BREAKING NEWS

KANTOI !! Ketua PKR Cabang Dungun yang BANGANG!!


Banyak benar yang terpaksa jadi bangang hanya disebabkan semata-mata nak defend perbuatan tak bermoral Anwar Ibrahim.

Salah satunya adalah Ketua PKR cabang Dungun ni lah... Mamat ni kata dia jadi saksi bahawa Anwar tak bersalah sebab dia bersama Anwar bermesyuarat staff pada petang 21hb.

Macam manalah dia boleh jadi Ketua Cabang haa? Mesti pengikut-pengikut dia disitu pun ber mentaliti lebih kurang macam dia jugak..

Dalam video porno tu mencatatkan time pada pukul 1020-1041 malam..., bukannya petang! Apalah ngok sangat orang yang dikatakan Ketua Cabang PKR ni?

Nak kelentong orang pun agak-agaklahh... Kalau pengikut PKR tu memang lah senang nak dikelentong.., tapi bukan semua orang bangang macam pengikut-pengikut PKR!

KUALA TERENGGANU – “Mustahil Anwar terlibat video salah laku seks memandangkan saya bersama beliau pada petang hari kejadian,” demikian kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Dungun, Abd Rahman Yusof.

Beliau berkata demi-kian ketika mempersoalkan video salah laku seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Abd Rahman menganggap isu yang kononnya dibongkar satu kumpulan diketuai Datuk ‘T’ itu hanyalah fitnah sambil menyifatkannya melampau dan melebihi had.

“Pada 21 Februari lalu, saya ada di rumah Anwar kerana terlibat dengan mesyuarat staf bagi tujuan pengurusan program pada bulan itu dan Mac ini. Jadi bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, sedangkan kami bersama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang individu menggelari dirinya Datuk ‘T’ mendedahkan kepada media didakwa rakaman video salah laku seks pemimpin tertinggi PKR di hotel.

Rakaman berdurasi 21 minit itu menunjukkan individu terbabit mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing, dirakam pada 21 Februari lalu.

Abd Rahman turut khuatir sekiranya semakin ramai orang Islam di negara ini ‘difasikkan’ berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar.

Beliau turut difahamkan bahawa video itu hanya merakam individu dikatakan Anwar dari pandangan tepi, selain bentuk badan tidak menunjukkan bahawa ia adalah Anwar.

“Saya bimbang orang ramai yang percaya dan menyebarkan perkara sedemikian boleh termasuk golongan fasik,” katanya.

Habislah UMNO... Nik Aziz dah bersuara....


Patutlah Pok Nik lambat buat kenyataan pasal isu video porno Anwar.., dia malu rupanya.. Tapi.., gua dah boleh agak jawapan si Tua nyanyuk ni sebenarnya..

Walaupun Anwar yang sedap-sedap "belasah" amoi di Spa.. mesti kerajaan jugak yang Pok Nik salahkan pasal dedahkan aib Anwar...

Gua sangsi satu perkara, kenapa Pok Nik tak nafikan yang dalam video tu bukan Anwar? Dia cuma marahkan kerajaan pasal mempamerkan aib orang lain... Something fishy here beb...

Mungkin Pok Nik tau yang berlakon tu adalah Anwar.., tapi dia diamkan kerana nak jaga airmuka Pakatan... Hishh...kalau betullah macam tu.., apa kejadahnya letak serban atas kepala? Buat malu umat Islam je baii...

Patutlah selama ni Anwar sayang sangat kat si tua ni..., pencacai angkat najis rupanya....

Kota Bharu - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral.

Mursyidul Am Pas itu berkata, lebih memalukan apabila perbuatan itu didalangi tiga 'individu bergelar' dan pernah menjadi pemimpin sebuah kerajaan negeri.

Katanya, beliau berasa amat malu untuk membaca berita mengenai pendedahan skandal terbabit ­kerana ia dilaporkan oleh ­semua media massa di negara ini.

“Saya berasa malu, berasa seolah-olah berada di negara lain. Saya tak tahu kenapa pemimpin yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam menjadi individu yang tidak bermoral.

“Kita orang Melayu sudahlah duit tak ada, ilmu tak ada, moral pula hancur. Mana lagi bahagian yang bangsa lain boleh tertarik dengan kita?" katanya kepada pemberita selepas ­menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, pemimpin atau tokoh yang mempunyai gelaran sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik, bukan mempamerkan keaiban orang lain.

“Mereka ini diberikan gelaran sedemikian rupa dengan harapan boleh membimbing rakyat, tapi apa yang berlaku adalah ­sebaliknya.

“Kalau pemimpin sanggup buat macam ini, rakyat apa lagi. Seks ini benda yang aib tetapi tiba-tiba ia dipertontonkan kepada umum, macam tak ada ­agama,” katanya.

GEMPAR!! DUN Perak bubar pada 6 April....


Korang terkejut ke? Korang jangan ingat gua bohong pulak.., gua cakap perkara yang benar. Kalau korang tak percaya, korang boleh tanya "the real MB Perak" si Nizar Jamaludin.

Ini bukan main-main bai.. Ini betul-betul punya statement... Takkan lah Nizar balaci DAP tu nak tipu pulak?

Kalau Nizar kata DUN Perak akan bubar pada 6 April.., makna betullah tu kann.. Negeri Perak tu kan harta mak bapak Nizar. So, suka hati dialah nak bubar Dun atau apa pun.

