
"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.
"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu.
"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," kata Ibrahim dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.
Ibrahim menjelaskan fitnah yang dibuat Umno dan medianya terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau Datuk Tuan Ibrahim dengan mendakwa beliau membeli tanah peneroka Felda yang dalam kesempitan bukannya membantu beliau.
"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman.
Oleh itu, katanya, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.
Tuan Ibrahim dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.
p/s: Aikkk... Tuan Ibrahim ni dah tukar profesyen ke? Tak pun dia buat kerja part time jee..? Dari wakil PAS.., sekarang ni jadi Ah Long di kawasan Felda pulak?
Patutlah Tuan Ibrahim ni kaya yee... Khabarnya, mamat kopiah ni ada satu banglo besarr punya di Jengka Kuala Krau.
Macam mana tak kaya.., jadi lintah darat rupanya.. Hahahahaha...
Bertuah lah sapa yang jadi rakyat Selangor.., daripada mula beranak.., sampailah ke masuk kubur, semua kerajaan negeri tanggung.
Gua tak tipu.., Khalid gagap sendiri yang cakap macam tu semalam masa berceramah di Felda Jengka 22. Memang jahatlah kalau sapa kata kerajaan Pakatan di Selangor tu jahat dan zalim. Kalau ikut cakap Khalid, semua penduduk Selangor tu dah kaya sekarang ni...
Kalau korang tak percaya, tanya je kat Fuziah Salleh. Dia pun mengaku bahawa Khalid Flintstone memang cekap mentadbir negeri...
Melopong-loponglah penduduk Felda ni dengar kebajikan yang dibuat oleh Khalid dan wakil Pakatan di Selangor tu bai.. Jeles dorang bila dengar rakyat Selangor dapat air percuma tiap-tiap bulan..
Bukan air je dapat free.., Orang mati dapat RM2500, setiap anak yang baru lahir dapat RM100 dan macam-macam lagi "kebajikan yang Khalid gagap buat untuk rakyat Selangor... UMNO je yang jahat bila kata Khalid tak buat kerja....
Pak Jabit pelakon Man Laksa ni pun jeles dengan kemurahan rezeki dan kemakmuran di Selangor tu.. Dia kata, rakyat Selangor kena bersyukur dapat MB yang cerdik dan bijak mentadbir macam Khalid Flintstone ni..
So, penduduk Felda di Kerdau ni dinasihatkan oleh Khalid Gagap supaya undi calon PAS. Gerenti dorang akan dapat air free dari Sungai Pahang... Tak payah susah-susah..., ambik je berapa baldi yang dorang nak... Hahahahaha...
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.