BREAKING NEWS

Pengundi cina Tenang buktikan mereka khianati jasa BN


Gua lihat secara keseluruhan, UMNO/BN telah berjaya memenangi semual kerusi DUN Tenang ni dengan majoriti yang lebih besar.

Tapi perlu diperhatikan jugak undi yang diberikan kepada masyarakat cina dikawasan Labis Tengah.

Walaupun BN menang besar disetiap peti undi melayu dan india, masyarakat cina dikawasan bandar jelas menolak BN dan melupakan jasa-jasa kerajaan terhadap dorang selama ni.

Paling ketara, Umno/BN tewas teruk di kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina. Ni jelas berdasarkan keputusan berikut mengikut peti undi.

Keseluruhan jumlah undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin - Bandar Labis Tengah

Bandar Labis Tengah (S2&3): PAS - 519, BN - 211


Bandar Labis Tengah (S4): PAS - 209, BN - 90.


Bandar Labis Tengah (S1): PAS - 123, BN - 64.

Keputusan ni sekaligus membuktikan bahawa Umno/BN ditolak oleh pengundi Cina dalam pilihanraya kecil ini. Secara tidak langsung membuktikan kepimpinan Chua Soi Lek ditolak di kubu kuatnya selama ini.

So, gua rasa lepas ni Chua Soi Lek kena kerja kuat lagi kalau nak kekalkan jawatan dia sebagai Presiden MCA. Kalau tak, MCA akan tinggal nyawa-nyawa ikan macam GERAKAN di Penang selepas PRU13.

Dan gua sarankan kepada Najib dan kepimpinan tertinggi BN, lepas ni hanya fokuskan pada masyarakat melayu dan India saja. Cina lantak pi kat depa lahh sebab dah jelas puak-puak ni tunjukkan isyarat jelas tolak kerajaan yang ada sekarang.

Kalau dorang susah lepas ni, suruh dorang cari Anwar, Kit Siang atau Nik Aziz!

Jangan bagi muka pada puak-puak tak kenang jasa macam dorang. Dorang nak susah, kita patut kabulkan segala niat dorang tu semua!

KEPUTUSAN TAK RASMI PRK N05 DUN TENANG... BN MENANG!!!!




BN 6698 PAS 2963

MAJORITI = 3735

ROSAK : 35

TUROUT : 71%



Setakat ini di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, penjumlahan undi untuk keputusan rasmi masih dikira. Apa yang gua dapat tahu, masih ada lagi 20 kotak undi yang belum diulang kira secara rasmi.

So, walau apapun keputusan yang rasmi nanti, gua yakin ia tak akan lari jauh dari jumlah sekarang ni.

Kemenangan BN di Dun Tenang ni telah membuktikan peneroka Felda generasi pertama menghargai tanggungjawab kerajaan. Walaupun sekumpulan generasi ke dua menjadi alat parti pembangkang, ia tetap tak memberi kesan kepada BN.

Cikgu Mala bolehlah cari kerja baru selepas ni. Tahniah kepada Calon BN Azhar Ibrahim.. Tunaikanlah segala janji-janji kepada masyarakat Tenang dan jadilah wakil rakyat yang berwibawa kepada rakyat disini.

Tahniah BN!!! Tahniah UMNO!!!

LIVE DARI PUSAT KOMUNIKASI BN !! Keputusan TAK RASMI pengundian PRK N05 Tenang...


10,585 atau 71.75 peratus sempat mengundi di PRK Tenang-apabila semua pusat pengundian ditutup tepat jam 5 petang tadi.

KESELURUHAN JUMLAH UNDI SETAKAT INI....

BN 6698 PAS 2963


MAJORITI = 3735


ROSAK : 35

Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang
Peti Undi 1 : Kampung Redong : BN 462 PAS 105 - BN MENANG!


Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas
Peti Undi 2 : Pekan Ayer Panas: BN 220 PAS 48 - BN MENANG!

