BREAKING NEWS

Kenapa Doa PAS tak pernah terkabul…


Hari ni Spy nak tulis satu artikel yang paling sopan. So.., untuk artikel ni, Spy tak nak maki hamun sebab tujuan Spy ni nak bagi sikit kesedaran kepada sahabat-sahabat Spy dalam PAS.

Ok.., selama ni seluruh penganut PAS selalu buat sembahyang hajat dan berdoa supaya Tuhan bagi pemimpin dorang kemenangan didalam perjuangan untuk jadi pentadbir negara.

Lepas tu bila kalah, Spy yakin puak-puak tu persoalkan kenapa doa-doa dorang tidak dimakbulkan. Jangan tipulah kalau dorang redho baii.. Baru-baru ni dorang hentam Hadi Awang gila-gila tu sebab apa? Bukan sebab PAS selalu kalah di PRK ke?

Inilah yang lawaknya, dorang jarang sekali nak bermuhasabah diri mencari sebab musabab mengapakah doa dorang tak dimakbulkan Tuhan.

Meh sini Spy nak bagi jawapan kepada soalan kenapa doa pemimpin serta pengikut PAS tak diperkenankan oleh Tuhan…


1. Pengikut-pengikut PAS sekalian bukannya tak tahu apa yang Tuhan suruh dan larang, tetapi dorang belum tunaikan hak-hakNya. Hak apa? Tuhan kan kata semua muslim itu bersaudara, tapi PAS kata hanya dorang saja yang Islam…, yang lain tu agama palsu..

2. Pemimpin-pemimpin PAS sekalian tak pernah lupa untuk baca ayat Quran serta terjemahan dalam majlis atau ceramah dorang, tapi pemimpin PAS lupa nak melaksanakan isinya.

3. Pengikut PAS dan pemimpin dorang telah mengakui Syaitan laknatullah sebagai musuh, tapi dorang masih mentaatinya dan bersetuju dengan ajakkannya untuk bermusuh sesama Islam. Jangan lupa Nik Aziz pun pernah kata sanggup berkawan dengan syaitan ye…

4. Pemimpin PAS terutama Nik Aziz serta pengikutnya sekalian mengaku dorang termasuk dalam umat Nabi Muhammad S.A.W, tapi dorang double standart didalam mengerjakan sunnah-sunnah Nabi dan memusuhi pulak muslimin yang lain. Nabi tak suruh tu baii..

5. PAS selalu dakwa parti dan pemimpin dorang akan bawa jemaahnya masuk Syurga, tapi dorang tak pernah mengerjakan apa-apa untuk kepentingan Syurga.

6. PAS dakwa pengikut dorang selamat dari siksaan api Neraka, tapi segala tindakan pemimpin PAS dan pengikut dorang nampak sangat menuju kearah sengaja nak melemparkan diri kedalam api Neraka. Tak ke cari nahas tu..?
7. Pemimpin PAS dan pengikut dorang tahu bahawa mati itu pasti, tapi dorang berpolitik macam tidak akan mati serta tak pernah bersiap untuk menghadapi mati.

8. Pemimpin PAS sekalian sibuk meneliti aib atau cela pemimpin kerajaan, tapi dorang tak melihat aib diri sendiri. Apa yang dorang buat semuanya betul dan halal.., orang lain yang bukan dikalangan PAS semuanya tak betul dan Harammm…

9. PAS dan sekalian pengikutnya telah makan dan merasakan nikmat Tuhan melalui pentadbiran pemimpin Islam lain dalam kerajaan, tapi dorang masih belum bersyukur dan berterima kasih atas kurniaan tersebut malah dorang maki hamun pulak pemimpin kerajaan yang diberi amanah oleh Tuhan.

10. Dah berapa ramai pemimpin terdahulu PAS dikuburkan mayat-mayatnya antara kita, tapi semua jemaah PAS tak mahu ambil contoh dari kekhilafan mereka. Spy taknak ungkit perkara berkaitan dengan orang yang dah arwah.., so korang fikirlah sendiri sapa yang dimaksudkan…


Jadi…., bila bercakap pasal kenapa doa PAS ni tak dimakbulkan Tuhan.., Spy teringat satu firman Allah swt dalam kitab Al-Quran…, “Mintalah kamu sekalian kepadaKu nescaya akan Aku kabulkan”…

Tapi bila Spy tengok cara PAS berpolitik yang menghalalkan agama hanya untuk kegunaan politik peribadi dorang.., adakah PAS layak meminta-minta dari Tuhan kalau dorang terdiri dari golongan yang lalai dan mendustakan apa yang dituntut oleh agama?

So.., insaflah wahai semua sahabat Spy dalam PAS…


Kredit kepada Spy Leman.

Gambar-gambar di tempat kejadian Tanah runtuh, Hulu Langat Selangor.


Semoga arwah-arwah anak yatim yg telah pergi ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... Kita sama-samalah doakan yang lainnya terselamat...














Gambar Ihsan Aizudin Saad di Berita Harian

Bila si Kitol bersuara.., ada bau longkang lahh...


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat kenyataan agak mengejutkan apabila menuntut kerajaan terlebih dahulu berjimat sebelum mengambil langkah kurangkan subsidi untuk rakyat.

Kenyataannya itu senada dengan apa yang sering ditimbulkan oleh pembangkang dan mengejutkan daripada seorang yang terpinggir dalam parti pemerintah.

