BREAKING NEWS

Part kedua ceramah Anwar VS Ummi Hafilda di Kerdau...


Dalam banyak-banyak ceramah Anwar yang gua pergi.., dari utara hinggalah ke selatan negara..., inilah kali pertama gua tengok Anwar Ibrahim berceramah tak sampai pun setengah jam.

Felcra Rumpun Makmur di Kerdau Pahang ni dah jadi saksi yang Anwar sebenarnya terbukti amat takut kat Ummi Hafilda.


Walaupun gua tak berapa dengar apa yang Ummi cakap di ceramah dia sebab gua berada didepan pentas ceramah Anwar, tapi gua dapat tengok muka Anwar yang memang tak senang duduk bila tau Ummi ada dikawasan tu.

Anwar macam kehilangan "magik" dia didepan ratusan penyokong dia semalam. Pidato dia berterabur dan juga caca marba tak macam selalu.


Nampak sangat manusia anugerah tuhan ni sedang menahan rasa nak terkincit dia bila dengar suara Ummi Hafilda yang berapi-api mencabar diseberang jalan.

Memang lawak bai... Dulu Anwar kata Ummi ni nyamuk.., tapi sekarang ni si nyamuk tu lah yang buat Anwar tak senang duduk di PRK Kerdau ni...


Ada tiga nyamuk kat Kerdau ni yang akan hisap semangat Anwar sampai kering.. Pertamanya Ummi Hafilda.., keduanya Rahimi dan ketiganya Rashid si tukang urut Anwar masa dulu..

Habislah lu Anwarrrrr... Hahahahahaha....


GEMPAR!! Nizar Jamaluddin kata HARAM kalau undi BN di Kerdau...

Setelah gua terlepas nak tengok ceramah Nizar di perkampungan DAP di Pekan Kerdau petang semalam, akhirnya gua jumpa jugak makhluk kaldai ni di ceramah Taman Desa Murni pukul 11 lebih kurang..

Dia datang ceramah dengan kepala Regim DAP dari Penang, Lim Guan Eng. Tapi gua tak sempat nak dengar Guan Eng ceramah pasal gua balik lambat dari Rumpun Kerdau tengok Anwar vs Ummi Hafilda.

Kalau dulu kat PRK Tenang si Nizar ni kata Haram Syarie mengundi UMNO/BN, kali ni kat PRK Kerdau ni dia still ulang ayat yang sama jugak.

Semalam masa berceramah, Nizar kata bahawa HARAM jika orang melayu Kerdau undi BN. Pasalnya.., BN ni zalim dan menolak ajaran Islam.

Dan Nizar jugak kata, masyarakat Kerdau kena bertaubat serta mohon ampun untuk generasi terdahulu yang mengundi UMNO/BN. 

Macam haram je si Nizar ni kann... Meroyan tak tentu hala pulak dia di Kerdau. Dah masuk air agaknya otak si mangkuk ayun pencacai kepada DAP Perak ni...

Dia jugak tak habis-habis kata dia adalah Menteri Besar Perak yang sah serta dipilih oleh rakyat.. Adoiiii.., gua dah muak laa dengan mamat sekor ni.. Tak tahulah macam mana puak-puak Pakatan still boleh sanjung dia..

Kalau korang nak kata Nizar ni bodoh dan bangang.., korang kena kata 2x ganda benda yang sama pada penganut mahzab PAS dan Pakatan. Sebabnya, dorang lah yang angkat manusia berukkera ni jadi pemimpin dorang..

So, gua pun dah tak tahu apa nak jadi kat Nizar ni baii... Gua rasalahh..., tak lama lagi mamat kaldai ni mesti akan jadi penghuni tetap kat Hospital Mental di Tanjung Rambutan. Dah tahap kritikal meroyan dia ni...

Tolonglah hantar mangkuk ni ke situ kalau sesiapa yang rapat dengan dia yee..

PANAS! Perang saudara hampir tercetus semasa ceramah Ummi VS Anwar..

