BREAKING NEWS

GUA CABAR ANWAR DEDAHKAN....


Semasa berceramah di Gopeng semalam, Anwar Ibrahim sekali lagi berjanji nak turunkan harga minyak petrol kalau Pakatan Haram menang di PRU depan.

Anwar kata "hari ni Pakatan masuk Putrajaya, besok jugak harga minyak turun". Agak-agaknya.., korang boleh percaya tak apa yang Anwar janji ni baii..?

Kalau gua, sampai kiamat pun gua takkan percaya cakap Anwar ni. Buat apa susah-susah nak janji untuk turunkan harga minyak petrol.., janji yang dulu-dulu tu dok tertunggak lagi sapa nak settle Anwar oii..?

Janji 16 September macam mana? Janji nak jaga rakyat pulak macam mana? Masyarakat India dah tak percaya kat janji mat bontot ni... Dorang dah kena di Kg Buah Pala dan jugak di Selangor.

Bangsa melayu pun dah makin ramai lari dari sokong Pakatan.. Melayu dah meluat kat Anwar pasal jadi barua Yahudi dan jugak cina DAP. So, takkan Anwar tak give up dok jual janji lagi?

Gua tengok, Anwar asyik dok berpolitik 24jam. Tak pernah pun gua nampak dia turun padang bantu rakyat.

Najib dan jugak wakil UMNO lain ada laa jugak turun padang buat kerja untuk rakyat, tapi Anwar turun padang untuk ceramah je baii.. Habis ceramah dia terus blah balik ke Villa dia di KL.

Lagi satu, gua teringin jugak nak tau..., kalau Anwar ditakdirkan Allah jadi PM lepas PRU13 nanti, berapa agak-agaknya harga minyak nak turun?

Sekarang ni harga RON97 ialah RM2.50, kalau setakat turun 10 sen tu tak payahlahhhhh.... Kalau turun 2 ringgit, gua confirm setuju. 50 sen seliter!!! Best tu baiii..

Jadi..., gua secara rasmi cabar Anwar dedahkan berapa sen harga minyak yang akan dia turunkan kalau dia menang PRU13. Kalau dia tak berani..., sampai mati korang jangan percaya cakap mat bontot ni....Hahahaha..

OIII Pengikut PAS!!!! Korang semua dah kena tipu dengan Nik Aziz selama ni...

Akhirnya Pas mengaku bahawa cita-cita perjuangan untuk menubuhkan negara Islam selama ini hanya retorik semata-mata. Dah sah pengikut-pengikut PAS kena kencing dengan lobai-lobai berserban dorang...Hahahaha..

Pas sudah mengangkat bendera putih. Pengakuan Pas ni mungkin kerana Pas tiada berdaya melawan kehendak DAP. Pasal tu lah sekarang ni PAS dok sibuk kempen didepan cina supaya dorang masuk DAP.

PAS dah nak melingkup dah baii.. Semua ni berpunca dari politik bangang Nik Aziz lahh.. Nak lacurkan Islam tapi akhirnya parti dia yang jadi pelacur politik.

Sekarang ni dah tak ada perjuangan negara Islam dalam PAS. Buktinya apabila Ahli Parlimen Kuala Selangor , Dr Dzulkefly Ahmad mengaku tidak ada jalan untuk Pas menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia.

Mamat ni bercakap pada Forum Hubungan Bangsa dan Agama hujung minggu lepas. Dilaporkan dalam portal berita hari ini, dia berkata berdasarkan demografi politik di Malaysia tidak ada jalan untuk PAS mewujudkan sebuah negara Islam.

Semasa menjawab soalan semasa forum itu, katanya terdapat 60 peratus orang Islam kepada 40 peratus bukan Islam dan malah PAS tidak ada sokongan daripada kesemua 60 peratus orang Islam.

"Negara Islam hanya wujud semasa era Nabi Muhammad S.A.W di Madinah", kata dia ketika menjawab soalan peserta lain yang membangkitkan contoh negara Islam seperti Pakistan.

Nampaknya..., sia-sia saja Ibrahim Libya mempertahankan PAS masa di Memali. Dan sia-sia jugak sapa yang bagi derma kat PAS dalam ceramah-ceramah selama ni.

PAS memang dah tau rupanya dorang tak boleh buat negara Islam, tapi dorang tetap tipu pengikut-pengikut bongok dorang.. Ni semua membuktikan bahawa kaldai dan lembu dalam PAS memang mudah untuk diperbodohkan... Hahahahaha.

Mahfuz Bean merayu pertolongan YB UMNO semasa terperangkap dalam banjir... Hahahaha.


Mahfuz dan Hatta yang terperangkap ketika cubaan melarikan diri dari banjir Pekan Labis semalam, diberitakan dah selamat keluar dari Kampung Bukit Limau Manis, Segamat.

Dua ekor wakil PAS ni patut berterima kasih banyak-banyak pada Ahli Parlimen UMNO Sekijang, Datuk Baharum Mohamad yang menghantar sebuah bot bagi menyelamatkan dorang di kampung tersebut.

Kalau tak kerana Datuk Baharum, dua ekor kaldai ni masih merempat dalam kereta di kampung Bukit Limau Manis tu.

Gua heran jugak, kenapa Mahfuz dan Hatta telefon minta tolong dari Datuk Baharum yang memang sah UMNO tu? Kenapa dia tak call Nik Aziz, Lim Kit Siang ataupun Anwar? Takkan Mahfuz dan Hatta tak simpan nombor telefon wali-wali Pakatan Haram tu?

