BREAKING NEWS

DAP rasuah arak kepada masyarakat di Dun Padungan.


Semalam masa ceramah DAP di Dun Padungan, gua tengok bukan main lagi arak dihidangkan di meja-meja makan disitu. Mulanya, gua ingat memang menatang alah tu dibeli oleh pengunjung kedai makan yang datang, rupanya arak tu khabarnya dah disponsor.

Gua tak cakap DAP yang sponsor haa.. Korang fikirlah sendiri memandangkan DAP yang buat ceramah kat situ... Hehehehe...

Tapi kena perhalusi jugak.., dalam banyak-banyak tempat di Dun Padungan ni, kenapa DAP buat ceramah didepan Pub? Sambil ceramah sambil yamseng ke?

Yang datang bagi ceramah pulak ialah si Gobind Deo anak kepada Karpal PooSingh. Lalok TingTong semacam je gua tengok dia berceramah. Agaknya, dia pun yamseng sekali kot?


Seperti biasa, ceramah puak Pakatan ni tak sah kalau tak maki hamun kerajaan. Gobind ni kata kerajaan BN kaki sapu duit rakyat. Habis semua kekayaan Sarawak Taib Mahmud makan sorang.

Dia lupa yang DAP tu sebenarnya penyamun paling besar dalam Malaysia ni. Tengok saja macam mana Regim DAP di Penang dan Selangor tu menyamun harta negeri...

Dah la kuat menyamun, menipu pun kuat jugak regim DAP ni. Kalau tak, si Guan Eng tu tak laa digelar Ketua Menteri Penipu No.1 di Penang.

So, gua harap tak ada lah rakyat Sarawak yang percaya pada sandiwara keji Regim DAP disini. Patutnya, ceramah dorang pun tak payahlah pergi.., buang masa je dengar dorang mengarut tu.

Kalau setakat nak rasuah beer 2-3 tin lepas tu nak mintak undi.., baik tak payah. Rakyat Sarawak patut begitau dorang yang undi tu bukannya murah beb..

Orang Sarawak pun tak kenal Presiden PAS??? Kahkahkahh...


Ketika penamaan calon bagi Dun Sadung Jaya, Abdul Hadi Awang telah dihalang masuk oleh pegawai-pegawai Polis yang berkawal di pintu masuk pusat penamaan. Walaupun ada penyokong PAS yang membantah, pihak Polis tetap dengan keputusan mereka.

Hadi yang diiringi oleh penyokong-penyokong PAS yang berjumlah hampir 200 orang, kelihatan agak tergamam dengan kejadian tersebut. Mesti dia tak menyangka dia akan dihalang masuk bagi mengiringi calon PAS yang bertanding.

Pihak Polis memberikan alasan Hadi dan para penyokong PAS harus menunggu semua wakil BN habis masuk terlebih dahulu, selepas itu barulah wakil dan penyokong PAS dibenarkan masuk. Ini yang membuatkan semua pengiring Hadi Awang naik angin.

Rupa-rupanya, pegawai Polis terbabit tak kenal dengan Hadi Awang. Mereka tak tahu bahawa Pak Haji yang mereka tahan daripada memasuki pusat penamaan calon itu adalah Presiden PAS.


Baca Selanjutnya DISINI...


p/s: Macam ni PAS nak tawan Sarawak? Dah la bertanding 5 kerusi je beb.., lepas tu Presiden PAS pun orang Sarawak tak kenal....


Hahahahahaha... padan muka lu Hadi Awang.. 

SAH!!! Blogger Pro Kerajaan akan berkubur sebelum PRU13.

Barisan bloggers Pakatan yang akan menggempur cybertropper UMNO ada yang korang kenal tak? Hahahahahahaha.....

Puak-puak Pakatan telah mengadakan satu Pemukiman Blogger yang menyokong Pakatan Rakyat pada 2-3 April hari tu untuk mempersiapkan blogger dorang untuk menguasai media siber bagi PRU13.

Gua difahamkan, hasil dari kursus tu dorang berjaya menghasilkan satu kaedah yang dinamakan Revolusi 13 yang akan digunakan untuk menggempur cybertropper UMNO.

Wohaaa... Gua dah naik takut setengah mati ni beb.. Revolusi 13.. Very dangerous tuuuu... Hahahahaha.

