BREAKING NEWS

PANAS!!! Petugas PAS mengaku cikgu Mala tak laku di Tenang....


Another reason why the PKR centres have folded up is that there is a sinking feeling that PAS is already losing the fight.

Even young PAS campaigners from outside Johor exuded disappointment although they still wave the party’s flags.

“Normala (Sudirman) is not a candidate of substance. We just cannot market her…” said a young PAS campaigner from Kedah.

Another PAS campaigner, 50, said that other members campaigning in the Felda settlements found it hard to “sell her”. FMT

Hahahaha... Ini berita yang gua paling suka dari blog Raja Petra, FreeMalaysiaToday. Laporan dorang mengatakan bahawa calon PAS si Normala ni langsung tak boleh "dijual" di PRK Tenang.

Kalau dalam bahasa biasanya.., kira macam tak laku lahh cikgu Mala ni baiii...

Heran jugak ye, kalau blogger pro BN yang kata macam ni mesti puak-puak PAS kata semua tu fitnah. Tapi sekarang ni blogger tersohor Pakatan si Raja Petra yang tulis cerita ni.

Siap spy dia pergi temuramah petugas PAS lagi tuu... Jadi, takkanlah dorang taknak percaya pulak kan.

Patutlah gua tengok Bilik Gerakan PKR langsung tak ada orang.., khabarnya dorang dah tutup kedai dan berkampung di Segamat untuk cuti-cuti Malaysia.

Yang masih ada kat sini cuma Muslimah PAS Kedah. Puak-puak ni lah yang sibuk berkempen dari rumah ke rumah. Yang lain semua dah tak bermaya baii...

Nanti gua cuba risik-risik kenapa cikgu Mala ni tak laku di Tenang.., tapi dari persepsi awal gua, ia mungkin kerana faktor laki dia yang asyik berkepit jee 24jam. Macam belangkas baiii...

Bukan kata petugas PAS naik rimas tengok gelagat laki cikgu Mala ni yang terlebih sudah..., semua pemimpin PAS pun tak berkenan khabarnya dengan gelagat dorang. Khususnya si Mat Sabu... Hahahaha...

HEBAT!!! Ceramah PAS setaraf dengan khutbah di Masjid...- Nik Aziz


Nik Aziz mendakwa, senario kini jelas menunjukkan pemimpin DAP lebih memahami Islam disebabkan parti itu mengadakan kerjasama dengan Pas.

“Ceramah politik Pas sama dengan ceramah atau khutbah di masjid. Jadi dia (DAP) faham dan inilah kelebihan gerakan Islam,” katanya. - Sinar


Apa yang korang faham dengan ayat diatas tu? Korang baca elok-elok dan teliti baik-baik ayat tu.. Yang tu adalah fatwa terbaru Nik Aziz di PRK Tenang ni baii...

Baru hari ni gua tahu yang ceramah PAS tu adalah setaraf dengan khutbah di Masjid. Gua ingat ceramah PAS tu adalah biasa-biasa jee..., rupanya taraf dia lagi tinggi baii.. Patutlah sapa yang pergi dengar ceramah PAS dapat pahala..

Cuba korang tengok..., Pok Nik ni tak habis-habis nak menyelewengkan aqidah rakyat. Lepas satu..., satu lagi fatwa gampang keluar dari mulut dia.

Ceramah PAS yang penuh dengan maki hamun, pembohong, mencarut, mengata orang dan juga fitnah.., boleh pulak disamakan tarafnya dengan Khutbah? Mana lah orang tua ni belajar haaa? Dah isim gamaknya orang tua tu?

Lepas tu, dia berani pulak kata DAP faham Islam pasal dengar ceramah PAS. Dah hilang akal apa Nik Aziz ni? Bagi gua, puak-puak kafir ni tak pernah nak faham tentang Islam, nak melingkupkan lagi tu ada lahh..

Macam DAP tu, dorang sedang menggunakan Islam sekarang ni melalui khalwat dengan PAS. Tapi Pok Nik ni lemau sangat otak dia untuk faham yang DAP tu sedang melacurkan Islam untuk berpolitik.

Korang tengok yee... semua ni jadi sebab Nik Aziz lahh.. Dengan fatwa-fatwa merapu dia untuk menang pilihanraya, dengan kenyataan-kenyataan bangang dia.., semua ni memudahkan lagi kafir DAP untuk membohong umat Islam.

