Gua dah selamat sampai di bumi kenyalang dan sekarang ni gua tengah melepak di bandar Kuching. Tak banyak yang berubah bandar ni dari yang gua tengok tahun lepas.
Bila gua berpeluang bukak internet petang ni, gua terbaca cerita penafian Wan Azizah dan keluarganya setelah dorang tengok video porno yang tersebar semalam.
Gua tak nak komen banyak.., cuma gua nak ajak korang bandingkan diantara dua cerita dibawah... Korang cuma perlu cari persamaan diantara watak dalam cerita tu..
Selepas tu, korang akan dapat jawapan kenapa Wan Azizah nafi yang didalam video tu adalah suami dia...
Cerita Pertama..
KAJANG: Seorang bapa bernafsu setan sanggup menjadikan anak perempuannya sebagai hamba seks sejak lapan tahun lalu walaupun ketika itu anaknya baru berusia enam tahun.
Bagaimanapun, penderitaan dialami kanak-kanak itu akhirnya dibongkar selepas mangsa nekad melaporkan perbuatan bapa kandungnya itu kepada polis pada 18 November lalu.
Difahamkan, kejadian berkenaan pernah diceritakan mangsa kepada ibunya namun wanita itu enggan mempercayainya kerana mendakwa perbuatan keji terbabit tidak dilihatnya sendiri.
Sejak itu, mangsa hanya memendam perasaan dan terpaksa merelakan perbuatan bapanya itu kerana si ibu tidak percaya serta mendakwa mangsa sengaja mereka cerita bagi memburukkan bapanya.
Penderitaan yang ditanggung mangsa itu akhirnya diceritakan kepada kakak sulungnya yang menasihatkan mangsa membuat laporan polis kerana kejadian itu dianggap perbuatan keji dan jijik selain kakaknya pernah menjadi mangsa kerakusan nafsu bapa mereka itu pada 2007.
Cerita Kedua...
Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.
Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.
Beliau berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.
Wan Azizah memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.
Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah.
p/s: Kadangkala, seseorang tu memilih untuk mementingkan imej dan nama baik keluarga daripada menjelaskan perkara yang benar terjadi.
Sebab tu lah ada banyak perkara aib didalam keluarga selalunya akan ditutup sebaik mungkin daripada tersebar..
Korang faham tak maksud tersirat yang gua cuba nak sampaikan ni? Hehehehehe...