Katanya, group dorang ni akan bertindak untuk kuburkan segala fitnah di media online yang dilakukan oleh bloggers, Facebookers dan dalam Twitter yang pro kerajaan.

Dorang punya tagline ialah, "Selamatkan Rakyat, Bebaskan Malaysia". Skema gila tagline dorang ni... Entah apa yang dorang nak selamatkan dan bebaskan Malaysia dari apa? Macam Haram!

Selama ni doranglah yang jadi kaki fitnah dan jugak kaki putarbelit dalam cyberspace, lepas tu bila tembelang dan kelentong dorang didedahkan, dorang sibuk pulak nak tunjuk baik.. Pooodahh!

Lagi satu, yang jadi tukang bentang kertas kerja dorang adalah si Doktor Goggle, Abu Hasan Abdullah dan juga si orang kuat Harakah, Kamaruddin Jaafar.

Dah confirm-confirm ke parit la revolusi dorang ni.


Bagi gua, buatlah revolusi atau kepala jadah apa sekalipun, dorang tu takkan berjaya kalau dorang sendiri still nak pertahankan fitnah dan jugak salahlaku dalam puak dorang sendiri.

Paling mudah laa gua bagi contoh.., kalau Anwar yang macam tu punya kaki spin dan jugak kaki temberang pun dorang masih nak defend, pergi mampuslah dengan revolusi apapun. Rakyat bukan bodoh beb..

Dorang ni selalu kata pemimpin BN gila kuasa dan jawatan sampai sanggup tipu rakyat, tapi yang tok guru dorang si Nik Aziz tu dah sampai nak menongkat langit..., apa cerita tu baiii?

So, dorang semua ni nak kuburkan fitnah yang mana satu kalau fitnah dan putarbelit tu datang dari dorang sendiri? Apa kejadahnya semua ni?

Sendiri yang sibuk defend kaki liwat dan kaki china doll, lepas tu nak suruh orang jaga moral...? Lawaklah puak-puak bangang ni semua.... Hahahahaha..

Calon-calon PAS Sarawak kena buat Bai'ah...


Penulis mendapat maklumat bahawa kesemua wakil Pas yang bertanding di Pilihanraya Negeri Sarawak ini telah diwajibkan untuk melakukan upacara bai’ah dihadapan Presiden PAS.

Selain Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man juga dikatakan ada sewaktu majlis bai’ah dilakukan. Penulis difahamkan, Majlis ini diadakan di Pejabat Perhubungan PAS negeri Sarawak.

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, wakil-wakil perhubungan negeri-negeri, wakil-wakil calon dan juga pencadang serta penyokong calon itu sendiri juga dipanggil bagi menjadi saksi bai’ah itu.

Tak tahulah pula apa yang dipertaruhkan didalam bai’ah wakil PAS di Sarawak ini. Kalau di Semenanjung dulu, semua wakil PAS dikehendaki mempertaruhkan rumahtangga masing-masing didalam sumpah bai’ah mereka.

Mungkin di Sarawak ini, pertaruhan bai’ah PAS ialah berkenaan harta benda wakil itu sendiri. Mungkin syaratnya ialah, jika wakil PAS keluar dari parti selepas menang bertanding, harta benda mereka akan serta merta menjadi milik parti.

Semuanya ada kemungkinan berlaku didalam PAS. Kalau sebelum ini pemimpin-pemimpin parti ini sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam di Semenanjung, tak mustahil mereka akan meneruskan tabiat mereka di Sarawak ini.

Baca Selanjutnya DISINI...


p/s: Memang harami betullah puak-puak PAS ni.. Yang ni lah dikatakan mempergunakan agama untuk politik... Bila lah agaknya dorang ni nak insaf yee?


Nak jadi calon parti kena bersumpah bai'ah, kononnya tak mau ada pengkhianat dalam parti. Tapi yang lebai-lebai PAS dok mengkhianat agama tu apa hal pulak?


Patutnya lebai-lebai dalam PAS tu lah kena bai'ah dengan Tuhan dulu supaya jangan jadi pengkhianat agama. Itu baru betul... Bukannya tau nak suruh bai'ah pilihanraya jee...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online