Dewan Masyarakat North Labis
Peti Undi 3 : Ladang Labis Utara : BN 152 PAS 40 - BN MENANG!


Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah
Peti Undi 4: Bandar Labis Timur: BN 671 PAS 144 - BN MENANG!


Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin
Peti Undi 5: Bandar Labis Tengah: BN 365 PAS 801 - PAS MENANG!


Dewan Bola Keranjang JKKK Labis
Peti Undi 6: Labis : BN 400 PAS 306 - BN MENANG!


Sekolah Kebangsaan LKTP Tenang
Peti Undi 7 : Felda Tenang: BN 950 PAS 160 - BN MENANG!


Sekolah Kebangsaan Sawah Bharu
Peti Undi 8: Sawah Bahru: BN 212 PAS 55 - BN MENANG!


Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station
Peti Undi 9 : Tenang Station: BN 746 PAS 352 - BN MENANG!


Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Voules
Peti Undi 10 Ladang Bukit Dato: BN 352 PAS 99 - BN MENANG!


Sekolah Agama Felda Chemplak Barat
Peti Undi 11: Chemplak Barat: BN 838 PAS 142 - BN MENANG!


Sekolah Kebangsaan LKTP Chemplak
Peti Undi 12 : Chemplak: BN 985 PAS 135 - BN MENANG!

Undi POS : BN 119 PAS 3

P/S: GUA AKAN UPDATE SEPANJANG MASA KEPUTUSAN. SILA KLIK REFRESH UNTUK KEPUTUSAN TERKINI !!!

Mahfuz meroyan suruh tangguhkan pengundian...


Pusat pengundian semua dah ditutup. Polis dah mula mengawal lalu lintas di Jalan menuju ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis untuk membawa peti undi dari setiap pusat pengundian. Gua tak dapat peratusan sebenar pengundian, tapi agaknya dah lepas 70% kot..

Gua diberitakan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menyatakan pendirian berhubung status pengundian hari ini berikutan banjir dan kebanyakan jalan ditutup.

Mahfuz mintak SPR menangguhkan proses pengundian hari dengan alasan kerana hujan lebat dan banjir. Nampak sangat Mahfus dah takut kalah.

Mahfuz juga mintak SPR perlu tegas dan jangan hanya menjaga kepentingan Umno BN sahaja. Hahahhaha... Korang tengoklah perangai puak-puak PAS ni.. Semalam bila ada rumors kata SPR nak tangguhkan pengundian pasal takut banjir, doranglah yang mula-mula sekali bising buat bantahan.

Sekarang ni, dia pulak mula meroyan bila tengok peratusan keluar mengundi rendah. Tambah-tambah bila dia tahu pengundi cina tak ramai yang keluar mengundi.

Mangkuk hayun sungguh la Mahfuz ni..., bukannya dia fikir orang susah pasal banjir, dia pulak asyik menyusahkan orang jee...

Inilah perangai puak-puak PAS..., memang tak boleh blah langsung mentaliti puak-puak ni kann..

Tenang dah tak Tenang!! Banjirrrrrrr....macam mana gua nak balik nii....!!!!

Gua dah terperangkap dalam banjir di Tenang Station.., bukan gua sorang terperangkap..., TPM dan rombongannya juga dikhabarkan sama nasib macam gua... Menurut SPR, sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.

Bukan kata kereta kecik macam kereta gua ni.., trak Polis pun tak boleh nak redah banjir ni baiii....

Jalan keluar ke Segamat pun banjir jugak sekarang ni..., Tenang dah terputus hubungan dari dunia luar.... Huaaaaa.... habislahhhhh....

Macam ni punya banjir macam mana gua nak balik baiii.... Takkan nak tunggu je dalam kereta nii....? Gua nak balikkkk.... Laparrr niiii.....huhuhuhuhu...


UPDATE!! Orang cina takut hujan.. 55.36% dah keluar mengundi...