Korang tengok sendiri betapa bagusnya wakil parti cap keris Sekijang ni... Walaupun dua ekor kaldai PAS tu maki hamun pemimpin-pemimpin UMNO semasa berkempen di Tenang, tetapi wakil-wakil UMNO langsung tak simpan dendam.

Kalau nak diikutkan kempen PAS di Tenang, semua wakil PAS dok kata macam-macam pada pemimpin dan penyokong UMNO dengan pelbagai maki hamun. Nik Aziz sendiri kata sapa sokong UMNO ni JAHILIYAH!

Tapi sekarang ni, puak-puak "jahiliyah" ni lah yang selamatkan Mahfuz dan Hatta dari membangsat di kampung orang sebab banjir.

Nizar pulak kata HARAM Syarie kalau undi UMNO. Hatta pulak kata UMNO jahil pasal Islam. Kalau UMNO memang macam dorang kata ni.., mampuslah dua ekor kaldai PAS tu sambil peluk pokok getah di Kampung Bukit Limau Manis!

Ni semua bukti bahawa PAS ni memang macam haram! Dari pengikut, bloggers sampai lah ke pemimpin dorang.., semuanya langsung tak ada akal!

Bila dah susah, tau pulak nak cari orang UMNO, tapi bila senang.., maki balik semua penyokong UMNO dan jugak pemimpin parti cap keris ni.. Memang dorang tu betul-betul macam anjing tersepit laa....

Apapun Tahniah kepada wakil UMNO Sekijang Datuk Baharum Mohamad. Datuk telah berjaya membezakan diantara pemimpin yang hanya cakap pandai dan juga pemimpin yang pandai buat kerja!

Banjir pun nak dipolitikkan? Memang dah SAH bangang tahap melampau..


Gua mintak maaflah pada korang semua sebab gua tak dapat nak update blog MPP ni semalam. Gua sebenarnya terpaksa meredah banjir di Tenang untuk balik ke Penang ni. Adventure sungguh pengalaman yang gua dapat.

Gua bertolak dari Pekan Labis pukul 9 pagi dan hanya berjaya keluar sepenuhnya dari kawasan banjir pada pukul 1 tengah hari melalui jalan menuju Yong Peng. Tu pun kira nasib baik baii.. Lepas je gua lalu Pekan Ca'ah, air terus naik kat kawasan tu..

Korang bayangkan je lah.., rombongan Sultan Johor pun tak boleh lalu ikut situ untuk ke Pekan Labis. So gua ni kira bernasib baik lahh...

Dari Yong Peng, gua drive ke Penang melalui Highway Utara Selatan. Lagi 1 KM ke exit Pagoh, highway sebelah untuk ke Johor Bahru sudah mula dinaiki air banjir.

Selepas gua berhenti rileks di beberapa R&R termasuklah melahap Burger King yang tak berapa sedap di Sg Buloh, gua sampai ke Penang pukul 11 malam. Letih giler baii...

Tapi, gua terkilan jugak sebab tak banyak dapat menyumbangkan tenaga untuk bantu mangsa banjir di Tenang. Banyak benda lain yang tertunggak terpaksa diselesaikan sejak gua bantu kempen di Tenang. Apa kan daya baii...gua hanya manusia biasa. Lainlah kalau gua ni Menteri atau wakil rakyat...

Gua difahamkan, sekarang ni dah lebih 40'000 mangsa terpaksa dipindahkan akibat banjir di Johor. Dan sudah 2 maut akibat dugaan Allah ni. Takziah dari gua untuk semua mangsa banjir dan juga kepada keluarga mangsa yang maut tu..

Dugaan Allah ni kita tak dapat ramal, kita hanya boleh redha dan jugak terima segala cobaan yang diturunkan kepada kita. Tak payahlah kita nak kata banjir di Johor khususnya Tenang tu adalah disebabkan itu dan ini... Ada akal tu pakai.., bukannya untuk simpan buat pekasam!

Ada pulak puak-puak Pakatan dok sibuk canang dalam blog dorang kata banjir di Tenang ni adalah bala Tuhan kepada pengundi yang memenangkan UMNO/BN. Dia jugak kata ini adalah balasan kepada orang yang lawan Islam.

Apalah punya mentaliti bangang bloggers PAS ni..? Banjir pun dorang nak politikkan ke? Dahlah semua petugas PAS langsung tak bantu mangsa banjir di situ, sekarang ni dorang nak main bangsat pulak.

Gua yang 2 hari terkandas dalam banjir ni, tengok ramai jentera BN dan jugak anggota keselamatan bertungkus lumus memindahkan mangsa banjir. Tapi tak nampak pun batang hidung jentera PAS.

Khabarnya, dorang lari balik awal lagi ke Segamat selepas diumumkan air mula naik di Tenang. Niamakahai betul puak-puak ni.. Cari undi je pandai, tapi tolong orang tak reti.

Gua salute kat petugas-petugas BN. Dorang tolong semua tak kira sapa sampaikan Muslimat PAS pun dorang selamatkan dari banjir. Kalaulah Puteri UMNO yang terkandas macam tu didepan puak PAS, confirm puak-puak bulan tu gelak saja sambil buat bodoh macam tiang.

Dari pemimpin tertinggi.., sampailah ke barua pencacai bawahan..., puak-puak PAS ni memang berotak udang. Tak habis-habis dengan mentaliti kaldai dorang.

Korang tengok sendiri klip video yang Pisau.net ambik ni... Lepas tu korang fikir sendiri kesimpulannya ye..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online