BREAKING NEWS

PAS dah meroyan di Merlimau..., musnahlah impian lu Samsul ketot...


Gambar ni gua cilok dari blog Dr Novandri. Kalau korang nak tengok banyak lagi gambar macam ni, korang masuk blog Dr Politik tu kat SINI.

Bagi gua, secara logiknya kerusi Dun Merlimau tu adalah kerusi PAS secara tradisi. Tapi tak ada dalam perlembagaan negara pun kerusi tu tak boleh ditandingi oleh parti lain selain PAS.

Kalau si Samsul Iskandar ni nak bertanding pun apalah salahnya kann.. Mana tahu si Sam Ketot ni mampu buat kejutan dengan menang besar kat Merlimau nanti kalau dia dicalonkan disitu..

Tapi pada pendapat gua, taraf seorang ketua seharusnya paling koman pun jadi Ahli Parlimen. Apa kelas nak berebut jadi Adun ni baii...

So tak berapa baguslah kalau Sam nak berebut bertanding di kerusi Merlimau ni. Buang masa dan kederat saja kalau nak bertekak dengan puak parti bulan yang perasan bagus tu. Patutnya Sam biarkan je dorang yang bertanding.

Puak-puak PAS tu belum serik lagi kot dengan penolakan bangsa melayu di PRK Tenang? Dorang ingat dorang boleh menang hanya dengan sokongan pengundi cina?

Gua nak bagi peringatan pada puak-puak parti cap bulan..., kat Merlimau tu ada 65% pengundi melayu, 21% pengundi cina dan 14% pengundi india.

Kalau lu semua rasa boleh menang setakat dengan mengampu puak-puak cina di Merlimau, lu semua boleh try. Tapi gua pasti lu semua akan mencirit lari balik macam di PRK Tenang.

Tak kiralah sapa pun calon yang parti bulan ni letak, laki atau pompuan.., cikgu atau bukan cikgu..., pastinya menang belum tentu. Tapi kalah tu sudah pasti baii... Tak percaya? Tunggulah 6hb Mac nanti.. Hahahaha..

PANAS!! Khalid Gereja sanggup derhaka kepada Agong demi DAP dan PKR..


Ini baru betul-betul bangsat baii... Gua baca kenyataan Khalid Samad didalam MalaysianInsider hari ni tentang kemungkinan penyatuan PAS dan juga UMNO demi bangsa melayu.

Khalid dengan bangga cakap, "Saya memberi jaminan bahawa PAS tidak akan menyertai Umno-Barisan Nasional (BN) meskipun dipelawa oleh Agong."

Dahsyat tu baii... Khalid sanggup derhaka pada DYMM Agong demi mempertahankan gabungan dorang bersama PKR dan DAP.

Bagi gua, kenyataan Khalid Samad ni dah jadi bukti bahawa dia buang prinsip yang ada pada Rukun negara. Di dalam Rukunnegara, ada klausa yang menyatakan "Kesetiaan kepada Raja dan Negara".

Kalau Khalid gereja ni menolak titah DYMM Agong, itu dah bererti dia tak percaya lagi pada Rukunnegara. Dan rakyat Malaysia yang tak lagi percaya pada Rukunegara ni sebenarnya boleh dilucutkan kewarganegaraan dia baii...

So, gua berpendapat bahawa Khalid ni dah memang teringin nak jadi warganegara Haiti ataupun Zimbadwe. Sebab tu lah dia mengeluarkan kenyataan bangang dia pasal tak akan turut kehendak DYMM Agong ni.

Setahu gua, dalam PAS dah ada dua orang yang memang kaki derhaka pada Raja. Satu darinya adalah manusia tiga suku balaci komunis di Perak, dan satu lagi ni baru muncul di Shah Alam.

Dua-dua mengaku Islam dan dua-dua jugak mengaku berbangsa melayu, tapi malangnya dorang ni perangai dah tak ikut syariat Islam dan jugak dah tak beradab macam bangsa melayu.

Gua pun dah tak sure lagi bangsa apa makhluk PAS dua ekor ni sebenarnya.. Korang fikir sendirilah ye nak kategorikan bangsa apa sebenarnya Nizar dan juga Khalid Samad ni...

