BREAKING NEWS

Mat Sabu tak teringin la nak tengok video Anwar....


KULIM, 29 Mac: "Aku tidak tergila-gila nak tengok video tu macam pemimpim-pemimpin Umno," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu memulakan ucapannya ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa di Dewan Bandaran Kulim, malam tadi.

Intronya disambut tepukan gemuruh dan gelak ketawa hadirin yang telah memenuhi ruang dewan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula lagi.

Beliau yang merujuk kepada isu video seks lucah yang sedang diperkatakan mendakwa pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno dan BN kebelakangan ini.

Katanya lagi, adalah satu sejarah kepada negara apabila parti pemerintah menaja video lucah dalam negara, tetapi tiada tangkapan dan dakwaan yang dibuat samada terhadap pelakon, pengedar, pemilik maupun yang menayangkan video tersebut.

Menurutnya lagi, apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut.

"Kita boleh membuat perbandingan apabila mereka bersungguh-sungguh memaksa pimpinan dari PR untuk menonton video yang telah mereka-reka dan rencana itu. Mana mungkin tiada agenda kalau bermati-matian, memaksa orang lain supaya tengok video tu.

"Kerajaan jangan cuba memperbodohkan rakyat. Jangan cuba nak cucuk hidung kita dan ditarik tali. Rakyat boleh bezakan mana yang dirancang dan mana satu yang asli," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa kerajaan supaya segera melaksanakan keadilan dalam sistem pilihan raya dalam negara sepertimana yang menjadi tuntutan sehingga 1 Mei ini.

"Rakyat dah beri masa yang begitu cukup kepada kerajaan untuk menjalankan tugas mereka mengendalikan pilihan raya dengan cara adil dan telus. Empat perkara yang dituntut dalam pilihan raya mesti mereka tunaikan sepertimana tuntutan.

"Jika mereka engkar sehingga 1 Mei nanti, maka saksikan kebangkitan rakyat pada bulan Jun ini yang akan memenuhi ruang jalan-jalan raya menuntut supaya keadilan dilaksanakan terhadap sistem pilihan raya yang berat sebelah dalam negara, " ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, demokrasi bukan milik Umno dan BN sahaja. Demokrasi mesti diterima pakai untuk semua rakyat negara ini. Ia perlu diaplikasikan secara total dalam semua aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan keadilan.

Katanya lagi sejarah yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya kini harus menjadi sandaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melihat bagaimana kemarahan rakyat boleh menumbangkan sebuah kerajaan yang telah lama memerintah.

"Tengok dan ambil iktibar apa yang berlaku di negara-negara tersebut. Jangan asyik beri amaran kepada rakyat. Lebih parah jika rakyat memberi amaran kepada pemerintah yang zalim seperti Umno dan BN," tambah beliau lagi.


p/s: Hahahahaha.. Mat Sabu mana teringin nak tengok gambar Anwar tu beb.. Jatuh lah standart dia sebagai Raja Khalwat dalam parti PAS beb...

Korang kena faham.. Mat Sabu sebenarnya marah kat Anwar tuu... Marah sebab Anwar tak ajak dia pi sekali kat Hotel tu... Hahahahaha...

GEMPAR!!! Komik Lucah Anwar tersebar di Lembah Pantai..


Asal yang jahat je mesti kerajaan yang kena tuduh... Mulia sangat ke penyokong pembangkang? Puak-puak Pakatan tu maksum sangat ke?

Video seks Anwar pun dituduhnya kerajaan yang reka pakai pelakon seiras. Ada pulak yang tuduh kata video tu superimposed. Apa dorang fikir Anwar tu baik sangat ke?

Sekarang ni timbul pulak cerita komik lucah disebarkan melalui pos di Lembah Pantai. Perkara wajib yang jadi kebiasaan puak pembangkang, ialah tuduh UMNO dan kerajaan punya kerja.

