Dua tiga hari sebelum hari mengundi, ada lebih kurang tiga solat hajat yang dianjurkan oleh puak-puak parti cap bulan di Tenang ni. Yang terakhir sekali ialah Munajat yang dikepalai oleh Nik Aziz sendiri pada pukul 4 pagi di Masjid Jamek Labis.
Solat Hajat dan jugak munajat ni dorang buat untuk memohon Allah bagi kemenangan kepada pihak yang benar semasa pengundian PRK Tenang. So, sekarang ni keputusan semua dah tahu..., BN menang bergaya dengan majoriti undi lebih dari yang dulu.
Gua taknak lah cakap lebih-lebih.., takut nanti riak baii... Tapi gua nak tanya sikitlah pada puak-puak PAS, Tuhan dah makbulkan doa korang dan jugak Tok Guru korang di Tenang. Tuhan dah menangkan pihak yang benar... Hehehehe..
Jadi, sepatutnya puak-puak PAS ni percaya segala takdir dan jugak ketentuan Allah. Tak patutlah dorang meroyan tuduh macam-macam bila dorang kalah kat sini. Bukankah dorang dah mohon dan berdoa minta pertolongan Tuhan?
Puak-puak UMNO/BN pun mintak benda yang sama jugak baii.., Allah itu maha mendengar dan maha berkuasa menentukan segalanya. Qada dan Qadar ni semua kerja Allah baii...
Takkan puak-pauk PAS tak nak percaya kepada Rukun Iman yang enam tuu.. Kan dorang lebih "tulen" islam dari pauk BN. Sepatutnya dorang lah lebih cool... Tak gitu ke?
So, terima kasihlah buat Nik Aziz yang mintak doa untuk kemenangan pihak yang benar di Tenang ni. Sekarang ni terbuktilah BN dipihak yang benar. Redha lah dengan apa yang terjadi yee... Hehehehe...

