"Adakah Proton akan menjadi rakan kongsi jangka panjang kami. Ini tidak mungkin kerana produk kami terlalu berbeza.?
Mungkin pihak seperti Kumpulan Volkswagen yang membina kenderaan prestasi tinggi seperti Bugatti atau Bentley, boleh mendapatkan keuntungan dari sinergi dengan syarikat seperti kami.
Proton telah menghabiskan banyak wang untuk Lotus, mungkin lebih banyak dari yang mereka jangkakan, dan saya yakin bahawa suatu hari mereka ingin melihat wang itu kembali. " - Dany Bahar, Chief Executive Officer, Group Lotus plc
Cuba korang tengok perangai Mat Saleh ni.., masa PROTON suntik dana kewangan pada Lotus yang tengah tenat nak mampos dulu, tak pulak dia merengek macam-macam tentang syarikat PROTON yang kononnya tak setanding dengan dorang..
Sekarang ni bila reputasi Lotus dah mula naik balik dengan usaha gigih PROTON selama bertahun-tahun, CEO Mat Saleh tu dah mula besar kepala dan bercadang nak tinggalkan PROTON.. Memang sebijik perangai macam Anwar Ibrahim!!
Mamat tu bagi alasan, produk PROTON dan Lotus berbeza. Korang faham tak apa yang dia cuba nak sampaikan?? Mamat tu cuba nak bagitau yang Lotus lagi hebat dari PROTON..., so PROTON tak layak menjadi pemilik Lotus..
Satu lagi.., gua nampak memang dah jadi lumrah orang barat ni yang rasa dorang lebih hebat dari orang lain.. Jadi, CEO Lotus mungkin rasa dorang tu lebih superior dari manager-manager melayu PROTON.
Mesti dorang malu untuk terima bahawa BOS dorang adalah BANGSA MELAYU dari Malaysia...
Tapi Mat Saleh tu tak sedar satu perkara.., macam mana dia nak keluarkan Lotus dari PROTON bila semua aset Lotus Group adalah 100% milik PROTON?? Dalam mimpi bolehlah kot...
Bangang punya Mat Saleh.. Sama bangang nya dengan budak Oxford yang jual AGUSTA dengan harga 1USD dulu... Hahahahahahahaha...
Agak-agak korang.., kalau PKR diharamkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS), Anwar akan masuk parti politik mana? PAS, DAP, atau UMNO?
Gua rasa, Anwar takkan masuk PAS sebab PAS bukannya parti elit. Anwar juga takkan masuk DAP sebab dia tau sokongan melayu akan hilang kalau dia masuk parti komunis tu..
So, tinggal hanya satu pilihan bagi Anwar.., UMNO.. Parti melayu ni je yang paling elit dan paling kukuh dalam negara. Tapi nak ke semua penyokong dan ahli UMNO terima semula Anwar?
Kalau nak kira pemimpin-pemimpin UMNO tu, memang ramai yang still berkawan baik dengan Anwar secara diam-diam.. Nak gua dedahkan ke sapa manusia-manusia tu? Errrr..., tak payahlah kot... Biarlah rahsia yee...
Jadi, perkara ni adalah satu benda yang menarik untuk kita tunggu selepas 9 Jun nanti. Gua pun nak tau ke manakah kiblat Anwar selepas PKR diharamkan nanti.. Sama-samalah kita tunggu yee...
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (ROS) daripada membatalkan pendaftaran parti itu. Menurut Naib Presiden PKR, N.Surendran, permohonan semakan semula pembatalan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang ini.
“Hari ini kita akan failkan permohonan menghalang ROS daripada membatalkan pendaftaran PKR.
“Permohonan ini dibuat ekoran kita menerima notis yang bertarikh 9 Mei daripada ROS yang menyatakan pendaftaran PKR akan dibatalkan selepas 9 Jun,” kata Surendran ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Katanya, antara barisan peguam yang mewakili PKR bagi memfailkan permohonan tersebut terdiri daripada Ahli Biro Politik PKR, Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya yang mewakili Lawyers for Liberty (LFL).
