BREAKING NEWS

Mufti Perlis kena jilat kaki Anwar kalau nak masuk Syurga...


Besok adalah hari yang paling ditunggu oleh semua bloggers termasuklah gua.. Dan korang jugak mesti nak tahu apakah keputusan Hakim Mahkamah samada nak bebaskan Anwar ataupun nak suruh dia bela diri..

Kalau Anwar dibebaskan, maka para pencacai Pakatan akan sorak dan kata padan muka kat UMNO. Tapi kalau Anwar disuruh membela dirinya.., puak-puak yang bertuhankan Anwar mesti akan kata Tuan Hakim dah dibeli dan Mahkamah dah tak relevan...

Ni lah mindset Pakatan.. Dorang hanya akan berpuas hati kalau keputusan tu memihak pada dorang.. Bagi gua.., inilah puak-puak yang tak percaya pada Qada dan Qadar Tuhan..

Apapun, dalam kita sibuk tumpukan pada keputusan kes liwat besok, jangan lupa isu video seks Anwar. Gua salute dengan Tok Mufti Perlis, Dr Juanda..

Tok Mufti ni dengan tegas buat statement dibawah....

1. Mahu pihak berkuasa bertindak terhadap pelaku video seks yang didakwa mirip pemimpin pembangkang

2. Pihak yang dedahkan video juga perlu disiasat. Bagaimana mereka perolehi video dan siapakah dalangnya?

3. Jabatan peguam negara, penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah jangan hanya jadi penonton dan duduk di atas pagar.

4. Sekiranya kerajaan indonesia boleh mengambil tindakan terhadap penyanyi ariel peterpan, kenapa kerajaan malaysia tidak?

So, macam biasalahhh... puak-puak Pakatan mesti hentam Tok Mufti ni dan kata dia dah dibeli oleh UMNO. Nik Aziz pulak mesti akan suruh Tok Mufti ni jilat tapak kaki Anwar sebelum boleh masuk ke Syurga...

Kesian kat Mufti Perlis ni yee.. Walaupun dia jadi Mufti negeri.., ilmu dia tak cukup untuk bawak dia ke Syurga mengikut pandangan Nik Aziz.

Semua ni pasal Mufti Perlis dah meragui bahawa Anwar tu suci... So.., kalau nak jalan mudah masuk syurga.., yakin dan percayalah kepada Anwar, confirm masuk syurga... Tak percaya tanya Nik Aziz... Hahahahaha...

KANTOI!! Petugas Pakatan sebar VCD seks Anwar dalam ceramah..


Semalam, puak-puak Pakatan menganjurkan satu program yang dorang namakan Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang.

Nama saja Program tolak fitnah, tapi apa kejadahnya pemimpin dorang dalam tu sibuk fitnahkan kerajaan..? Ni bukan nak tolak fitnah beb, tapi ni nak tambah fitnah...

Yang paling bestnya, dorang ada buat acara sampingan iaitu "mari edarkan risalah dan video seks Anwar untuk tuduh UMNO"..

Macam mana Khalid Gagap boleh dapat video ni masa awal ceramah? 
Dia bawak dari rumah ke?

Korang jangan terpedaya dengan propaganda puak-puak bangang ni semua.., nampak sangat dorang tu kantoi menipu..

Kalau betullah UMNO yang buat kerja tu, kenapa dorang tak tangkap jee orang yang edarkan salinan video dan jugak risalah kat kereta-kereta tu semua? Bukan ke pencacai-pencacai PAS dari Unit Amal yang jaga parking?

Mustahil lah kalau puak-puak amal PAS ni kata dorang tak nampak dan tak sedar sapa yang sebarkan video tu.. Sebabnya, dah memang dorang sendiri yang sebar untuk tuduh kerajaan...

Mula-mula edar.., lepas tu kutip balik untuk tunjukkan dorang tak bersalah... KANTOIII...

Nampak tak plot drama dorang? Gua tau, semua ni adalah skrip dari Anwar Ibrahim untuk burukkan kerajaan.. Dengan orang lain bolehlah puak-puak ni kelentong beb.., tapi dengan gua, KANTOI lah dorang.. Hahahahahaha....

PANAS!! Majlis Syura PAS tak sependapat dengan Nik Aziz..


Setiausaha Majlis Syura Pas Pusat, Abdul Ghani Samsudin yang juga calon Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burung, Selangor, berkata, pendedahan tentang hakikat sebenar seorang pemimpin dibenarkan oleh syarak bagi mengelakkan orang ramai teraniaya.

‘‘Pendedahan itu dilakukan demi kebaikan dan berdasarkan keilmuan supaya pemilihan pemimpin dibuat dengan teliti dan difikirkan secara matang.


