KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat dan mengambil tindakan yang perlu berhubung dakwaan dua blogger tempatan berkaitan isu agama yang disiarkan di muka hadapan sebuah akhbar tempatan hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila menimbulkan isu-isu sedemikian dan bersedia menghadapi tindakan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai laporan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan tajuk "Kristian agama rasmi?" selepas melancarkan program papan iklan dalam konteks pencegahan jenayah di Wangsa Maju di sini.
Khalid turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang isu sensitif berkaitan agama kerana hal berkenaan boleh merosakkan keharmonian di negara ini. "Kita tidak boleh biarkan isu-isu sebegini dimainkan oleh mana-mana pihak... jadi saya nasihatkan supaya jangan cuba bermain api nanti terbakar
tangan," katanya.
Khalid berkata apa jua isu berkaitan dengan agama, jika tidak ditangani dengan betul, akan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam dan polis tidak akan membiarkan perkara itu.
p/s: Gua nampak, Polis tak ada banyak pilihan dalam hal ni.. Hishamuddin keris kena tetapkan pendirian dia dan gengam telor yang dua bijik tu betul-betul sebelum buat keputusan..
Isu berkaitan dengan agama rasmi ni berat beb.., sama ada Polis tangkap blogger yang mula-mula keluarkan cerita, ataupun Polis tangkap puak-puak kapir DAP yang buat onar..
Kena pastikan dulu sapa yang benar dan sapa yang salah. Kalau blogger tu yang salah, gua tak ada hal kalau dorang dikenakan tindakan. Tapi kalau kapir DAP yang salah.., gua desak Polis dan Kementerian Dalam Negeri bertindak tangkap semua kapir-kapir tu..
Ayat-ayat amaran semua diharamkan didalam isu ni. So, Hisham Keris jangan berani cuba nak keluarkan stok amaran dia...
Gua sebenarnya dah muak la dengan Hisham ni..., asyik playsafe je manjang... Bila lah agaknya dia nak berani yee..?
Kerajaan Pulau Pinang menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan pembangunan Islam dengan menaikkan elaun untuk pegawai agama di 200 masjid negeri sebanyak 80 peratus.
Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman berkata, peningkatan itu akan memberi faedah kepada 800 bilal dan siak di negeri itu.
Peningkatan elaun itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan tanggungjawab pihak berkenaan, katanya.
Kali terakhir elaun itu dinaikkan pada tahun 2005 daripada RM100 kepada RM180 untuk bilal dan daripada RM120 kepada RM200 untuk siak.
Kali ini, kerajaan negeri Pakatan Rakyat menaikkan elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan.
Menurut Mansor, kenaikan itu akan berkuatkuasa pada 1 Jun yang menjadikan perbelanjaan sebulan untuk pembayaran itu sebanyak RM273,600.
Kerajaan Pulau Pinang akan menanggung 70 peratus (RM2,298,240) kosnya manakala majlis agama akan membiayai sebanyak 30 peratus (RM984,960), tambahnya.
P/S: Baguslah kalau kerajaan negeri Penang ni nak bagi kenaikan elaun kepada pegawai masjid diseluruh negeri. Kalau perkara yang baik tu, takkan kita nak tolak kot.. Tapi janganlah pulak lupa pada pihak yang bertanggung jawab buat 200 masjid di Penang ni.
So, selain dari sibuk berterima kasih pada kerajaan negeri, jangan lupa ucap terima kasih sekali kepada kerajaan pusat pasal sediakan masjid tu..
Cuba fikir.., kalau tak ada masjid yang disediakan oleh kerajaan pusat, mana datangnya 800 pegawai agama didalam negeri? Fikir-fikirkanlah... Hehehehehehe...
"Bila saya datang, orang dah tak tengok muka saya... mereka tengok perut saya... ini celaka punya Umno, kata Anwar.
"Sebab apa Najib tuduh saya macam itu? Ini budaya apa? Budaya Melayu? Budaya Cina? Budaya India? Budaya apa ini?... inilah budaya Najib" - Anwar
Sapa cakap video seks Anwar tak beri kesan besar pada Anwar Ibrahim? Rakyat sekarang ni dah tahu siapa sebenarnya Anwar dan semua tau Anwar ni kaki pembohong.
Anwar sendiri dah sedar yang rakyat dah tak percayakan dia. Korang tengok sajalah sekarang ni, ceramah Anwar dah tak dapat sambutan macam dulu.
Setakat 500-1000 orang je yang datang, itu dah standart ceramah UMNO beb.. Sebab tu lah Anwar marah sangat kat UMNO ni pasal menjatuhkan populariti dia.
Anwar Ibrahim semalam mengingatkan najib jangan terlalu yakin untuk menawan balik negeri Selangor daripada Pakatan.
Anwar cakap macam ni selepas Najib dikatakan mahu merampas Selangor dengan menggunakan apa sahaja sebagai senjata.
Najib juga diingatkan agar tidak mengamalkan “politik rampas” semata-mata untuk memerintah negara.
“Rampas-merampas ini mana punya kerja? Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas... Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini.
Najib jangan bongkak... insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru,” katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini malam tadi.
Dalam ucapan di hadapan kira-kira 1000 orang itu, Anwar menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.
p/s: Still ada hati nak jadi perdana menteri ye Mat Bontot ni.. Hahahahahaha....
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik, (Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, (Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pensyarah ketuai projek patukan ular
-
SEORANG penyelidik kelahiran Malaysia kini mengetuai projek antarabangsa
untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang mati setiap tahun akibat
patukan ...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...