Wohaaa... sapa nak masuk kelab ekslusif penyokong Mat Sabu? Kalau korang berminat, tunggulah pelancaran kelab ni pada 6 Mei depan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur...
Gua tak tahulah apa faedahnya jadi ahli kelab penyokong Mat Sabu ni..., mungkin korang akan dapat diskaun masuk Hotel bilik 121 kot...
Apapun, semua ni adalah usaha Mat Sabu untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada Jun depan... Sangap sungguh Mat Sabu nakkan jawatan sampaikan kena tubuhkan kelab penyokong...
Gua jangkakan ramai mak jan dan jugak andartu akan masuk kelab ni nanti. Maklumlah..., Mat Sabu tu kan romeo macho dalam PAS...
Sapa boleh celen Mat Sabu dalam bab-bab ayat pompuan ni beb... Korang jangan tak tau pulak yee.., bilik 121 dah jadi bukti kejaguhan Mat Sabu mengayat... Sapa boleh nafikan semua tu beb... Hahahahaha..
Pemilihan PAS yang dijadual berlangsung Jun ini semakin menarik apabila wujudnya kempen untuk menubuhkan kelab penyokong Mohamad Sabu yang akan bertanding jawatan timbalan presiden PAS.
Kempen itu kini giat berjalan menerusi laman sosial Facebook yang turut mengumumkan - Kelab Mohamad Sabu Dot Com - bakal dilancarkan pada 6 Mei depan.
Paparan laman sosial itu turut mengumumkan pelancaran kelab itu akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSAH) pada jam 8 malam.
Kempen Facebook itu juga kini giat mempromosi untuk mengumpul individu yang berminat untuk menjadi ahli kelab tersebut. Mereka boleh mendaftar melalui laman sosial tersebut.
Ini adalah kali kedua Mohamad menawarkan diri bertanding jawatan nombor dua parti itu.
Dalam pemilihan parti dua tahun lalu, Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, dalam pertandingan tiga penjuru.
Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.
Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS.
Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.
Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya.
Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS.
Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.
Sekian, wassalam.
YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
Bertarikh : 20 April 2011 M / 17 Jamadil Awal 1432 H
p/s: Pemimpin hanya perlu ditukar kalau langgar syariat Allah??? Anwar tu macam mana?
Pembohong, penipu, mungkir janji, dituduh meliwat dan terbabit kes skandal main pelacur...., tu semua bukan langgar syariat ALLAH ke?
So bila Nik Aziz nak suruh Anwar ditukar? Hehehehe....
Apalah bangang sungguh puak-puak Pakatan nih... Punyalah tak ada isu sampaikan Najib sokong MU pun dorang meroyan bising..
Ada pulak sorang blogger bapuk tu kata, disebabkan Najib sokong MU, maka dia pun takkan lagi sokong pasukan Alex Ferguson tu... Bingai sungguh!!
Malu weh kalau macam ni punya mentaliti penyokong Pakatan. Kalau Najib sokong MU, dia kata takkan sokong pasukan tu....
Rupa-rupanya dia penyokong Manchester United. Mulai hari ini gua istiharkan diri gua sebagai bukan lagi penyokong MU, sebab gua taknak geng dengan Najib muahahaha - Milo Awwwww
So, kalau Najib tu beragama Islam, maknanya dia nak jadi murtadlah yee pasal taknak ikut Najib.... Bangang melantun-lantun blogger MiloSuam awww tu kannn...
Yang gua tau, Anwar AlJuburi pun sokong MU...., tapi pasal apa puak-puak pencacai Pakatan macam MiloSuam ni still sokong Anwar?
Mungkin dia suka Anwar yang menyokong perlakuan GAY bertaraf OMEGA kot? Hahahahahaha....
Dah la arak dorang bagi percuma.., nak masuk tak diwajibkan pakai Bra dan Panties lah pulak... Ni apa kejadahnya yang sedang berlaku?
Takkan Ali Rustam dan pemimpin UMNO nak bagi Melaka jadi negeri Darul Beer pulak kot? Mana perginya Majlis Bandaran? Takkan makan gaji buta bila benda-benda macam ni korang sanggup tutup mata?
Mana perginya Majis Agama Islam Melaka (MAIM)? Takkan tak bagi nasihat kepada bos korang yang tengah rileks di kerusi empuk dalam pejabat berhawa dingin tu?
