Korang rasa, puak mana didalam negara ni yang suka bertakbir paling kuat sekali? Bukan setakat takbir saja kuat, tapi angan-angan dorang lagi kuat baii.. Kadang-kadang tu, dah macam nak menunjuk-nunjuk je nampaknya..
Jangan korang salah faham pulak, gua tak kata bertakbir tu tak bagus, tapi takbir puak dorang ni gua tengok dah jadi hanya sekadar satu tradisi ataupun ikut-ikutan saja. Sorang bertempik.., yang lain pun menyahut je lahh..
Kalimah "Allahu Akbar" tu mulia baii.., tapi puak-puak tu tahu ke nak menjaga nilai kemuliaan Allahu Akbar ni? Dorang faham ke maksud takbir yang dorang laungkan tu..?
Korang tengok ye kenapa gua kata bertakbir bagi puak-puak parti bulan ni hanya tradisi dan ikutan saja...
Puak-puak ni kalau nak berdemo turunkan harga air pun takbir, berdemo nak bela cina mati pun takbir, dengar ceramah kafir DAP maki hamun pemerintah Islam pun takbir.
Dan yang paling gua confuse.., dorang dengar kafir mempergunakan ayat Quran dan baca tafsir tunggang langgang pun dorang takbir jugak.
So, macam manalah gua tak kata dorang ni tak faham apa maksud takbir tu yang sebenar? Kalau dorang tahu semua tu, takkan begini mangkuk hayun jadinya perangai puak-puak hamlau tu baii..
Satu hal lagi, dorang yang kuat takbir je ni dah terbukti tak reti langsung nak buat kerja. Dorang laungkan bahawa Allah maha besar, tapi dorang sendiri mungkir dengan qada' dan qadar Allah.
Dorang bersekongkol dengan puak kafir harbi dan juga puak pluralisme agama bagi menjatuhkan kerajaan Islam. Inilah yang gua kata dorang tak percaya kepada ketentuan Tuhan.
Kalau dorang betul-betul percaya bahawa Allah tu maha besar, dorang semua takkan buat kerja gila melacurkan agama demi kuasa macam sekarang ni baii..
Dorang kata.., syurga dorang punya, pahala pun untuk geng dorang je.. Yang paling sangapnya, setan pun dorang nak bolot buat geng jugak.. Pendek katanya, doranglah puak yang paling best pasal pakai cap bulan. Yang umat Islam lain semua tak best macam dorang.
Jadi.., oleh kerana tabiat dorang ni yang yang macam tu, gua isytiharkan puak-puak dorang ni sebagai.., kaum takbir kuat, kerja tak buat. Boleh buat slogan untuk parti dorang kat Tenang ni nanti.
Korang rasa macam mana? Ok tak?