“Saya akan bersama peguam Sivarasa dan Latheefa memfailkan permohonan tersebut hari ini,” kata beliau.
Dilaporkan sebelum ini, notis bertarikh 9 Mei 2011 itu ditandatangani Datuk Abdul Rahman Othman dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran PKR selepas 9 Jun 2011.
Ia dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung, menyatakan pendaftaran PKR akan dibatal selepas 9 Jun, melainkan parti itu menyatakan sebab.
Gua setuju sangat kalau Mat Bontot tu kena gantung.. Dah lama sangat dia buat onar dalam negara.. Dah lama sangat dia jadi pengkhianat bangsa.. Memang padanlah dia kena hukuman gantung..
Kalau simpan pun dia bukannya berguna sebab asyik menipu je kerja dia dalam Parlimen tu.
So, gua cadangkan dia bukan saja digantung jawatan Ketua Pembangkang dalam Parlimen, tapi lucutkan terus semua jawatan dia sebagai wakil rakyat..
Seorang kaki bontot dan kaki pelacur macam Anwar ni tak layak untuk jadi pemimpin dalam masyarakat. Hanya puak-puak bahalol Pakatan je yang sanggup terima dia sebab dorang sangap nak berkuasa... Hahahahahaha...
KUALA LUMPUR, 31 Mei — Datuk Ibrahim Ali juga mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim digantung jawatan Ketua Pembangkang Parlimen sehingga hasil siasatan rakaman video seks selesai.
Kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu, tindakan menggantung Anwar selaras dengan prinsip dan amalan yang dilakukan di perkhidmatan awam di sisi undang-undang.
“Sebagai ahli Parlimen saya menyokong 101 peratus cadangan (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) Datuk Seri Rais Yatim agar jawatan ketua pembangkang yang disandang Anwar digantung sehingga kes dakwaan dalam rakaman video seks dan perbincaan bela diri kes liwatnya selesai.
“Ini kerana ia selaras dengan prinsip dan amalan yang dilakukan pada perkhidmatan awam di sisi undang-undang yang mana semua orang sama sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan itu, Ibrahim yang juga Presiden Perkasa juga mempersoalkan “keistimewaan” yang ada pada Anwar sehingga tidak boleh sebarang tindakan diambil terhadapnya.
“Tapi Anwar hebat kerana setakat ini beliau tidak mengamalkan akauntabiliti demokrasi dan undang-undang negara, malah tiada sesiapa yang boleh menghalang Anwar membawa kes perbicaraannya ke ceramah-ceramah terbuka.
“Amat luar biasa kebebasan yang ada pada Anwar, beliau boleh bergerak ke seluruh dunia... orang lain tidak perlu empat saksi tapi dalam kes Anwar mesti ada empat saksi, jika tidak ada empat saksi semua tuduhan adalah fitnah dan ini hujah penyokong Anwar,” katanya.
Tambah Ibrahim, pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Anwar menyebabkan kedudukan pemimpin itu tidak boleh disentuh.
“Pendirian Datuk Nik Aziz lagi luar biasa, beliau kata ia fitnah tapi tidak lihat video itu.
“Kalau orang lain belum tentu benar atau tidak, kalau musuh beliau serang habis-habisan, kalau kena batang tubuh sendiri macam-macam alasan diberikan,” katanya
1. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebaik-baiknya bertaubat kerana menghina Rasullulah saw berhubung kenyataannya berkaitan wang cukai, arak dan judi.
2. Sebagi seorang Mufti, beliau tergamak mengeluarkan kenyataan bahawa pada zaman Rasulullah turut mengguna wang cukai arak dan judi untuk urusan pembayaran gaji.
3. Sebelum ini, beliau tidak pernah memberi pandangan mengenai dakwaan UMNO, iaitu wang kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan judi, haram untuk diberi sumbangan kepada warga emas. Beliau mengelakkan daripada memberi pandangan
4.Semasa ceramah, saya langsung tidak menyentuh soal halal atau haram gaji mufti atau mana-mana individu yang terlibat dalam kerajaan. Yang saya bangkitkan adalah mengenai sikap Harussani yang enggan memberi respons terhadap dakwaan UMNO tersebut kononnya sumbangan kepada warga emas oleh kerajaan negeri Pulau Pinang itu haram kerana hasil wang judi.