Nak tuduh orang memang senang beb.., tapi ada bukti ke? Ramai orang percaya dan kata Anwar suka main belakang kerana Saiful mengaku dia diliwat oleh Anwar. Siap dengan sumpah mubahalah lagi.

Bagi gua, kalau dah bersumpah dengan nama Allah, gua tak berani tolak sebab takkan lah nak argue bila orang dah bersaksikan nama tuhan beb..

Dan orang kata Anwar main pelacur sebab dah ada bukti video. Betul atau salah, biarlah mahkamah dan Polis yang siasat. Tapi keraguan tu tetap ada sebab isu Saiful Bukhari tak selesai lagi.

Sekarang ni, komik lucah pulak timbul.., tapi kenapa di Lembah Pantai saja? Dan kenapa cepat sangat Nurul Izzah tuduh kerajaan jadi dalang?

Tak mustahil ke kalau dorang sendiri yang buat semua tu untuk tarik simpati rakyat? Dan mungkin jugak puak-puak PKR buat sendiri komik tu untuk memburukkan imej kerajaan?

Dengan geng Pakatan ni mana ada yang mustahil beb.. Ketua dorang pun main belakang jantan.., so apa nak heran kalau buat perkara keji untuk mileage politik sendiri kannn...


KUALA LUMPUR: Umno-Barisan Nasional berterusan menggunakan politik lucah dan kotor bagi mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seisi keluarga.

Terbaru, Pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai menerima komik lucah yang menggambarkan Anwar melakukan aksi-aksi yang kurang sopan.

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

“Ia diterima kebanyakan pengundi muda di kawasan Lembah Pantai. Ia dihantar melalui pos. Kebanyakan mereka menerimanya semalam,” kata Nurul Izzah.

Justeru, beliau akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi jam 2 petang ini bagi menyiasat perkara itu.

Penyebaran komik lucah ini adalah sebahagian lagi daripada usaha memburukkan nama Anwar selepas beliau difitnah kali ketiga dalam video aksi seks.

Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha menghalang kemaraan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya Sarawak yang akan berlangsung 16 April ini.

Indon nak ambik Anwar jadi Presiden....


Dorang ni bising kata politik Malaysia kotor.. Macamlah politik dorang tu suci sangat... Dulu bukan ke bekas Presiden dorang yang ditangkap ada skandal dengan perempuan simpanan?

Kawan baik Anwar lah tuu..., dan dia tu pernah datang masa kempen PRK Permatang Pauh dulu. Dah mati pun dia tu sekarang ni...

So, kita bukannya macam Indon yang sanggup terima pemimpin tak bermoral sebagai Presiden. Sebab tu lah kita tolak manusia jenis macam Anwar ni...

Gua tak kisah kalau Indon nak ambik Anwar ni jadi Presiden dorang.., kecik tapak tangan.., padang bola gua tadahkan...

Malaysia akan selamat tanpa Anwar Ibrahim... Kalau boleh, gua cadangkan puak-puak Indon ambik PAS dan DAP sekali bawak ke sana... Amannnnnn Malaysia jadinya..... Hahahahahaha...

JAKARTA: The Jakarta Post menyifatkan politik di Malaysia, kotor kerana melibatkan seks, media dan video konspirasi yang berterusan.

Kolum editorial akhbar terkenal Indonesia itu memuatkan pandangannya dengan menyentuh siri fitnah terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan rakaman video lucah palsu baru-baru ini.

“Minggu lalu media tempatan melaporkan politik kotor terbaru Malaysia (kononnya) melibatkan Anwar Ibrahim dalam video lucah bersama pelacur di hotel.

“Timbul pertanyaan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Anwar berdepan kes sodomi di mahkamah,” kata editorial itu yang turut menyebut kerajaan mengawal media untuk diperalat bagi merosakkan imej Anwar, sekalipun terpaksa melanggar etika kewartawanan.