Khairy mengemukakan satu senarai projek-projek kerajaan yang dianggap membazir dan tidak membawa hasil yang sewajarnya, seperti khidmat negara yang menelan belanja RM560 juta tahun ini.

"Jangan meminta rakyat mengikat perut sebelum (kerajaan sendiri) memendekkan senarai perbelanjaan sendiri," katanya kepada Malaysian Insider, portal berita dikuasai tokoh yang rapat dengan beliau.

Kenyataan Khairy itu dibuat tidak lama selepas harga gula dan petrol RON 97 meningkat dan di tengah-tengah jangkaan kenaikan harga RON 95 dan tarif elektrik.

Kerajaan menyatakan peningkatan harga minyak mentah di pasaran global menyebabkan perbelanjaan subsidi meningkat, dan telah memulakan tindakan mengurangkan subsidi.

Kenyataan Khairy meningkatkan tekanan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang berdepan cabaran mengukuhkan sokongan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Isu kenaikan harga barang keperluan mudah menjadi isu yang menjejaskan sokongan kepada pemerintah dalam pilihan raya, seperti yang berlaku pada pilihan raya umum lalu pada 2008.

Pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi membenarkan kenaikan mendadak yang tinggi harga bahan bakar semasa pemerintahannya, sehingga mengundang kritikan pemimpin Umno sendiri dan juga bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.


p/s: Apasal gua ada terbau longkang bila Pandikutty Jr ni bukak mulut yee..? Gua rasa ada baiknya dia diam je daripada bersuara.

Lagi bagus kalau Kitol ni pergi ikut PERKASA buat demo dari bercakap tak tentu hala yang akhirnya akan merugikan parti. Dulu faktor dia dan Pak Mertua jugak yang buat BN tungging di banyak negeri.

Nama je kelulusan dari Oxford, tapi result pemikiran macam budak PASTI jee..

Persamaan Nik Aziz dan juga Qarun...


Korang tentu tahu apa yang dimaksudkan dengan sombong.. Sombong ni dalam bahasa lain ialah takbur. Ramai manusia hebat zaman dulu yang sombong atau takbur ni diaibkan oleh Tuhan beb..

Kita ambik contoh Qarun yang hidup masa zaman Nabi Musa a.s. Qarun ni kaya giler baii.. Tuhan kurniakan kekayaan pada Qarun ni sampai melimpah ruah.

Korang tau.., kunci peti harta Qarun ni saja dah cukup untuk buat lelaki-lelaki tough zaman tu mengeluh bila nak pikul... Tu dah cukup untuk korang bayangkan betapa banyaknya harta yang Qarun ada..

Qarun ni punyalah berlagaknya sampai dia mengaku bahawa dia saja yang paling pandai dikalangan kaum Nabi Musa pada zaman tu. Kata dia.., sebab tu lah dia dikurniakan syurga dunia diatas kepandaian dia..

Qarun pernah kata pada kaum dia.."sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku.. Jadi kenapa aku perlu peduli pada orang lain?".

Nampak tak betapa sombong dan takburnya Qarun ni dengan apa yang Tuhan pinjamkan pada dia. Harta yang dia ada dah buatkan dia rasa paling best dan juga paling hebat dikalangan umat Nabi Musa.

Tapi apa jadi pada Qarun akhirnya? Dia tenggelam bersama hartanya akibat dari kemurkaan Tuhan.. Adakah kehidupan Qarun dimuliakan oleh Tuhan? No way lahh.. Tuhan dah aibkan dia sebab kesombongan dia..

So, apa kena mengena Qarun dengan Nik Aziz? Manusia dua orang ni ada satu persamaan beb.. Dorang dua ekor ni sombong ya amat.. Dah la sombong, takbur pulak tu..

Untuk menambahkan pengetahuan korang, sombong atau takbur ni ada dua jenis. Satu dinamakan takbur yang zahir dan satu lagi adalah takbur batin.

Korang boleh kenal takbur zahir ni melalui cara orang tu cakap dan juga tindakan dia. Yang batin tu susahlah sikit nak nampak sebab benda tu hanya wujud dalam hati dia saja.

Tapi selalunya kalau dah takbur dalam hati, mesti nampak perangai menyombong dia diluar beb..

So, cuba korang tengok gaya Nik Aziz... gaya orang tua tu memang angkuh.. Mulut dia ikut suka saja nak keluarkan fatwa haramkan syurga untuk orang lain yang tak sefahaman dengan dia.

Gua nampak, Nik Aziz mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripada dia. Sampai ada satu masa tu, Nik Aziz kata UMNO tak akan bawak ke syurga.

Sifat takbur Nik Aziz ni boleh dilihat melalui percakapan. Orang tua tu mana mau mengaku kalah beb... Dia anggap diri dia sentiasa betul dan tidak pernah mau mendengar atau mengikut nasihat orang lain.

Sebab tu lah sekarang ni Nik Aziz jadi penghalang besar kepada perpaduan umat Islam kerana dendam lama dia yang tak pernah padam pada UMNO. Kalau korang nak tau apa dendam dia, pergilah tanya dia sendiri..

Jadi, gua harap korang janganlah ada sifat sombong dan takbur macam Qarun atau Nik Aziz. Rugi beb kalau kita menyombong ni.. Orang tak sukaa...

Sekian, Tengkiu...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online