BREAKING NEWS

Noh Omar cari pasal di Felda Jengka 23..

Memang saja nak cari pasal sungguh la pemimpin UMNO Selangor sorang ni... Dah la datang dari luar kawasan, lepas tu nak cari pasal pulak di Felda Jengka 23...

Macam mana gua tak kata Noh Omar cari pasal baii..., ada ke patut dia bagi pinjaman mudah kat warga Felda 23 ni semua.., dah tu bukannya sikit..., RM3000 setiap sorang pulak tu..

Bila dah dapat pinjaman mudah dari TEKUN Nasional ni.., mestilah orang Felda semua suka kannn... Kalau semua suka, mesti dorang akan undi calon UMNO/BN kannn.... Hahahaha... Bijakkkk, bijakkkk...

So, itulah kerja jalan-jalan cari pasal oleh Noh Omar semalam di kawasan Felda Jengka 23.. Pandai jugak pemimpin Selangor yang sorang ni atur program yee...

Sambutan memang superb... Bukan kata melayu je yang datang, kaum lain pun ada jugak. Ini yang buat PAS kat Felda Jengka 23 ni pitam baii...

Jadi sapa kata TEKUN ni rasis??? Semua kaum dapat pinjam jugak apa..? Gua ni yang kroni dorang pun tak pernah dapat pinjaman dari TEKUN ni baii... Pasal apa tau tak? Pasal gua tak pernah apply borang pinjaman.... Hahahahahaha....





Ahmad Maslan berjaya tarik undi PAS di Felda 22...

Sapa kata pengundi di Felda di Kerdau ni semuanya telan pil wala' dari PAS? Semalam Ketua Penerangan parti cap Keris, Ahmad Maslan dah neutralkan penaruh pil wala' PAS ni didalam kawasan Felda Jengka 22.

Gua tengok, strategi Ahmad Maslan ni memang bijak baii... Dia kumpulkan semua totok PAS dari Felda Jengka 22 ni untuk mendengar apa masalah sebenar yang timbul.

Selain dari pengikut tegar PAS, pengundi atas pagar pun ada datang untuk dengar apa yang Timbalan Menteri ni cakap... 

So, gua rasa kali ni undi PAS akan drop lagi di kawasan Felda bagi seluruh kawasan PRK Kerdau ni baii... Apa yang gua dapat tahu, PAS tak berani langsung masuk buat ceramah dalam kawasan Felda..

Ntahlah apa yang dorang tu takut sangat... Mungkin dorang tu takut nak menang kot...? Hahahahaha....



Tok Nan ambil kesempatan di Pekan Kerdau....

Dah masuk hari keempat berkempen di PRK Kerdau ni, baru semalam gua berkesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.

Kat sini, Menteri Besar Pahang ni lebih mesra dengan panggilan Tok Nan. Mana-mana tempat yang gua pergi, dorang akan sebut MB Tok Nan.

Tapi gua betul-betul tak sangka lahh.., Tok Nan ni muka memang nampak ganas.., pasal dulu Tok Nan ni bekas warden asrama..., tapi hati baikkk baii..

Gua tengok sendiri cara Tok Nan ni bergaul dengan masyarakat masa gua ikut dia ber"walkabout" di Pekan Kerdau bersama penduduk disitu.

Memang rakyat Pahang ni respek habis kat Tok Nan pasal keprihatinannya pada masalah rakyat.

Jadi, kalau puak-puak pembangkang kata Tok Nan gengster dan zalim pada rakyat Pahang.., memang dorang tu telah melakukan bidaah yang paling keji sekali.

Tak ada pun gua tengok penduduk yang tak suka bila rumah dia dikunjungi oleh Tok Nan masa program walkabout di Pekan Kerdau ni.. So macam mana puak pembangkang kata rakyat Pahang marah pada Tok Nan?

Calon UMNO/BN pun ikut sekali masa program Tok Nan mengunjungi masyarakat Pekan Kerdau. Apa yang gua nampak, calon ni pun lebih kurang macam Tok Nan jugak peelnya.

Mesra tak tentu arah sampaikan dengan budak kecik pun nak dibuatnya kawan...Hahahahaha...

Kesimpulannya yang gua nampak, patutlah PAS susah nak bertapak di negeri Pahang ni.., rupanya macam ni perangai MB dan juga pemimpin UMNO negeri...

Dengan ini, gua isytiharkan bahawa memang Tok Nan ni suka ambil kesempatan.., tapi ambil kesempatan untuk bantu rakyat lahhh... Bukan macam PAS yang suka ambil kesempatan menyusahkan rakyat dengan janji kosong..

So, lepas ni gua akan ikut lagi program bersama Tok Nan yang mesra rakyat ni. Nanti gua akan uploadkan gambar program Tok Nan yang gua ikut untuk dikongsikan bersama korang semua. Korang tunggu je lah yee...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online