“Media Malaysia tidak melaporkan mengenai orang dalam video tetapi menyatakan lelaki itu mirip Anwar bagi menjatuhkan kredibiliti dan integritinya di mata masyarakat.

“Kebenaran dan pengesahan tidak dihirau apabila ia dijadikan alat propaganda,” kata tulisan, sinis.

Editorial akhbar itu turut menyelar tindakan individu yang terlibat dalam penyebaran video itu sebagai pengecut kerana menggunakan media.

“Sumber video tidak didedah, sikap mereka seperti pepatah Melayu ‘lempar batu sembunyi tangan’ kerana tiada sesiapa mahu bertanggungjawab atas penayangan video itu.

“Tetapi media arus perdana melaporkan berita itu daripada sudut pemerhatian mereka,” kata tulisan itu yang menganggap media seperti memberi tekanan kepada Anwar untuk membuat penafian sebagai satub bentuk gangguan sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Media meletakkan tanggungjawab pada Anwar untuk menafikan perkara itu, sesuatu yang kemungkinan akan membuatnya sibuk selama beberapa bulan dan bertahun-tahun, sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Kita pernah menyaksikan kes seumpama ini ketika Anwar dipenjara buat pertama kali tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Agong membatalkan kes tersebut,” kata tulisan itu lagi. - JakartaPost

Penyokong Anwar memang bodoh atau diperbodohkan??


Khabarnya hampir 10'000 pencinta Anwar datang untuk bersama-sama buat solat Hajat pasal video seks di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.

Tak tahu lah betul ke tak angka tu sebab masuk tak ada tiket.., tapi bukannya percuma sebab karung-karung derma JIHAD tetap berjalan..

Yang datang tu pulak adalah dari seluruh negara.., mungkin diangkut dengan bas-bas yang disewa khas ataupun dibuat secara rombongan Cik Kiah dari kampung-kampung pendalaman Kedah, Perak dan Kelantan.

Gua tak mau lah nak kata gambar-gambar ni semua superimposed macam si Mahfuz kata pada video seks Anwar.. Gua nak berprasangka baik lah terhadap juak-juak Pakatan ni semua..


Mungkin betullah ramai tu sebab kita kena ingat.., ahli PAS saja ada dekat sejuta orang... Ahli PKR pulak ada lebih kurang 400 ribu dan DAP 600 ribu.. Kira relevan lah angka 10K yang datang tu...

Tapi satu persoalan yang bermain dalam kepala gua..., dorang yang datang tu memang bodoh ataupun diperbodohkan? Apa kejadahnya kumpul ramai-ramai lepas tu buat sembahyang Hajat pasal video seks??

Hanya semata-mata pasal karenah buas burung pipit seekor manusia yang bernama Anwar Ibrahim, 10 ribu hadirin semalam di Stadium Malawati sanggup jadi kaldai. Memang sangat memalukan...

Mungkin bagi dorang semua ni, mahkamah dalam negara dah tak ada fungsi lagi. Sebab tulah hanya kerana satu kes video lucah yang ditayangkan di Carcosa.., pencinta-pencinta Anwar ni sanggup buat kerja gila mengadu kat Tuhan...

Dorang ingat Tuhan tu bodoh ke apa...? Tuhan pun dorang nak kelentong ke?


Kalau sembahyang pun dah sanggup dipolitikkan demi kepentingan seseorang individu yang dorang angkat sebagai pemimpin.., korang nak kata apa lagi kepada puak-puak yang mengaku lebih warak ni?

Nak nasihat pun buang masa saja beb. So tengok je dan belajarlah dari setiap kekhilafan yang dorang tu lakukan. Gua yakin.., yang ni semua adalah pengajaran secara live dari Tuhan yang sedang dipertontonkan kepada kita semua.

Korang ingat tak cerita 70'000 kononnya ulamak yang akan jadi kumpulan pertama ikut Dajal Laknatullah sebaik saja dia muncul? So nak heran apa dengan angka 10'000 kannn...

Kwang..kwangg..kwangggggg....

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online