BREAKING NEWS

Sembahyang Hajat untuk aksi seks Anwar...?


Dah makin teruk nampaknya PAS dipergunakan oleh Anwar. Dan dipihak PAS pulak, golongan yang mengaku ulamak ni rela di dicucuk hidung oleh Anwar demi janji untuk berkuasa.

Cuba korang tengok.., satu sembahyang Hajat dibuat di Stadium Malawati Shah Alam hanya kerana nak bela seorang yang dikatakan melakukan persetubuhan haram dengan pelacur China.

Gua berani kata, motif utama sembahyang Hajat yang dorang buat tu bukannya untuk cari kebenaran.., tapi hanyalah semata-mata untuk gunakan agama bagi tutup salah laku moral ketua dorang.

Cuba fikir.., kalau Anwar betul-betul nak cari keredhaan tuhan, kenapa dia tak sanggup nak bersumpah guna nama Allah bagi menafikan kes liwat dia.

Orang yang takut nak bersaksi dengan nama Allah, tiba-tiba nak buat solat Hajat mohon pertolongan dari Allah? Tak ke nampak janggal sangat tu?

So, PAS nampaknya sekali lagi dah kena tipu hidup-hidup dengan Anwar. Dia tau kalau dia bersumpah mubahalah, itu dah jadi kes antara dia dengan tuhan. Tak boleh main-main tu beb...

Tapi kalau buat Sembahyang Hajat, yang jadi imam tu mestilah wali PAS Nik Aziz. Anwar sekadar jadi makmum jee..., so Nik Aziz lah yang bertanggungjawab sepenuhnya. Nampak tak kebodohan Nik Aziz yang dipergunakan oleh Anwar?

Inilah yang gua selalu kata puak Pakatan ni mempergunakan agama untuk politik dorang. Dorang buat agama tu macam mak bapak dorang yang punya...

Kalau pasal video porno pun nak buat sembahyang Hajat, itu dah melampau-lampau bangangnya beb.. Agaknya apa niat yang dorang lafaz masa nak mula tu yee...

Mungkin macam ni kot bunyinya... "Sahaja aku solat sunat hajat video seks kerana Anwar Ibrahim"...

[VIDEO INSIDE] Jom tengok Anwar meroyan di Permatang Pauh..

Gambar ni gua pinjam kat sahabat seParlimen gua, Brader Anak Sungai Derhaka..


Hebat betul penangan pendedahan video porno oleh Trio Datuk T sampaikan Anwar meroyan umpama orang sewel di Permatang Pauh.

Didepan hampir 500 orang pencacai-pencacai dia, Anwar melalak-lalak tuduh Najib dan UMNO yang reka video tu untuk menjatuhkan imej dia.

Yang paling gua tak tahan, punyalah suka juak-juak penyokong maksiat Pakatan menyalak-nyalak bila Anwar maki hamun UMNO.

Tak sangka jugak ye.. Anwar yang sedap-sedap.., Najib jugak yang disalahkannya.

Korang tengoklah sendiri video ni yang diupload oleh brader Pejuang Bangsa ni. Rajin sungguh dia buat coverage walaupun hujan lebat malam ceramah tu..

Mesti banyak APCO bayar kat dia agaknya... Hahahahaha... Layannnn...

PANAS!! Blogger UMNO kantoi ketika minum arak?


Tadi sewaktu gua meranjau masuk ke blog-blog lembu Pakatan, gua terserempak dengan satu artikel yang kononnya ada blogger UMNO minum arak.

Kalau cerita pasal arak ni.., gua tak terlibatlah sebab gua minum kopi ais saja beb...

Menariknya.., dalam blog tu dorang kata siap dengan bukti bergambar lagi yang menunjukkan blogger tu minum arak pada time maghrib.

Gua tak bagi link blog tu kat sini tapi korang bolehlah cari sendiri di blog budak MiloSuam. Budak ni lah hari tu yang dedahkan gambar khalwat Ketua UMNO Gombak dulu..