Kalau tak kerana Nik Aziz, Lim Guan Eng boleh ke jadi khalifah di Penang? Kalau tak kerana orang tua tu, Nga Kor Ming berani ke hina Islam dengan permainkan Al Quran? Dan kalau tak kerana wali PAS ni, berani ke Teo Nie Ching terlompat-lompat senamrobik dalam masjid?

So, kafir dah berani kurang ajar dengan Islam sekarang ni adalah berpunca dari Nik Aziz lahh baii... Gua tengok muka orang tua ni pun dah berbulu dalam hati pasal "jasa-jasa" dia melacurkan Islam.

Jadi, korang kena ingat lah baik-baik.., di akhir zaman ni, Tuhan dah janji bahawa akan muncul ramai golongan yang mengaku ulamak tetapi sebenarnya fasik serta menyesatkan.

Siapa ulamak-ulamak palsu tu di zaman ni..., korang fikir dan nilaikanlah sendiri yee...

FUYYOO !!!! Pemuda PAS serang Polis Labis..


Kenapalah tak cerdik langsung puak-puak PAS ni... Korang cuba fikir ye, dulu dorang tuduh Polis ni sebagai talibarut UMNO. Dorang jugak tuduh Polis tak boleh dipercayai dan tak ada kredibiliti..

Tapi yang peliknya, bila dorang ni ada masalah.., Polis jugak yang dorang cari. Tak ke bangang namanya tu baii..?

Gua dapat berita yang Pemuda dan penyokong PAS dah buat dua laporan Polis di Balai Polis Labis pagi tadi. Satu untuk calon BN Azhar Ibrahim, dan satu lagi untuk Polis Labis sendiri..

Laporan untuk calon BN tu pasal dia dituduh terlibat dalam lelongan tanah masa dia jadi ADO dulu. Satu lagi laporan ialah kerana Polis Labis dituduh mencabut bendera DAP di Pekan Labis.

Bagi gua, kalau pasal calon tu, kira oklah jugak dorang nak buat report Polis. Tapi apa kejadahnya nak buat report pasal Polis Labis?

Kalau betul pun Polis tu cabut bendera DAP, kira betullah tu baii... DAP komunis tu bukannya bertanding pun kat sini. Yang bertanding cuma PAS dan BN, so apa hal pulak nak pacak bendera DAP?

Korang nampak tak kebodohan penyokong-penyokong PAS ni semua..? Bodoh yang pertama.., dorang marah kat Polis tapi buat report kat Polis jugak. Bodoh yang kedua..., dah tau pacak bendera DAP tu salah.., bila orang marah.., meroyan lah pulak.

Bilalah agaknya puak-puak parti bulan ni nak cerdik yee..? Patutlah dorang asyik diperlembukan oleh geng DAP komunis dan geng Mat Bontot PKR.. Bodoh tak boleh diajar rupanya.... Hahahaha...

GEMPAR!!!! Malaysiakini tipu!!! MalaysiaKini nak sabotaj PAS di Tenang.....


MalaysiaKini nampaknya nak tipu lagi pembaca dorang.. Dalam laporannya semalam, MalaysiaKini kata seramai 200 orang datang tengok ceramah Nik Aziz.

Yang 200 tu campur sekali lah dengan peniaga gerai, petugas jentera kempen dan jugak unit amal PAS. Isyhhh...takkan banyak tu je yang datang tengok ceramah Pok Nik? Nampak sangat MalaysiaKini nak menipu nii..

Wartawan dorang ni kena belajar lagi etika kewartawanan yang tulen. Patutnya Editor MalaysiaKini kena ajar wartawan dorang cara-cara nak menghormati pemimpin tersohor PAS macam Nik Aziz ni..

Daripada 200 peserta yang hadir, kebanyakannya penduduk tempatan.

Suasana penuh warna-warni dengan adanya penyokong wanita yang menghampar tikar di bawah kanopi ceramah. Malah ada berdiri di kiri dan kanan menghadap dataran dan kanopi itu. - MalaysiaKini

Mana logik pemimpin hebat dalam dunia macam Pok Nik bila berceramah, 200 orang saja yang datang baii... Paling cikai pun 20'000 yang berkerumun kat tapak ceramah tu.

Wartawan MalaysiaKini kena ingat.., aura yang ada pada Nik Aziz lagi kuat dari aura Anwar Ibrahim.. Kalau ceramah Anwar setakat 200 orang, Nik Aziz punya ceramah mesti berlipat ganda orang datang..

