BREAKING NEWS

Wakil PAS Perak ajak rakyat gulingkan kerajaan ????


Gua terbaca blog si mualaf yang jadi wakil parti cap bulan di Perak. Tajuk dia bukan main hebat baii..Dia kata kerajaan yang ada sekarang ni adalah mirip kerajaan Hosni Mubarak di Mesir.

Sebab tu lah rakyat Malaysia berpeluang gulingkan kerajaan sekarang ni katanya.

Gua ingatkan Nizar sorang saja yang sewel tak cukup akal di Perak.., rupanya si cina mualaf ni pun sama saja meroyannya. Ni lah akibatnya kalau berkawan dengan puak-puak komunis DAP tu baii.

Heran jugak ye.. masa kerajaan sibuk-sibuk berusaha nak selamatkan rakyat kita di Mesir dulu, tak pulak dengar suara semua jembalang-jembalang hutan ni kan..

Tapi selepas saja Hosni Mubarak letak jawatan.., bersahut-sahut pulak salakan dorang ni kedengaran dari merata ceruk negeri..

Agaknya, DAP terlupa buka kandang dorang ni kot masa kita semua sibuk fikirkan keselamatan warga Malaysia di Mesir dulu...

Sekarang ni bila pintu kandang dah terbuka, menyalaklah puak-puak ni sebab kelaparan...Hahahahaha...


Di Malaysia khususnya, terdapat satu parti yang mirip rejim Hosni, mereka sedang memerintah, serta sedang membelakangi suara rakyat, mereka ialah BN,” kata ADUN Titi serong, YB Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Menurutnya, semasa rejim itu berkuasa, Hosni telah menolak penggunaan dakwat dalam PRU, dalam masa sama menggunakan undi pos dan hanya NDP boleh ada laporan media selain hanya NDP sahaja yang boleh membuat iklan di media.

Selain itu, Hosni juga memperalatkan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, SB dan juga tentera untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih NDP dalam setiap kali pilihanraya di Mesir.

Selain itu beliu juga berpandangan bahawa beberapa ulasan dari pimpinan BN bahawa Malaysia tidak sama dengan Mesir merupakan bukti bahawa pemimpin BN bimbang mereka akan digulingkan oleh rakyat.

“Di Malaysia BN juga sedang melakukan perkara yang sama seperti Hosni Mubarak, rakyat Malaysia khususnya digesa menilai perbuatan jahat BN di Negara ini” jelasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Gua akan sokong Pakatan menang PRU13 nanti....Hahahahaha


Gua akan sokong Pakatan supaya menang PRU 13 nanti! Gua nampak, hanya pemimpin Pakatan saja yang mampu merubah taraf kehidupan rakyat Malaysia!

Nak harapkan pemimpin UMNO, sampai mati nasib rakyat tak akan berubah!

Hahahaha..., korang jangan pulak terkejut bila gua cakap macam ni.. Gua cuma nak rasa macam mana perasaan puak-puak lembu Pakatan bila disembur dengan janji-janji hancing pemimpin dorang.

Eh.., bila gua cakap macam diawal entry ni, ada satu macam punya perasaan lah yang menyelubungi diri gua. Korang nak tahu apa perasaan tuh?

Korang cuba bayangkan dan campurkan semua rasa ni ye... Rasa bodoh + Terkesima + Rasa rendah diri + Rasa terhina + Rasa bangang ya amat....

Dan itulah perasaan yang menyelubungi gua... Hahahahaha..

Gua bukannya apa bai.., gua tak mabuk daun ketum atau apa pun. Gua cuma terbaca pasal janji Azmin Ali yang akan mengurangkan harga jualan kereta dan juga rumah didalam negara. Azmin kata macam tu masa sidang media mingguan di Pejabat PKR.

Kaldai Anwar tu kata jika Pakatan berjaya memerintah selepas PRU13, harga kereta didalam negara akan murah. Rumah juga akan diturunkan harga demi kepentingan rakyat.

Bukan sikit baii dia punya murah.., untuk harga kereta, si Azmin ni kata akan ada pengurangan harga minimun 17K. Bagi rumah pulak, pengurangan bunga dan dividen akan menyebabkan rakyat untung sehingga 50%.

Fuyyooo..., kalau korang tak kuat iman, mesti korang dah dicabul kehormatan bila dengar janji-janji manis si Azmin ni bai... Ayat power tuuu...

Dan korang jangan pulak ingat si Azmin ni tipu pulak yee... Dia dah buktikan bahawa kereta memang murah kalau duduk didalam Pakatan.

Korang tengok je lah Ferrari yang dia naik... Dia beli murah tu baiiii.... So, sapa yang berani kata dia tu bohong....? Dia tak bohong laaaa...., dia cuma kencing jeeee...... Hahahahaha

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online