Satu nasihat yang paling ikhlas dan jujur buat Anwar Ibrahim berkenaan sentimen politik negeri Sarawak, jangan terlampau mudah memburukkan nama Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Ini kerana, peribadi Ketua Menteri Sarawak itu adalah lebih mulia daripada Anwar sendiri secara realitinya.
Rakyat Sarawak lebih tahu berkenaan peribadi serta perwatakan yang dibawa oleh pemimpin mereka itu. Selama ini, Pehin Sri Taib Mahmud adalah seorang pemimpin yang realistik, memperjuangkan hanya yang terbaik buat rakyat Sarawak dan mengutamakan kepentingan rakyatnya di negeri tersebut.
Di Sarawak, semua suku kaumnya hidup aman dan bersatu padu dibawah pentadbiran Pehin Sri selama 30 tahun. Baik dari suku kaum Penan, Orang Ulu, Melanau, Kelabit, Iban, Bidayuh dan pelbagai lagi, semuanya aman dan tenteram didalam satu negeri tanpa ada sebarang ketidakpuasan hati.
Jadi, kehadiran Anwar Ibrahim dan Pakatan pembangkang dengan membawa politik baru berkonsepkan benci serta hina menghina diantara satu sama lain, hanya akan membawa kepada kemusnahan kepada sistem perpaduan rakyat Sarawak itu sendiri. Anwar dilihat sengaja mahu mengimplikasikan politik pecah dan perintah di Sarawak bagi menguasai negeri ini.
Baca selanjutnya DISINI...
Mulai hari ni, blog MPP akan muatkan artikel-artikel menarik yang gua "kopi&pes" berkaitan dengan negeri Sarawak. Kat tepi blog ni pun gua ada letak link untuk blog-blog menarik dari Sarawak..., sudi-sudikanlah jenguk yee...
Ini gua rasa sedikit sebanyak akan membantu kerajaan untuk menjelaskan pada korang pasal isu-isu yang berkait rapat dengan senario politik di bumi kenyalang tu...
So, kita tengok je lah nanti apakah angan-angan Anwar untuk rampas Sarawak akan tercapai.. Inilah saja sumbangan yang gua dan blog MPP dapat bantu buat negeri Sarawak...

