Hebat baii anak jantan Tun Mahathir sorang di Paya Merah Labis semalam.. Rapat ke tanah Anwar dihentamnya... Ini barulah dikatakan anak jantan...
Sambutan penduduk kat situ pun hebat jugak.. Ramai yang datang walaupun hujan semalam.. Kalau Anwar tengok ni mesti dia jeles... Korang tahu je lahh... Mat Bontot tu bukan boleh tengok orang lebih daripada dia kann...
Ada dua khemah yang petugas BN buat kat tapak ceramah di Paya Besar ni... Ni khemah pertama baii... penuh sesak tuu...
Yang khemah kedua ni pun penuh jugak... Dorang ni datang semata-mata nak jumpa anak Tun jee.. Kata dorang.., tak dapat jumpa ayahnya.., jumpa anak pun jadilahhh...
Pak Ali Rustam pun ada jugakk... Ketua Menteri Melaka ni pun sakan jugak hentam Anwar dan parti cap bulan....
Korang tengok..., BN ceramah sambil bagi bantuan kepada penduduk yang hadir. Bukan macam PAS yang kutip lagi duit dari penduduk yang datang ke ceramah dorang.. Sekarang ni siapa lagi bagus? Korang nilaikanlah sendiri yee... Hahahaha...
Selepas 3-4 hari cikgu Mala pujaan gua ni berkempen untuk masyarakat cina di Tenang, hari ni dia mula masuk ke kawasan Felda disini... Pukul 8.30 pagi dorang dah mula kempen di gerai-gerai Felda Cempelak.. Terpaksalah gua korbankan masa tidur gua hari ni baiii...
Tapi gua kesian kat cikgu Mala.. Penduduk Felda Cempelak semua buat tak tahu jee bila dorang ni semua datang. Yang ada pun dua tiga kerat je lah kebetulan ada di gerai tu yang ditegur oleh kempen manager cikgu Mala ni..
Korang tengok sendirilah muka laki cikgu Mala yang baju ungu tu.., monyokkk je kannn... Mesti boring giler punya bila terpaksa ikut bini dia pergi berkempen... Dah lah tak dapat elaun..., gua rasa "semalam" pun tak dapat jugak tu baii.... Hahahaha...
Gua sebelum ni dah datang Felda Cempelak ni.. Memang sini hampir keseluruhan kawasan kuat BN. Sebab tu lah tak ramai yang sambut cikgu Mala... Patutlah awal-awal lagi Mazlan Aliman tak nak ikut.., dia tahu rupanya tak ada penyokong PAS kat sini... Hampeh betul si Mazlan Aliman nih...
Korang tengok je lah sendiri.. Ini je lah yang ada pun kat situ. Kesiannnn kat cikgu Mala... Penat je datang tapi tak ada sambutan.... Walau apa pun.., cikgu Mala tetap akan jadi pujaan hati gua... Hahahaha...
Semalam, gua pergi tengok ceramah Anwar, Mat Sabu dan Dr Mariah di Pekan Labis.. Kalau korang nak tahu...., Labis ni adalah kawasan majoriti cina baiii....
Ramai yang kata masyarakat cina di Pekan Labis ni sokong Pakatan... Tapi ceramah semalam dah buktikan Anwar and the gang tak dapat sambutan dari masyarakat cina kat situ... Hahahaha...
Walaupun dorang buat threesome dengan menggandingkan Anwar, Mat Sabu dan Dr Mariah.., tapi tetap ceramah dorang tak boleh blah baii... Gua agak mungkin ada sabotaj dari pihak APCO kot...
Kalau tak ada sabotaj dari APCO.., takkanlah hanya 150 orang jee yang tercongok tengok ceramah pemimpin anugerah Tuhan ni kann... Mesti ada yang dengki dengan Anwar ni...
Korang tengok je lah muka Anwar dan Mat Sabu tuuu... Anwar sibuk main twitter dia... Mat Sabu pulak dok conteng kertas lukis kartun orang lidi... Mesti dorang ni boring gila pasal tak ramai yang datang... Hahaha...
Kesian kat dorang kannn.... Penat jee datang jauh-jauh tapi tak ada orang nak dengar ceramah dorang. Mesti Anwar, Mat Sabu dan Dr Mariah menyumpah dalam hati kat masyarakat cina di Pekan Labis nii...
Korang tengok sendirilah berapa kerat jee yang datang ceramah tu.... Orang berniaga kat belakang tu lagi banyak dari orang yang dengar ceramah baiii....
Korang nilaikan sendiri sokongan masyarakat cina kat sini pada puak-puak Pakatan... Macam ni ada harapan ke dorang tu nak menang pilihanraya?