Itulah sebab gua kata MalaysiaKini ni tipu. Gua sampai bila pun tak percaya Nik Aziz tak mampu tarik pendengar ceramah. Ini semua mesti propaganda MalaysiaKini nak menjatuhkan Nik Aziz dan PAS!

Nik Aziz punya pasal lah ni..., import banjir dari Kelantan ke Tenang...


Selama gua datang dari hari mula sebelum penamaan calon di PRK Tenang ni, cuaca kat sini elok jee. Suasana kat sini walaupun panas sikit pasal ada Anwar al juburi, tapi tetap tenang jugak lah sebelum nii...

Tapi semenjak semalam, macam-macam dah jadi baii.. Mula-mula gua jumpa eksiden kat depan simpang masuk ke Pekan Labis, lepas tu banyak barangan kat satu-satunya 7Eleven disini kehabisan stok. Dan yang paling tragisnya..., banjir pulak melanda kat sini.

Awalnya gua tak terfikir benda-benda tahyul atau khurafat melanda kawasan Tenang. Tapi bila gua dikhabarkan Nik Aziz dah turun berkempen kat sini dari Kelantan.., gua syak perkara ni semua mesti berkaitan dengan wali PAS sorang ni..

Gua bukan nak tuduh sembarangan baii..., tapi cuba korang fikir.., datang je hamba Allah tu kat sini, terus macam-macam jadi kawasan Tenang ni yang selama ni aman damai. Gua suspek orang tua tu dah import banjir dari Kelantan ke Labis laa..

Segalanya mungkin baii.. Jangan ketepikan faktor Nik Aziz ni dengan banjir yang melanda kawasan Labis semalam. Kalau bebudak blogger Pakatan boleh tuduh banjir ni bala untuk UMNO dalam blog dorang, kenapa pulak gua tak boleh kata Nik Aziz jadi punca banjir kat sini?


Selama ni pun.., asal ada bencana sikit jee terus puak-puak PAS tuduh semuanya pasal UMNO/BN. Asal ada banjir atau tanah runtuh kat Malaysia ni.., UMNO dan BN yang kena hamput dulu dengan puak-puak tu. Macamlah UMNO ni control semua bencana dalam dunia.. macam gampang je kann...

UMNO dah bertapak di Labis ni dah 54 tahun baii.., kalau kata nak kena bala pasal UMNO, dah lama dahhh... Tapi pasal apa Nik Aziz datang je ceramah kat sini.., terus banjir? Korang fikirlah sendiri yee...

Lagi satu jangan lupa fikir sekali.., negeri Kelantan yang selama ni Nik Aziz jaga tu, tiap-tiap tahun kena banjir jee.. Adakah itu jugak satu bala? Hahahahaha...

Wali PAS dah turun di Tenang..., peneroka kena bersedia untuk terima "berkat"...


Semalam wali PAS dah turun untuk berkempen di Tenang. Gua tak dapat pergi ceramah dia sebab gua turun ke JB atas urusan peribadi. Rugi betul rasanya sebab gua terlepas untuk dengar amanat longkang dia.

Tapi tak apa.., gua sikit sebanyak dah faham sangat skrip orang tua ni. Kat mana ceramah yang dia pergi pun.., skrip dia tetap sama baii...

Kalau tak dia jaja pasal orang Islam wajib undi PAS, dia mesti kata PAS tu lebih Islam dari UMNO. Paling-paling bangsat pun statement dia.., dia akan kata undi PAS dapat pahala.

Macam tu je lah dia punya pembohong dari dulu sampai sekarang ni.. Korang sendiri tentu dah sedia maklum perangai si tua ni kann... Selagi dia belum tutup mata.., selagi tu lah dia mandrem membohong orang baii...

Bila Nik Aziz turun kat Tenang ni untuk kempen, gua terfikir satu jee.. Dulu kat Galas, korang ingat tak macam mana orang tua ni "rasuah" orang asli untuk cari undi? Mungkin kat sini pun dia akan buat cam tu jugak nanti..

Jadi, kepada peneroka-peneroka Felda khususnya di Tenang ni, bersedialah untuk terima "berkat" dari wali PAS yang baru turun ni.. Kalau kat orang asli di Galas nun dia bagi 300 darham..., mungkin kat Tenang ni "berkat" dia lebih sikit.

Kita tunggu je lah nanti yee.. Gua akan suruh ejen APCO 007 follow Nik Aziz walau dimana pun dia berada... Peluang keemasan tengok wali PAS bagi "berkat" ni bukan selalu datang baiii... klasik tuu... Hahahaha.....

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online