Pilihan raya kecil DUN Kerdau menyaksikan BN menang besar dengan majoriti 2,724 undi.
Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi 5,060 undi, menewaskan calon PAS yang mendapat 2,336 undi. Jumlah undi rosak ialah 90.
Keputusan pilihan raya kecil ini diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman di Dewan Tun Abdul Razak Temerloh Pahang.
Majoriti kemenangan BN itu juga mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti cap keris ni mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi.
Ini juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.
Keadaan ini menunjukkan sokongan pengundi melayu sudah kembali kepada BN di Kerdau. Ini juga membuktikan bahawa PAS tak lagi relevan kepada masyarakat melayu.
Syukur alhamdulillah.. Allah telah memberikan kemenangan kepada pihak yang benar di Kerdau.
Puak-puak PAS ni bila dah nak kalah, macam-macam yang dorang buat untuk cover line. Bila dah habis modal, dorang pun start lah kelakuan keji dorang yang diwarisi sejak turun temurun.
Maki hamun, provokasi dan jugak cop orang lain sebagai kafir. Yang tu je dorang pandai baii.. So, korang tengok je lah video kat bawah ni..
Yang baik tu korang jadikan pengajaran..., dan yang buruk tu korang buatlah sempadan yee..
Setakat jam 5 petang ni, peratusan mengundi di PRK Dun N28 Kerdau dah mencapai sebanyak 81.5%. Itu angka tak rasmi lah yee... Nanti SPR akan umumkan result yang sohih punya yee... Pusat pengundian pun dah tutup dah.. Gua ni baru balik dari meninjau 13 peti undi yang ada kat sini. Letih betul lah..
Peti undi yang paling panas kat sini ialah di SMK Kerdau. Gua dikhabarkan ada orang gaduh tadi di situ tapi gua tak sempat tengok sebab masa tu gua ada di Peti undi SK LKTP Jengka22.
So far, semua pusat mengundi kat sini aman dan makmur. Sampaikan gua pun naik boring meronda dari satu tempat ke satu tempat lain. Jauh baii jarak setiap satu...
Sekarang ni gua dalam perjalanan menuju ke Dewan pusat penjumlahan undi. Ngantuk giler ni sebab semalam tak cukup tidur. Tambah pulak makan nasik berlaukkan Ikan Patin masak tempoyak di Lipat Kajang tadi.., tambah ngantuk lahhhh...
Nanti kalau gua rajin, insyaAllah gua akan updatekan keputusan untuk korang. Itupun kalau gua rajinlah yee... Hehehehe..
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik, (Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, (Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pensyarah ketuai projek patukan ular
-
SEORANG penyelidik kelahiran Malaysia kini mengetuai projek antarabangsa
untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang mati setiap tahun akibat
patukan ...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...