Klik gambar untuk lebih jelas..
Korang kenal Hatta Wahari tak? Selama ni gua pun tak ambik pot pasal mamat sorang ni. Bagi gua, mamat ni cuma nak cari populariti saja bila dia dok buat perangai meroyan dia..
Jawatan dia pun bukannya hebat sangat. Setakat jadi Presiden Persatuan Wartawan, itu bukannya apa-apa pun dimata gua. Lagipun, gua ni setakat blogger jalanan je kan.. So, tak ada kaitan lah dengan si Hatta ni.
Tapi, bila si mangkuk hayun tu kata blogger pro kerajaan dibayar 5K sebulan sebagai upah untuk menulis blog, itu sudah lebih bai... Itu semua tak betul langsung!
Tak patut betullah si Hatta Wahari ni tipu macam tu. Sebagai sorang Presiden wartawan seMalaysia, dia patutnya cerita perkara yang benar.. Mana boleh main tipu macam ni baii.. Korang baca
KAT SINI pendedahan penipuan Hatta pasal pendapatan blogger ni semua..
Untuk pengetahuan korang, blogger pro kerajaan sebenarnya diupah oleh APCO sebanyak 50K sebulan. Itu tak campur lagi dengan elaun perjalanan 2K sebulan, elaun makan 2K, elaun rumah 3K dan juga elaun ranking sebanyak 3K sebulan.
Dan kita orang jugak diberikan BMW X6 sorang sebijik dan juga bungalow 3 tingkat di kawasan Putrajaya yang berharga 2 juta sebijik.
Parpukari dan RBF tak dapat BMW.., tapi dorang dapat kepala lori yang macam dalam filem Transformers tu.. sebabnya, dorang tu kan size XXXL.. Tak muat nak masuk X6 tu.. Hahahahahaha..
Sebulan sekali, kami akan dibawa makan angin untuk release tension di Paris sambil ditemani oleh model-model yang ditempah khas oleh APCO Worldwide. Import khas dari Israel tu baiii... mata hijau tauu..
Dan setiap kali ada PRK, blogger-blogger macam kitaorang ni akan naik Heli untuk cari isu termasuklah ke dalam kawasan Felda ataupun penempatan orang asli. Tak mainlah naik kereta buruk baii..
Inilah fakta sebenar yang Hatta Wahari cuba sembunyikan. Jahat betullah manusia tu kann.. Gua rasa, mesti dia dengki lah tu..
So, dengan pendedahan kisah sebenar taraf hidup blogger-blogger pro kerajaan ni, gua harap korang faham tentang macam mana "mewahnya" kehidupan kami.
"Senang" sungguh jadi blogger penyokong karajaan ni tau.. Semua kebajikan kitaorang dijaga sepenuhnya oleh APCO..
Dan kepada sesapa yang nak jadi blogger pro kerajaan, korang jumpalah Hatta Wahari dan mintaklah borang keahlian kat dia yee..
Gua difahamkan oleh Ehud Barak masa meeting dengan dia bersama semua blogger pro kerajaan minggu lepas, UMNO/BN sekarang ni masih kekurangan blogger.
Kerajaan tak ada blogger pakar terutamanya blogger yang pandai buat fitnah dan jugak yang pandai main isu agama untuk kepentingan politik. So kalau korang rasa korang layak, korang mohonlah cepat-cepat yee..
Korang tak nak ke "dibayar" 50K sebulan dan semua faedah-faedah oleh pihak APCO? Lumayan tu baii.... Hahahahaha... Macam Haram sungguh!!!