Semalam gua ada buat satu artikel pasal Nizar kena halau dengan Salahuddin Ayub. Tup-tup hari ni si Nizar dah tak ada di Tenang sebab sudah lari balik ke Perak.
Salahuddin Ayub pulak dah bagi "hint" sikit hari ni dalam satu portal pro pembangkang bahawa Nizar Jamaluddin dah balik ke Perak pasal ditegur kerana mengeluarkan fatwa HARAMkan undi kepada UMNO.
Salahuddin juga mengaku dia telah "menasihatkan" Nizar semalam. Tapi Din puduraya ni tak pulak cerita Nizar sudah merajuk dengan nasihat yang dia bagi kat Nizar. Mungkin dia takut kena maki dengan DAP yang memang sayang banget kat Nizar kot...
Tapi tak sangka pulak yee..., kuat merajuk jugak si Nizar ni. Baru kena nasihat sikit dah buat perangai meroyan macam budak-budak. Itu belum lagi kena maki hamun dengan Nik Aziz macam yang pemimpin parti cap keris kena tu baii..
Tapi penyokong Pakatan semua jangan bimbang..., gua dapat tahu yang Mahfuz dah didatangkan khas dari Kedah bagi menggantikan Nizar untuk buat ceramah di Tenang.
Mahfuz tu pun tak kurang sewelnya dari Nizar komunis tu baii... Yang lebihnya Mahfuz ni adalah skill buat lawak slapstik ala-ala Mr Bean dia yang mahsyur tu.
Mahfuz ni kan dikenali sebagai Ahli Parlimen Malaysia yang paling tersohor didalam buat kenyataan hilang akal bertaraf antarabangsa.. So, mesti semua orang disini akan suka punyalahh...
Gua yakin, dengan kehadiran Mahfuz Bean kat sini.., masyarakat Tenang mesti akan tehibur dan ceria dengan lawak bangang dia nanti. Gua pun bolehlah tumpang gelak sekali tengok persembahan Mahfuz di Tenang ni...
Cuba korang bayangkan Mahfuz dan Mat Sabu buat tag team berceramah berkongsi satu pentas... Fuhhh... mesti gempak giler baiii.... Satu kuat membohong dan satu lagi kuat mencarut..., kan gandingan serasi tuuu... Hahahaha....
Gua diberitahu semalam ada satu akhbar berbahasa cina telah melaporkan bahawa Calon PAS Tenang telah marah pada seorang peniaga cina di Pekan Labis.
Akhbar cina tersebut menulis berita yang mendakwa Normala Sudirman telah mempertikaikan seorang pekedai cina dengan ayat
"kenapa jual arak?".
Kalau betullah berita ni..., gua tabik sama cikgu Mala sebab dia berani marah apabila arak yang haram didalam Islam tu dijual secara terbuka.
Lepas PRK Tenang nanti, gua cadangkan Cikgu Mala ni dilantik jadi penasihat Pesuruhjaya PAS Selangor. Masa tu bolehlah dia nasihatkan Hassan Ali macam mana nak lawan dengan Ronnie Liu.
Gua tak rasa Cikgu Mala ni akan menang kat Tenang pada 30hb nanti. Susah baii nak menang di Johor nii terutamanya tempat ni dikuasai sepenuhnya oleh BN. Jadi, eloklah Cikgu Mala mula fikir pasal masa depan dia.
Nak jadi Cikgu semula pun dah tak boleh sebab dia dah letak jawatan. Nak jadi cikgu PASTI pun gaji tak mahsyukk... Susah tu baii..
Sebab tu lah gua cadangkan Cikgu Mala ni berhijrah ke Selangor.. Dengan keberanian melawan kaum cina yang jual arak, cikgu Mala sorang saja yang gua nampak boleh lawan Ronnie Liu. Khalid Samad pun tak seberani calon PAS Tenang ni baii..
Kali ni gua salute sama cikgu Mala. Korang jangan jeles lah pulak yee sebab gua sokong calon PAS ni. Lagipun..., lawa jugak cikgu ni kalu korang tengok dari dekat. Ada iras-iras sikit macam pelakon 60-an pujaan gua iaitu Roseyatimah...
Padanlah Nizar dengan Mat Sabu asyik mengendeng jee ikut Cikgu Mala ni berkempen... Lepas ni gua kena ikut lah cikgu Mala ni pergi berkempen untuk jaga dia... Manalah tahu Nizar dan Mat Sabu buat onar nanti kannn.....
Bukan boleh percaya sangat dua ekor mangkee tuu..., yang sorang kuat meroyan.., yang sorang lagi pulak pantang nampak bini orang lawa.... Bahaya tu baiii.....Hahahaha..
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.