Setakat jam 1 petang, jumlah keluar mengundi di Tenang ialah 8,167 pengundi atau dalam peratusan 55.36 peratus menurut SPR. Undi cina dikatakan merosot teruk kerana masyarakat Tionghua tak keluar mengundi.


Beberapa jalan dilalui sudah di dinaiki air dan kenderaan bergerak perlahan. Ada jugak yang terpaksa ditolak kerana enjin masuk air... Bahaya ni.....

Bot-bot pertahanan awam dah mula dibawa masuk ke Pekan Labis dan Paya Merah. Air dah naik ke paras pinggang di kawasan tersebut... Waaahhhh.... Banjirrrrrrrr....

UPDATE! Nizar buat cerita lawak di pusat pengundian. 38% sudah keluar mengundi...


Sejumlah 5703 pengundi atau 38.66 peratus sudah keluar membuang undi setakat jam 11 pagi! Hujan masih berterusan di Labis dan utara menghala ke Tenang.

Gua dapat berita, Nizar Jamaluddin telah mengarahkan semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat supaya berada di tempat pos mengundi masing-masing.

Katanya, SPR akan melanjutkan masa mengundi sehingga jam 7 malam. Meroyan lagi rupanya mamat kaldai sekor ni.....Hahahaha...

Hujan lebat baiii..., tak sampai 5 ribu keluar mengundi setakat ni..


Jam kedua sehingga 10 pagi, SPR mengumumkan bahawa seramai 24.34 % atau 3591 pengundi telah keluar mengundi bagi PRK Dun Tenang.

Lebat giler baii hujan kat sini... Dari semalam tak berhenti hujan ni.. Dua tiga kampung disini dah dilanda banjir... Jalan pun jem merata-rata...

Kalau peratusan mengundi rendah sampai pukul 5 nanti.., gua rasa peluang BN untuk menang kat sini tipis... Selalunya, orang BN ni malas keluar mengundi kalau hujan berbanding dengan orang PAS. Tapi kita tunggu je lah macam mana... Mungkin petang sikit hujan reda kot....

Edisi Hilang Akal!!! Nizar jadi badut di depan cina DAP Tenang...


Semalam hujan turun lebat sepanjang malam di Tenang ni. Gua yang terpaksa berkejar ke dua tiga program sampai basah kuyup dek hujan yang turun.

Heran jugak.., sebelum-sebelum ni tak pulak hujan macam ni punya lebat. Tapi bila gua dapat berita dari sahabat gua di Pekan Labis, barulah gua tahu punca hujan lebat ni baii..

Rupanya Nizar dok tengah melalak menyanyi lagu cina kat ceramah DAP di Paya Merah. Patutlah hujan lebat luarbiasa kat sini..., ada kaldai tengah menyanyi rupanyaaa...

Semenjak dia berkawan dengan geng DAP ni, gua tengok Nizar ni dah macam orang tak cukup akal dah.. Tambah-tambah meroyan pulak balaci komunis ni sejak dia kehilangan jawatan MB Perak.

Sekejap-sekejap dia menyanyi melalak..., sekejap-sekejap dia baca quran... Tak ke gila tu baii..?

Sesekali gua kesian jugak tengok Nizar ni. Tapi bila fikir-fikir balik, memang patut pun dia jadi macam tu. Dulu masa ada jawatan, dia sibuk ikut telunjuk DAP, sekarang ni bila hilang semuanya.., dia nak meroyan pun dah tak guna dahh...

Korang cuba fikir, Nizar ni menyanyi didepan orang cina ni buat apa sebenarnya? Sekali tengok memanglah nampak macam dia tu dapat sambutan hebat. Tapi bila korang fikir baik-baik, Nizar ni sebenarnya memperbodohkan diri dia sendiri je baii...

Kaum cina DAP tu mesti anggap Nizar ni macam badut sarkas yang datang untuk buat lawak bodo depan dorang. Memang memalukan! Bagi gua, Nizar ni bukan saja jatuhkan maruah dia sendiri..., tapi dia juga menjatuhkan imej bangsa melayu keseluruhannya!

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online