Menteri Mentor Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan Goh Chok Tong membuat keputusan untuk berundur daripada Kabinet, sekali gus merintis laluan bagi Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta pasukannya mempunyai rekod kerja tanpa apa-apa kesilapan masa silam.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua pemimpin itu berkata: "Kami telah pun mengkaji situasi politik terbaru dan memikirkan bagaimana ia boleh menjejaskan masa depan.
"Kami telah pun memberi sumbangan kepada pembangunan Singapura. Masanya sudah tiba bagi generasi muda untuk membawa Singapura maju ke hadapan dalam situasi yang lebih sukar dan rumit.
"Perdana Menteri dan pasukan pemimpin muda beliau perlu mempunyai rekod kerja tanpa apa-apa kesilapan masa silam.
Generasi lebih muda, selain mempunyai kerajaan bebas rasuah dan meritokratik serta menikmati taraf hidup yang tinggi, juga ingin lebih melibatkan diri dalam keputusan yang memberi kesan terhadap mereka," kata kedua-dua pemimpin itu.
Selepas berakhirnya pilihan raya umum yang menjadi titik perubahan, kedua-dua pemimpin berkata: "Kami membuat keputusan untuk berundur daripada Kabinet dan menyerahkan kepada kumpulan menteri muda sepenuhnya untuk mendekati dan melibatkan diri dengan kalangan generasi muda dalam membentuk masa depan Singapura kita.
"Namun pasukan muda harus sentiasa mengingati kepentingan generasi lebih tua.
Generasi yang telah memberi sumbangan kepada Singapura mesti dijaga dengan baik," kata mereka.
p/s: Lee Kuan Yew adalah ahli politik yang paling lama berkuasa di Singapura.. Kalau di Semenanjung, Nik Aziz lah yang pegang title tu.. Tapi Kuan Yew tak lama lagi nak bersara.. Nik Aziz pulak masih gila kuasa dan nak pegang jawatan MB Kelantan sampai tutup mata..
Itu lah beza politik Kuan Yew dengan Nik Aziz.. Kuan Yew tau dia dah tua dan akan padam bila-bila masa saja.., tapi Nik Aziz still tak sedar diri dan nak menongkat langit...
Dulu Nik Aziz kata kat Chedet.., sekarang ni ludah dia dah bertepek di muka sendiri... Gua tak tahulah nak cakap apa lagi.. Mungkin Nik Aziz nak bawak kerusi MB tu masuk ke liang lahad kot? Hehehehehe...