‘‘Konsep ini adalah dibenarkan dalam Islam kerana jika tidak didedahkan keburukan dan kelemahan seseorang pemimpin yang bakal dipilih itu, bimbang nanti berlaku kerosakan yang lebih besar,”katanya.

Abdul Ghani yang juga bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang menyebut Abdul Hadi mengeluarkan ‘fatwa’ membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.

Menurut Abdul Ghani, meskipun Allah menyatakan dalam ayat 148, Surah al-Nisa tentang larangan mendedahkan keburukan seseorang secara terang-terangan tetapi dalam ayat tersebut juga menyatakan perkara itu dikecualikan jika melibatkan mereka yang teraniaya.

‘‘Dalam hal ini, rakyat akan teraniaya jika kita tidak menyatakan hakikat sebenar dan rekod perilaku seseorang pemimpin.


‘‘Sebab asas memilih pemimpin mesti berasaskan kepada ketakwaan mereka kerana mereka yang tinggi martabatnya ialah mereka yang paling bertakwa,” jelas beliau.

Katanya, pendedahan tentang segala kelemahan dan rekod buruk seseorang itu dilakukan demi kepentingan umum seperti skandal atau kelakuan buruknya.


‘‘Ini termasuk dalam perkara amar makruf dan nahi mungkar dan nasihat dalam agama atau hisbah. Ini sama seperti dalam proses memilih pasangan atau meminang, mesti dinyatakan hakikat sebenar latar belakang pasangan kerana proses membina rumah tangga berasaskan kepada mahabbah iaitu kasih sayang,” katanya.


Katanya, konsep tersebut juga boleh diamalkan dalam proses memilih kepimpinan yang membabitkan soal kepentingan negara.


p/s: Syurga Nik Aziz dibawah tapak kaki Anwar... Hahahahahaha....

[VIDEO INSIDE] Anwar nak terajang Polis di Melaka..


Makin lama, makin teruk gua nampak perangai Anwar ni.. Dia dah mula hilang kawalan dan jugak hilang pertimbangan bila tembelang dia mula terdedah satu persatu..

Semalam masa berceramah di Melaka, Anwar di boo oleh anak-anak muda dikawasan ceramah.. Serta merta Anwar tuduh UMNO dah bayar anak-anak muda tu untuk buat kacau..

Itu ok lagi beb.. Gua tak boleh tahan bila Anwar mula naik hantu dan maki Polis pasal tak ambil tindakan kat bebudak yang boo dia..

Anwar siap nak terajang lagi Polis kat situ... Hahahahaha.. cayalah Nuar.. Lu memang macam haram!!

Korang tengoklah sendiri video yang gua cilok dari TVS ni.. Tengok macam mana Anwar meroyan dan maki hamun Polis... Dah makin sewel nampaknya mamat tu.... Layannnnnnn...



Nik Aziz ambil alih tugas Tuhan...


Dahsyat sungguh wali PAS sorang ni... Hanya semata-mata dia nak defend Ketua Umum dia, terus dia haramkan syurga kepada sesapa saja yang kata Anwar main dengan China Doll..

Maksudnya.., sapa yang percaya Anwar tak bersalah, dorang tu akan masuk syurga bulat-bulat lahh.. Fuyohh.., senang lah kalau macam tu yee.. Just percayakan Anwar, dan confirm korang akan masuk syurga..

Tapi kalau korang tak percaya Anwar tu baik dan suci, confirm korang akan masuk neraka.

Tak kiralah korang sembahyang cukup waktu ke..., puasa cukup tiap-tiap tahun ke..., rajin bersedekah ke..., jadi anak yang soleh ke..., semuanya tak valid hanya semata-mata korang tak percayakan Anwar beb..

Ini bukan gua buat cerita... Ini adalah fatwa dari Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Korang kenal tak sapa mamat tu? Dia dah nak ambil alih tugas Tuhan dalam tentukan sapa masuk syurga dan sapa bakal dihumban ke neraka.. Dahsyat kan mamat tu...

Bagi gua, mamat PAS tu bukannya ulamak.., jauh sekali untuk gua kata dia tu sebagai ahli agama. Mana ada ulamak atau ahli agama nak ambil alih tugas Tuhan tentukan syurga dan neraka kepada manusia beb..

So, mamat poyo PAS tu tak lebih dari seorang ahli politik bangsat yang nak cari populariti murahan saja.

Suka-suka mak bapak dia nak tentukan syurga neraka orang lain.. Yang dia tu dah tahu ke tempat dia di mana bila mati nanti?

Silap haribulan, dia yang kena humban masuk neraka pasal sesatkan manusia dengan agenda politik bangang dia...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online