MACAM HARAM!!! Anwar perasan jadi James Bond, Osama dan Shah Ruk Khan....


Korang semua tahu tak.., Anwar Ibrahim dah perasan yang dia tu macam Shah Ruk Khan. Dia rasa glamer giler baii bila ada dakwaan dari CNN yang mengaitkan dia dengan pengganas.

Semalam masa Anwar berceramah di Petaling jaya, mat bontot ni siap tayangkan slide gambar photoshop dia sebagai James Bond dan jugak Osama Laden.

Sambil tu, dia dok asyik ulang dialog dari filem Shah Ruk Khan, "Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas."

Tak tahu lah pulak macam mana korang semua rasa, tapi gua dah makin meluat dengan gelagat Anwar ni berpolitik sebenarnya.

Sekarang ni pemimpin-pemimpin kerajaan dok sibuk fikir dan usaha macam mana nak selamatkan pelajar-pelajar kita di Mesir, tapi si Anwar ni pulak masih sibuk dengan agenda politik murahan dia.

Kalau dia tu betul-betul pemimpin yang ambik berat pasal rakyat, dia mesti akan usaha dan minta bantuan "kawan-kawan" Yahudi dia untuk selesaikan masalah beribu-ribu pelajar kita di Mesir tu.

Tapi korang tengoklah sendiri apa yang dia dok merapu dalam negara. Tak habis-habis meroyan nak tawan Putrajaya siang dan malam. Gua rasa.., masa tidur pun dia mesti mimpi pasal nak jadi Perdana Menteri ni..

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang utamakan rakyat dan juga negara, bukannya pemimpin yang asyik berpolitik 24jam untuk kepentingan peribadi macam Anwar ni..

Gua pun pelik.., macam ni punya haprak politik Anwar Ibrahim pun puak-puak Pakatan tak boleh nilaikan lagi ke?  Memang sah lah puak-puak Pakatan ni semua buta kayu!

Cikgu Mala cari kerja kosong....


Gua terbaca dalam akhbar hari ni, calon PAS yang kalah di Tenang, Normala Sudirman sekarang ni terpaksa memikirkan cara untuk menjana pendapatan keluarga selepas dia meletakkan jawatan sebagai cikgu.

Gua heran.., takkanlah parti cap bulan tak bantu cari kan kerja buat Normala ni? Masa kempen dulu bukan main lagi kata Normala ni insan terbaik, pandai buat kerja dan macam-macam lagi.

Tapi bila kalah bertanding, puak bulan tinggal terus Normala sendirian tanpa sebarang bantuan. Kesiannnn kat Mala kann....

Itulahh..., si Normala tu pun satu.. Dulu kerja jadi cikgu elok-elok.., tapi berhenti pasal terlampau taksub pada parti. Sekarang ni siapa yang susah..?

Nak harapkan PAS bantu ke? Dalam mimpi bolehlah Normala oii... PAS mana reti bantu orang.., dorang tu cuma reti menyusahkan jee.. Dorang tuduh kerajaan makan duit rakyat, tapi dorang sendiri pau duit orang kampung masa berceramah..

Tengok je lah sekarang ni.., kerajaan BN sibuk fikir macam mana nak tolong pelajar kita di Mesir, tapi puak PAS dok sibuk nak buat demonstrasi suruh Husni Mubarak berundur... Tak ke gila babi namanya tu baii..?

Korang tahu tak.., sebahagian besar pelajar di Mesir tu adalah pro PAS. Patutnya lobai-lobai PAS ni lah yang lebih bertanggung jawab pada penyokong dorang.

Tapi korang ada dengar tak Nik Aziz atau pemimpin PAS lain buat kenyataan pasal nak bantu pelajar-pelajar ni? Tak ada sepatah pun baiii... Dorang cuma menyalak pasal berebut nak bertanding di Merlimau jee..

Nampak sangat agenda politik dorang tu melebihi segalanya. Macam ni ke nak jadi pemimpin yang baik? Kalau sibuk berpolitik 24jam macam Anwar tu, itu bukan ahli politik tapi dah transform jadi binatang politik!