Memang panas ceramah Anwar dan jugak Ummi Hafilda semalam di Felcra Rumpun Makmur. Untuk pengetahuan korang, ceramah kedua-dua musuh ketat ni diadakan secara berdepan dipisahkan oleh jalanraya jee..

Jalan jem teruk sampai lebih kurang 2km dari tempat ceramah tu.. Gua pun terpaksa jalan kaki lebih kurang 1km pasal tak ada parking.., tapi berbaloi lah gua jalan kaki..

Gua anggarkan lebih kurang seribu penyokong Anwar dan Ummi berkumpul kat sini. Dorang semua bukannya dengar ceramah sangat, tapi dorang asyik lawan mengata antara satu sama lain..

Keadaan jadi lagi panas bila Anwar dengan Ummi pun asyik cabar satu sama lain dari pentas ceramah. Para penyokong dorang pulak asyik lawan "boo" satu sama lain..

Nasib baik Polis datang awal untuk jaga jalan yang pisahkan puak-puak tu semua. Kalau Polis datang lambat, gua berani confirm akan jadi perang saudara kat sini semalam.

So, terima kasih lah pada pihak Polis yang jaga ketenteraman awam kat Felcra Rumpun Makmur ni. Puak-puak pembangkang selalu kata Polis ni teruk dan suka makan gaji buta, tapi semalam kalau tak ada Polis, habislah puak-puak Pakatan kat situ...

Gua ada ambik video ceramah Anwar semalam. Kat sini gua letak yang bahagian 1 dulu untuk tatapan korang pasal gua tak sempat nak upload semua kat YouTube. Yang part 2 punya, petang nanti baru gua letakkan video tu dalam artikel lain. 


Nizar dan Guan Eng mungkir janji terhadap masyarakat cina di Kerdau.

Petang semalam, gua pergi kat "lubuk" DAP di Dun Kerdau ni. Gua "diundang khas" tanpa tiket ke Majlis jamuan makan malam puak-puak DAP ni kat situ..

Gua diberitahu, Lim Guan Eng dengan Nizar Jamaluddin akan datang bagi ceramah kat sini pukul 6 petang.., tapi rupa-rupanya gua tertipu... Memanglah dorang akan datang ceramah kat situ, tapi lewat malam sikit. Padahal gua dah tercongok kat situ seawal pukul 5.30 petang lagi... Cisss...

So, dah terlanjur gua datang awal, gua menyibukkanlah diri gua dengan cari gambar-gambar baikk punya.. Tapi terhad jugaklah pasal hujan rintik-rintik kat situ...

Gua dapat kawan baru... Tapi cuba korang tengok muka mamat ni.., ada macam muka Nizar tak? Dia ni tak ada kena mengena dengan Nizar baik dari belah mak ataupun belah bapak. Gua nampak dia ni datang dengan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Md Nor Manuty.

Gua heran tengok pakcik ni.., dia dan isteri dia jadi tukang supply makanan halal pada pemimpin PAS serta PKR yang hadir di majlis makan malam tu. Mesti pakcik ni rasa bangga dapat join majlis makan malam DAP ni kann...

Yang ni pulak entah apa fesyennya gua pun tak tau... Stiker yang dia lekat di kepala dengan janggut tu sepatutnya dilekatkan kat baju, tapi mungkin mabuk agaknya cina DAP ni sebab tu laa dia lekat kat dahi...

Kawan dia pun sama jugak..., mungkin dorang frust kot sebab Nizar dan Guan Eng datang lambat. 

Dan bila jam dah pukul 8 malam, gua ambik keputusan untuk blah dari situ. Malas gua nak tunggu Nizar dengan Guan Eng tu datang. Gua nak kena kejar Anwar di Rumpun Kerdau... 

Lepas tu gua akan kejar Nizar pulak di Desa Murni... Ada banyak cerita best semalam yang akan gua kongsikan dengan korang hari ni... Tunggu je artikel gua yee...



About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online