5. Lantaran itu, saya mencabar Harusani, selaku penasihat agama Islam kepada kerajaan negeri agar ada sedikit keberanian menegur dan menasihati kerajaan negeri Perak yang sedia ada untuk mengasingkan wang hasil kutipan dalam negeri kepada dua akaun iaitu sumber kutipan negeri yang halal dan yang haram sepertimana dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
6. Jika beliau tidak berbuat demikian, maka terserlah sikap bermuka-mukaan Harusani dalam menegakkan kebenaran ajaran Islam dan beliau tidak layak menjadi seorang mufti, kerana pandangan dan tegurannya hanya berpihak kepada Umno, yang mana lebih menguntungkan dirinya. Oleh itu Harussani harus berundur kerana jika berbuat demikian beliau akan lebih banyak mengelirukan umat Islam dengan pandangan-pandanganya yang kabur dan silap.
7. Gelaran Haramsani (semasa berceramah) merupakan gelaran spontan yang diberi oleh orang ramai sebagai respons ekoran sikap Harussani yang lebih gemar berdiam diri apabila kalangan UMNO membuat dakwaan yang menyeleweng daripada syariah Islam. Gelaran itu adalah petunjuk pendirian rakyat mengenai keperibadian Harusani sebagai seorang mufti yang kurang bijaksana.
8.Oleh itu, saya mencabar Harussani kemukakan dalildan bukti sahih berkenaan kenyataannya pada akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 29 Mei 2011, yang mendakwa semasa zaman Rasulullah juga terdapat pembayaran gaji yang dibuat menggunakan duit cukai daripada arak dan judi. Ini jelas satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW.
Ingatlah Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang menipu ke atas aku, maka dia telah menempah tempat di dalam neraka.
9. Harusani memang banyak berdolak dalih dalam hal-hal berkaitan syariah Islam dan kini seelok-eloknya berasaskan sabda Rasullulah saw itu, beliau bertaubatlah.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak
merangkap YDP PAS Ipoh Barat
Alfadhil Ustaz Norazli Musa
31hb Mei 2010
CARA-CARA UNTUK KURANGKAN STRESS BILA ELEKTRIK NAIK HARGA.., KORANG PERLU LAKUKAN INI...
- Nak angin dan tak mau panas...? Duduk je bawah pokok... nyaman je rasanya bila kena angin ori punya...... bau pun asli dari alam sekitar !
- Suri rumah yang nak pakai blender.., stop !!! Pakai je lesung batu..., lagi asli apa....
- Mesin basuh? Oooo.., patut dihindarkan tuu.. Sental je pakai tangan macam tok nenek kita dulu.. Sambil-sambil tu bolehlah buat senaman untuk kecikkan saiz bawah lengan tu...
- Nak tengok tv ? Urusan dunia semua tu macam kata Pok Nik... Beli je yang 7 inci punya cukuplahh.. Yang 40 inci tu simpan je laaa....
- Nak pakai peti ais semata-mata nak minum air sejuk? Membazir tu beb ! Korang beli je ais batu... baru 50 sennn.
- Pakai pemanas dalam bilik mandi? Alahhhhh..., sekali sekala mandi lah air sejuk baiii...., kecut sikit telur tu.. Baru subur sikit.. !!
- Macam mana dengan komputer? Korang pakai je yang cybercafe punya... Sejam baru 2 hinggit je beb.. Kalau ambik tiga jam baru 5 hinggit... so jimatlah sikit.
Jadi, sekian saja cara-cara untuk elakkan kenaikan harga elektrik... Selamat mencubaaaa... Hahahahahaha...
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik, (Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, (Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pensyarah ketuai projek patukan ular
-
SEORANG penyelidik kelahiran Malaysia kini mengetuai projek antarabangsa
untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang mati setiap tahun akibat
patukan ...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...