Walau macam manapun.., gua suka nak sarankan pada bekas calon PAS si Normala tu, cari je lah kerja apapun asalkan halal.

Jangan harap sangat pada parti bulan tu. Dorang sendiri pun cari makan dengan kutip duit dari ahli sendiri masa ceramah, so..macam mana nak bantu orang lain kann..

PANAS!!! Pengikut PAS curi bekalan makanan mangsa banjir di Tenang?


Gua tertarik dengan satu komen dari pembaca blog gua ni.. Dia bercerita pasal kisah perangai puak-puak PAS sewaktu banjir di Pekan Labis.

Korang baca sendiri komen pembaca ni dan nilaikan sendiri betapa huduhnya mentaliti serta kelakuan pengikut-pengikut parti cap bulan.

Macam ni ke puak-puak yang mengaku lebih Islam dari orang lain di Malaysia?

Hari tu Nik Aziz kata undi UMNO jadi JAHILLIYAH, tapi kalau ikut komen pembaca blog gua ni, nampaknya puak Pok Nik lebih teruk perangai jahiliyyah nya...

salam semua

Saya org Labis dan rumah saya menjadi bilik gerakan bg jentera UMNO Cawangan LAbis di Kg Paya Merah dan dibantu oleh UMNO Sekijang.

Bila kami dpt tahu kg dah naik air dan rumah saya terlibat sama, kami terpaksa hentikan kerja-kerja meraih undi utk pilihanraya. Dan masa itu hanya mengharapkan bantuan dr peraih2 undi dr UMNO Bahagian lain....

apa yg berlaku pada malam mengundi di kampung kami ialah

1) Puak2 PAS mula membuah kecoh dengan meronda sekitar kg2 kami dr pagi hingga ke tengah malam

2) Menumpang dan memenuhi surau di kg kami dimana bila Ayah saya sebagai pengerusi surau menghalang mereka dpd tidur didalam surau sbb arahan dpd pekeliling. Ketua kg turut serta pada mlm itu tp mereka seperti tunggul dan pekak serta buta mata bile diminta keluar dr surau tersebut.

3) Keesokkannye, mereka sengaja parking kereta mereka sehinggakan penuh sepanjang jalan di tepi surau dan didlm kawasan parking. Mereka juga menggantung banner mengeji calon BN ... sungguh kurang ajar. Alasan mereka ialah supaya berlaku kesesakan dan menyukarkan org kg untuk keluar mengundi dan meyukarkan pergerakan kenderaan2 BN.

4) Bila mana pada petang hari pembuangan undi berlaku, kg kami dilanda banjir besar dan mangsa2 banjir duduk sementara di dewan serbaguna kg paya merah. dan kawasan Labis juga terputus hubungan dengan mana2 kawasan. maka terdpt beberapa org dr puak PAS yg tak PASS nak kuar dr Labis.. dan mereka ini terperangkap dan menumpang disurau paya merah sedangkan penempatan dibuka di dewan dan balai raya kg.

apa yg saya kesalkan bila mana mereka2 ini MENCURI bekalan makanan untuk mangsa banjir. mangsa banjir kali ini ramai kira2 300 org. nasi,lauk pauk, sardin, biskut, air mineral.

Apabila ini berlaku, mangsa2 banjir ini termasuk saya menjadi marah kerana mereka sanggup mencuri makanan, sedangkan mereka boleh meminta dpd kami. Kami bukan zalim seperti mereka. Bila kami pergi mengundi mereka menjerit2 memaki hamun kami.. bila kami bawa pengundi2 kami, kami dilempar dengan kata2 kesat...

Alhamdulillah walaupun kami ditimpa musibah seperti ini tp ade hikmahnye. arinih kite nampak mcm mana keikhlasan pemimpin PAS dlm mentadbir negara...jika mereka ikhlas, kalau kalah pon mereka tetap membantu..betul tak...???? ini keputusan belum keluar muka2 mereka terus dah takde...hahahaha alasan banjir... Alhamdulillah Allah tunjukkan siapa yg benar dan siapa yg tidak


zera yatt

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online