Gua pernah dengar puak-puak Pakatan bagi gelaran Ali Ketam pada Ketua menteri Melaka ni... Tapi kalau macam ni punya peel penguatkuasaan di negeri Melaka, memang patut lah gelaran tu...
Jangan terlampau nak ajar rakyat berjalan lurus sedangkan pentadbiran kita sendiri berjalan senget macam ketam.
Kalaupun acara sosial ni hanya untuk kaum cina.., lu semua yang jadi pemimpin tertinggi di Melaka tu boleh jamin ke yang tak ada melayu-melayu bangang join the party? Kalau lu semua tak boleh bagi jaminan, baik lu semua buat kerja.
Jangan dok makan elaun buta saja. Lu semua patut ingat, rakyat bukannya buta dan bukan semua yang suka benda-benda macam ni ada dikawasan dorang. Mangkuk hayun betullah kalau macam ni...!
Selamba saja Presiden PAS ni kata orang melayu yang tak sokong PAS adalah orang-orang sakit. Gua tak tau lah sakit apa yang dia maksudkan, tapi mungkin dia nak kata sakit jiwa kot...
Kalau korang baca statement dia dalam Harakah, memang dia seolah-olah nak kata orang melayu sakit jiwa. Yelah.., Hadi kata orang melayu sakit pasal dalam jiwa sudah tak boleh terima perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Maknanya, orang-orang melayu yang tolak PAS ni semua sakit jiwa lah. Itulah definasi Hadi Awang terhadap orang-orang melayu yang bukan dikalangan jemaah PAS.
Tapiiii....., bila pulak PAS perjuangkan Islam???? Dalam Muktamar lepas, PAS kan dah tukar slogan daripada Membangun Bersama Islam, kepada PAS For All. Islamnya manaaa??? Cer cite.... Cer cite..
Sekarang ni pulak, PAS sibuk membontoti DAP sampaikan Nik Aziz sendiri tolong berkempen bagi DAP masa PRN di Sarawak hari tu.... Tak caye? Cuba tengok gambar dibawah ni...
So, sekarang ni sapa yang sakit jiwa??? Betullah kot ada orang-orang melayu yang sakit jiwa...., tapi semua yang sakit tu terdiri dikalangan penjumud dalam PAS dan juga Pakatan.
Sebab tulah dorang sanggup jadi penjilat kepada puak kapir DAP dan juga pencacai kepada Anwar Ibrahim. Hanya orang sakit jiwa saja yang buat perangai macam tu... Hahahahaha....
Daripada melayan isu seperti itu, beliau lebih tertarik untuk mengulas isu yang mengatakan PAS berada dalam keadaan sakit kini, ekoran dakwaan kegagalannya menarik sokongan orang Melayu di Semenanjung dan di Sarawak seperti yang berlaku dalam PRN Sarawak Ke-10 pada 16 April lalu.
"Ini jelas merupakan fakta yang diputarbelit. Sebenarnya bukan PAS yang sakit, tetapi orang Melayu itu sendiri yang sakit sehingga menyebabkan di dalam jiwanya tidak langsung mempunyai kesedaran tentang kewajipannya menyokong perjuangan Islam, sehingga mereka sanggup memberikan sokongan kepada parti sekular untuk memimpin mereka," katanya.
Lebih menghairankan, apabila orang bukan Islam pula yang sedar dan faham mengenai kepentingan mereka menyokong PAS untuk membolehkan mereka turut berada di bawah pemerintahan Islam, sejajar dengan kelebihan parti Islam itu sendiri berbanding parti-parti lain.
"Jadi ini jelas menunjukkan bukan PAS yang sakit, tetapi orang-orang Melayu terbabit itu sendiri yang sakit dan mereka perlu terus dibantu untuk diubati oleh kita supaya mereka juga turut sedar tentang kedudukan dan peranan mereka yang sebenar terhadap perjuangan Islam," ujarnya.
Kegagalan orang Melayu memahami malah sesetengahnya mengenali PAS sebagai organisasi penting dalam gerakan Islam di tanah air, menurut beliau, sememangnya direncanakan sendiri oleh Umno BN sejak sekian lama memerintah negara, bagi kepentingan politik dan perut para pemimpin mereka sendiri.
"Pada hal yang ditentang oleh mereka adalah perjuangan Islam. Mereka sendiri sebagai orang Islam tidak sepatutnya menentang perjuangan Islam, tetapi mereka sanggup berbuat demikian kerana di dalam hati mereka itu juga turut mempunyai penyakit yang perlu diubati," katanya kesal. - Harakah
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.