri.., memang banyak tangkapan beb.. Tapi the numbers still increase by hour and day.. Kenapa?
Gua rasa sebab kerajaan DAP negeri dah buat dasar langit terbuka untuk industri ni.. Maklumlahh..., dorang nak Penang jadi Hub untuk segalanya termasuklah Hub Hiburan Malam ni semua..
Ini realiti beb.. Dan kapir-kapir DAP inilah yang jadi kebanggaan PAS.. Sebab tu lah banyak kawan-kawan gua kata..., di Penang ni, PAS bukan memperjuangkan Islam, tapi PAS memperjuangkan DAP..
Gua kata, betul sangat lah tuuu.... DAP Suka.. PAS Setuju... Hahahahaha...
Kuala Lumpur: Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dilaporkan telah dilanda sindrom perasan best apabila telah menawarkan jawatan UlaRmak kepada bekas Presiden Kebangsaan Wartawan Semenanjung, Hata Wahari.
Jawatan itu ditawarkan dengan syarat bekas wartawan di Utusan itu menyertai PAS untuk memperjuangkan hak-hak meliwat Anwar Ibrahim.
Dipercayai, Hata Wahari juga tak akan menolak tawaran yang boleh disifatkan amat lumayan itu. Ini kerana, selain dari jawatan UlaRmak, dia juga diberikan akses mudah untuk ke syurga PAS.
Di samping itu, lesen untuk segala perbuatan mencarut, caci maki, kutuk mengutuk dan doakan bala sesama muslim akan diberikan kepada bekas Presiden Wartawan tersebut asalkan dia sanggup bersama perjuangan PAS.
Jika Hata Wahari menerima pelawaan dari Herman Samsudeen itu, dia dijangkakan akan berganding bahu bersama-sama Ketua segala ulaRmak didalam PAS iaitu Nik Aziz bagi mengkaji fatwa-fatwa baru untuk memenangi PRU ke 13 nanti. - Agensi Berita Halalkah
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik, (Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, (Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pensyarah ketuai projek patukan ular
-
SEORANG penyelidik kelahiran Malaysia kini mengetuai projek antarabangsa
untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang mati setiap tahun akibat
patukan ...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...