BREAKING NEWS

Politik Malaysia lebih aman tanpa Anwar...


Dah nak masuk 3 tahun gua bergelar blogger. Dari blog gua yang terdahulu, sampailah ke blog MPP yang dah berusia 9 bulan sekarang ni, gua hanya menulis tentang apa yang gua lihat dan rasa tentang politik pembangkang.

Gua langsung tak menulis secara khusus tentang pemimpin tertentu. Secara directnya, gua tak pernah menghalakan "senapang" gua pada individu khusus pembangkang.

Sebenarnya gua ada banyak terima saranan dari pembaca blog gua sekarang ni supaya fokuskan penulisan gua terhadap Anwar Ibrahim. Sebabnya, gua berasal dari sama tempat dengan Anwar dan blog ni jugak pakai nama Permatang Pauh.

So, gua terfikirlah jugak nak buat macam tu. Tapi kerja menfokuskan penulisan untuk seorang individu saja perlukan penelitian yang terperinci. Dan gua tak banyak masa untuk tu sebab gua pun ada komitmen lain untuk gua buat.

Dari satu segi, gua ada berfikir, betul jugaklah apa yang dikatakan secara panjang lebar oleh pembaca blog gua tu. Why not gua hentam Anwar sorang saja instead of sibuk sangat pasal mangkee-mangkee lain dalam Pakatan.

Jadi.., setelah gua berfikir dalam-dalam dan timbang sehabis mungkin..., gua pun buat keputusan muktamad. Mulai besok, gua akan buat satu artikel setiap hari just tribute to Anwar Ibrahim.

Gua namakan siri pendedahan gua tu.., "Anwar Ibrahim: The Truth Reveal".

So mulai besok, blog MPP akan hanya main cerita Anwar dan apa saja yang berkait dengan Anwar sahaja. Isu pemimpin Pakatan yang lain tu biar sahabat-sahabat blogger gua saja yang dedahkan.

InsyaAllah, gua dan blog MPP ni akan telanjangkan Anwar sampailah karier politik dia berakhir.

Inilah sumbangan gua kepada generasi masa depan bangsa melayu supaya terhindar dari kerakusan manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Politik Malaysia akan lebih aman tanpa manusia haprak ni...

PANAS! Apa menatang UMB tu???



Artikel dibawah ni gua cilok dari SinarHarian. So kalau sesapa nak yang terasa nak marah dan meroyan.., sila marah pada SH ni yee..

Untuk pencerahan.., gua tak terikat pada mana-mana pihak. Gua hanya sekadar menyokong kerajaan. Jadi, bidaah la kalau ada orang yang claim kata gua dan blog MPP dibawah kawalan dorang.

UMB...? Apa tu UMB? Dinasour zaman prasejarah kot? Hahahahahahaha.....


Peranan Unit Media Baru atau UMB yang dipengerusikan oleh Exco Pemuda, Tun Faisal Ismail Aziz dipertikai apabila UMB dikatakan gagal berfungsi mengikut bidang tugas yang sepatutnya.

UMB yang sepatutnya membantu UMNO dalam perang saraf dengan pihak Pakatan Rakyat dilihat gagal dalam menaikkan Pemuda UMNO terutama ketika di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau dan Merlimau yang lalu.

Masalah unit media ini kian ketara di Melaka, apabila media baru dijalankan oleh Pahlawan Melayu Melaka atau PMM yang bukan berada di bawah UMB.

Malah, 20 orang bloggers yang bernaung di bawah PMM juga tidak menghiraukan Tun Faisal.

Sementara itu, di Kerdau, Pahang, media baru dikendalikan oleh PAHANGKU.

Menurut sumber, UMB yang sepatutnya menjalankan tugas dan menaungi para blogger dikatakan telah ditolak sejak dari awal lagi oleh hampir keseluruhan blogger UMNO.

Ahli Dewan Negara,Negeri Melaka, Datuk Akbar Ali, dikatakan memberitahu Ketua Pemuda UMNO Melaka, Karim Yaacob agar membubarkan UMB sejurus selepas mengumumkan kemenangan tidak rasmi UMNO-BN di Command Centre UMNO-BN, Merlimau.

Ianya mungkin secara tidak langsung disebabkan oleh ketidakupayaan UMB menggalas tugas dalam beberapa PRK yang lepas dengan kemuncaknya adalah di Merlimau dan Kerdau.

UMB dijanakan dengan peruntukan yang besar, namun ianya dilihat seperti tidak lebih daripada sebuah entiti yang hanya sekadar menaikkan nama Tun Faisal dalam Pemuda UMNO dan bukannya Pemuda UMNO secara keseluruhannya. SH

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online