Dulu masa dia official jadi MB negeri tu, suka-suka hati dia saja bagi tanah 999 tahun pada cina DAP. Lepas tu, segala projek-projek kerajaan negeri pun dorang sapu sesama sendiri. Jadi setakat bubar DUN, kira tak ada hal lah kan..

Kalau korang rasa bubar DUN ni perlukan perkenan Sultan, ada Nizar kisah? Selama ni dia selamba kodok je derhaka pada Sultan Perak..., apa ada hal.. Bagi Nizar, Nga dan Ngeh lagi besar wooo...

Jadi, bersiap sedialah ye untuk kita tengok pilihanraya di Perak pulak lepas ni.. Dan confirm si Nizar lepas tu akan jadi MB semula... Bukannya jadi MB Perak.., tapi jadi MB di Hospital Mental Tanjung Rambutan.. Hahahaha...


Semasa berceramah di Markaz PAS, Bukit Gantang, Nizar memberitahu para hadirinnya bahawa kemungkinan Pilihanraya Sarawak akan berlangsung serentak dengan Perak.

Nizar menasihat jentera pilihanraya semua peringkat Pakatan Rakyat terus bersedia dengan segala kemungkinan.

Menurut Nizar ,Sidang DUN Perak 5 April,dan kemungkinan esoknya 6 April DYMM Sultan akan memperkenankan pembubaran Dun Perak.

Pada hemat Nizar pembubaran Dun Perak akan berlaku selepas perasmian Sidang DUN Perak 5 April.

Nizar juga menyatakan ucapan Zambry Kadir semasa Konvensyen BN di Lumut menunjukkan Piliharaya Negeri Perak juga sudah dekat.

Pilihanraya Perak dijangka pada bulan April dan serentak dengan Sarawak pada 16 April. Nizar juga memberi analoginya, pimpinan DAP,PKR dan PAS Perak tidak akan pergi ke Sarawak untuk berkempen.

" Sudah tentu Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Meng tidak akan turun ke Sarawak,kerana pilihanraya Perak sama" kata Nizar. "Saya juga tidak ke Sarawak" ujar Nizar.

Nizar juga memberitahu mereka sanggup kehilangan kerajaan haram Perak daripada Sarawak. Tekanan antarabangsa juga membolehkan pilihanraya Perak serentak dengan Sarawak.

Penyokong Anwar merusuh lawan Polis dan FRU...


Majlis pelancaran “Datuk Najib Altantuya (DNA)” anjuran PKR di sini malam tadi berubah menjadi ‘hodoh’ apabila anggota polis cuba menghentikan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapannya, menyebabkan penyokong beliau marah lalu menyerang pasukan keselamatan.

Ketua Umum PKR itu, yang merupakan pemimpin terakhir berceramah malam tadi, telah menyampaikan ucapannya sekitar 13 minit ketika polis mula campur tangan sedangkan dikatakan telah diberi 15 minit untuk berucap.

Kira-kira 10 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan untuk mengawal tempat majlis itu diadakan.

Kebanyakan hadiirin, penyokong PR mula membaling kerusi dan botol air ke atas polis ketika cuba untuk menghalang Anwar daripada meneruskan ucapannya.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengesahkan pihak polis menahan beberapa ahlinya. “Ada tahanan, anggota Angkatan Muda PKR ditahan di balai polis Taman Melawati,” kata Shamsul Iskandar kepada pemberita.

“Cara mereka (polis) bertindak, cuba untuk menahan beliau (Anwar) malam ini adalah sesuatu tidak wajar,” kata beliau.

“Kesabaran rakyat ada batasan,” kata beliau. Anwar tidak ditahan dan kemudian meninggalkan majlis tersebut

Anwar dah mula buat roadshow haram ke seluruh negara untuk bakar semangat pengikut-pengikut bangang dia. Dah nama pun perhimpunan haram, mestilah Polis tak kasi berhimpun.

Tapi puak-puak bangang ni mana reti bahasa. Dorang main ikut suka mak bapak dorang je macam negara ni tak ada undang-undang.

Bila Polis cuba nak hentikan perhimpunan haram dorang tu, mulalah dorang menyalak salahkan Polis. Dah tu, cuba lawan pihak berkuasa yang menjalankan tugas.

Gua dengar semalam, Polis pun diserang oleh kumpulan penyokong bangang Anwar ni dengan kerusi. Sebab tulah ada dikalangan dorang yang ditahan.

Yang lawaknya, penyokong-penyokong dorang kata Polis sebenarnya cuba nak tahan Anwar Ibrahim. Pasal tu lah dorang merusuh lawan Polis yang disangka datang nak heret Anwar ke lokap.

Bagi gua , kalau Polis nak tahan manusia celaka tu, tak payah tunggu time ceramah laa... Bila-bila masa Polis boleh rush rumah dia untuk bawak dia ke lokap..

Gua pun heran, Anwar yang kaki kelentong, kaki main depan belakang dan kaki putar alam tu pun masih ada yang sanggup bermati-matian untuk dia. Dah hilang akal gamaknya pengikut-pengikut Anwar tu ye..

Racun Arsenik, suntikan HIV, janji 16 Sept...., antara pembohongan termahsyur Anwar kepada rakyat. Takkanlah puak-puak ni buta perut sangat still nak percaya lagi kat Anwar?

Gua pun tak tahu laa... Agaknya dorang semua tu dah termakan nasi kangkang Anwar kot? Sebab tu lah dorang jadi bangang yang teramat...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online