Budak MiloSuam tu kata, gambar blogger UMNO tu ditangkap oleh si Poji Topeng Perak dan akan disiarkan hari ni dalam blog dia.

Kalau betullah cerita budak bawah umur MiloSuam ni, gua pun teringin jugak nak tengok siapa blogger yang dimaksudkan tu.. Bolehlah gua bagi nasihat barang sepikul dua...

Semua blogger UMNO adalah member gua, dan banyak jugak blogger PAS pun sahabat gua jugak. Gua tak tau pulak ada yang kaki minum arak..

Harap-harap si Poji dan blogger MiloSuam tu cakap perkara yang benar lah... Tak main la letak gambar superimposed beb...

Dorang bagi hint kata blogger UMNO tu terkenal dengan mencarut dan fitnah dia terhadap wakil PAS... Korang boleh agak tak siapa dia?

Papa Gomo memang kuat fitnah laaa...


Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar.

Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi.

"Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restoran di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya.

Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu.

Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya.

Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit.

Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana.

Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu.

Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.

Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media.

Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja.- HarakahDaily.


p/s: Gomo, lu tak baik oo fitnah wartawan HaraMkah tu beb.. Kesian kat dia tau sebab dia tak bersalah. Lu kena faham.., wartawan tu kata dalam video tu muka macam Anwar, tapi perut je buncit sikit.

Itu bermakna, bahagian perut Anwar tu lah yang di"superimposed"kan oleh puak APCO bak kata Mahpus yang bangang..

Lu kena ingat ye Gomo.., bahagian muka tu memang ori, cuma perut je tak sama. Lu kena faham betul-betul tu.. Hahahahaha...

PKR lancar Kutipan derma untuk Raja Seks No.1 negara...


Dengan tema "Demi Perjuangan Untuk Rakyat", PKR semalam dah melancarkan satu kempen kutipan derma sebagai persiapan dorang menghadapi pilihanraya Sarawak dan Pilihanraya Umum.

Satu lagi projek menipu duit rakyat tu dirasmikan oleh Raja Seks negara yang baru iaitu Anwar Ibrahim bertempat di Hotel De Palma, Ampang.

Dalam ucapannya, peliwat jantan dan pelanggan tegar China Doll ini berkata, PKR kini tak mampu lagi menggunakan pendapatan mereka sendiri.

Sebab itulah dorang mencari rakyat yang mudah kena bohong, wala' buta tuli pada parti dan jugak benci kepada "kezaliman" kerajaan BN untuk disapu duitnya demi kesenangan Ketua Umum Pakatan.

Turut sama hadir di majlis tu ialah Ikon isteri Mithali Sedunia, Wan Azizah.

Wan Azizah disifatkan oleh Anwar sebagai isteri yang paling understanding sebab menghalalkan segala perlakuannya samaada yang dalam tabi'e ataupun yang diluar tabi'e.

Kata Bendahari PKR William Leong di majlis tersebut, dah RM802,000 berjaya dikutip setakat ini biarpun baru saja dilancarkan.

Ia didermakan oleh pihak yang simpati kepada Anwar yang sering dihalang melakukan aktiviti peribadi kegemarannya di Malaysia.

Kita tak tahu apakah Israel, Yahudi Amerika ataupun ejen Singapura yang menyumbangkan wang pendahuluan tersebut, yang pastinya.., ia halal kerana telah di endorsed oleh PAS.

Kutipan derma ni akan berlanjutan sehingga ke tarikh berlangsungnya Pilihanraya Umum. Lepas tu, mungkin ia akan diteruskan lagi menerusi Projek Buku Jing-Gay 2.

So, kepada sesapa yang rasa dirinya bangang melantun-lantun mengalahkan tiang letrik, dipelawa untuk menderma di pejabat cabang PKR yang berdekatan.

Ingat yee..., derma korang mungkin akan melayakkan korang masuk syurga PAS. Kalau untuk pakej family, korang kenalah derma sebanyak mungkin.

Ingattt...., Lagi banyak derma...., lagi cerahlah peluangnyaa... Hahahahaha...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online