Korang mesti kenal dengan artis sorang ni... Dia ni bukan setakat popular di Malaysia je baii.., tapi bertaraf antarabangsa tau tak...
Tapi semalam, gua terperasan macam artis ni berkempen untuk calon BN di Tenang. Ini sudah cerita panass baiii... Anwar dengan Mat Sabu mesti meroyan punya kalau betul minah ni betul-betul ada di Tenang...
Tapi bila gua sampai dekat "artis" tu.., rupa-rupanya Mami Shahrizat daaa... Ini bukan Bollywood punya tapi Malaywood laa.... Mati-mati gua ingat Juhi Chawla tadi.... Tertipu rupanya gua... Hahahaha
Korang jangan ingat gua nak tipu korang pulak yee... Tajuk kat atas tu memang betul..., Shahrizat ni memang digelar Juhi Chawla Malaysia. Korang nak tahu sapa yang panggil dia macam tu? Mat Sabu lahhhh... Tak percaya korang pergi tanya dia sendiri...
Ini ada lagi satu posed menarik dari Mami Shahrizat yang diambil oleh Minaq Jinggo... Walau apapun.., anak pompuan Mami Ijat ni memang lawa... sebab tu lah gua panggil dia Mami... Manalah tahu kalau gua ada jodoh dengan anak dia nanti....Hahahaha...
Panas baiii.... punyalah ramai datang ke ceramah Anwar semalam di Felda Tenang. Sampai berasak-asak hanya nak dengar mat bontot ni membohong...
Korang nampak tak berpuluh ribu nyamuk yang berasak-asak tuuu?? Inilah bukti bahawa Azizah berkata benar... Sekarang ni gua confirmkan bahawa memang Anwar ni manusia anugerah tuhan...
Mana tak nya anugerah Tuhan baii... nyamuk pun sanggup keluar dari hutan kelapa sawit untuk dengar ceramah dia... Najib boleh buat macam ni baiii...? Hahahaha...
Memang hebat Anwar Ibrahim! Bukan hanya manusia saja dikencingnya...nyamuk pun basah kuyup semalam kena kencing dengan mat bontot sorang ni... Korang bayangkan sendiri je lah yeee... Malas gua nak cerita panjang-panjang.
Semalam, gua ikut Shahidan Kassim melawat masuk ke Felda Tenang.. Masuk je ke kawasan Felda ni, gua terfikir... Mak aihhhh... banyak betul bendera dacing kat sini..... Bendera bulannya mana?
Dalam hati gua ada satu je baii masa tu..., gua syak Mazlan Aliman dah ngelat duit bebudak yang pasang bendera..., pasal tu lah bendera PAS diboikot...
Gua pun terus menjelajah masuk lagi dalam Felda Tenang ni untuk cari bendera bulan... Makin jauh gua masuk dalam kawasan Felda.., makin banyak bendera dacing... Ni haa.., wau dacing pun ada...
Lepas 20 minit gua jalan kaki..., baru lah gua nampak dua tiga budak tengah pasang banner ceramah dan jugak bendera bulan... Barulah lega sikit hati gua baiii...
Gua terus je tanya bebudak tu kenapa bendera bulan sikit je kat Felda ni... Korang tahu tak apa budak tu cakap? Dia kata, "ambo dok tahu be.., ambo baru sampai semale...orghe kat sini royak kat ambo petugas tak cukup..."
Hahahaha... sekali kecek klate laa... Rupanya bebudak yang pasang banner ceramah dan bendera ni adalah petugas import "Made in Klate"... Patutlah dorang cuak semacam je bila gua tanya dorang....
Yang gua herannya.., Mazlan Aliman dulu kata dah berjaya tawan semua Felda.. Tapi sekarang ni gua berani confirm Mazlan tu kaki temberang je baii...
Korang cuba fikirkan yee... nak pasang bendera PAS di Felda pun tak ada volunteer dari penduduk tempatan.., macam mana parti bulan nak menang kat sini...
Gua dapat tahu dari budak PAS tadi, ramai lagi petugas luar akan masuk buat kerja di Tenang lagi 2-3 hari... PAS dah gerakkan unit amal dorang untuk turun di Tenang...
Gua cuma nak cadangkan..., susah-susah sangat, ambik je pekerja bangla dengan myanmar suruh pasang bendera PAS tu di Tenang... Habis cerita! Hahahaha....
Korang agak PAS kumpul banyak-banyak tandatangan ni dorang nak buat apa? Apakah dorang nak buat petisyen untuk dorang desak Nik Aziz letak jawatan?
Korang agak puak PAS berani ke buat macam tu? Dalam mimpi lah baiii.... Sebenarnya, dorang ni kumpul tandatangan untuk bantah kenaikan harga barang laa....
Gua ada tanya pada orang parti bulan kat situ, apa yang dorang nak buat dengan tandatangan yang dikumpulkan semua tu? Pakcik berkopiah tu cakap..., dorang nak serah kat Najib. Hahaha...
Tapi bagi gua lah.., dorang takkan serah kat Najib baii... Puak ni semua berani ke? Paling kuat pun, dorang balik simpan tandatangan semua ni buat pekasam dalam markas dorang..
Pakcik tu suruh gua sain jugak kat situ, gua cakap kat dia.., gua tak nak sain pasal bantah kenaikan harga barang... Gua cuma sain kalau ada petisyen bagi Hadi jadi PM.... Hahahaha....
Bila gua cakap macam tu..., terus blurrrr je gua tengok muka pakcik tu... Tapi gua sain lah jugak untuk jaga hati dia....
Korang tahu apa yang gua tulis kat situ...? Gua tulis.... I love Bik Mama.... Lepas tu gua cepat-cepat blah..... Gua takut dorang belasah gua macam si Aduka Taruna nanti... Hahahahaha....
Dorang Kata BN naikkan harga minyak dan rompak duit rakyat....
Tapi korang cuba bagitau kat gua, siapa yang perompak sebenar sekarang ni..?
Bukan satu dua je baii peralatan menyamun puak-puak PAS....
Bersusun-susun kotak derma yang dorang guna untuk rembat duit baiiii....
So, korang nilaikan lah sendiri perangai puak-puak ni... Nak menyamun je kerjanya kannn... Korang kena ingat, inilah sebenarnya perompak duit rakyat!
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.