BREAKING NEWS

PANAS! Gua sudah difatwakan MURTAD dan KAFIR oleh PAS pasal hentam Nik Aziz.


Panas baiii... Bukan gua yang panas, tapi puak-puak penyokong PAS yang panas mengelupur bila gua hentam Nik Aziz didalam isu Hudud Kelantan hari ni.(Korang baca SINI artikel tu)

Meroyan terus puak-puak PAS bila wali dorang gua cuit punggung dalam artikel tu baii.. Gua bukannya maki hamun pun, gua cuma kata Nik Aziz selama ni "bertuhankan" Mahathir sebab takut nak laksanakan Hudud di Kelantan.

Siap dorang ancam nak pancung dan robek perut gua baiiii... Wahhh..takutnyaaaa! APCO kena tolong gua pindah dari negara ni secepat mungkin lah kalau macam tu.

Bagi gua, memang betullah ayat tu. Selama ni pun banyak puak-puak PAS kata ahli UMNO bertuhankan pemimpin dan juga ahli UMNO bertuhankan kebangsaan.

Baru-baru ni Pok Nik sendiri pun kata UMNO tolak Islam, maknanya UMNO tolak ALLAH. Dan Pok Nik berani tanya UMNO selama ni berdoa kepada sapa? Semua ni lagi dahsyat dari apa yang gua tulis baii...

Korang cuba fikir, kalau Nik Aziz betul-betul berpegang kepada syariat Islam dan juga istiqamah didalam menegakkan hukum Quran, kenapa dia patut takut pada Mahathir bila nak buat Hudud?

Hudud tu hukum tuhan, Mahathir tu pulak cuma Perdana Menteri di Tanah Melayu ni je kann... So, bila Nik Aziz takut pada Mahathir dan kerajaan persekutuan bila nak buat Hukum Quran, maknanya Mahathir dianggap lebih tinggi dan berkuasa dari Tuhan lah kann.. Betul tak?

Gua dari kecil baca sirah Nabi-nabi dan para sahabat. Tapi gua tak jadi Ustaz sebab gua tak masuk PAS. Kalau gua masuk parti bulan, confirm sekurang-kurangnya pangkat gua sama dengan Anwar iaitu Pak Syeikh. Paling koman pun Ustazlah..

Apa yang gua tau melalui cerita para sahabat, dorang semua betul-betul tauhid kepada ajaran Islam sehinggakan maut pun tak dapat melunturkan keimanan dorang baii.. Contohnya kisah Bilal ibn Rabah Al Habashi. Sanggup diseksa hanya kerana mempertahankan kepercayaan terhadap Allah swt.

Tapi lain halnya dengan Nik Aziz. Cuba korang tengok, baru kena warning dengan Mahathir, sudah terkincit-kincit tarik balik draf Hudud di Kelantan. Lepas tu jaja satu Malaya kata Mahathir marah dia pasal Hudud... Apa punya ulamak la ni baiiii...?

Korang tengoklah sendiri..., Gua bukannya buta, bisu, pekak dan tuli. Alhamdulillah semua Tuhan bagi cukup kat gua. Dan gua bukannya tak nampak permainan politik gampang Nik Aziz ni mempergunakan agama baii..

Bila gua kata Nik Aziz tak patut takut pada Mahathir pasal nak buat Hudud di Kelantan.., gua sudah dicop kafir. Dan bila gua kata Nik Aziz "bertuhankan" Mahathir pasal nak tunggu kebenaran bekas Perdana Menteri tu untuk buat Hudud, gua terus dilabelkan sebagai Murtad.

Hahahahahaha...memang hebat penyokong-penyokong PAS. Hari ni gua tak syak lagi bahawa dorang ni semua telah menjadikan politik kepartian sebagai agama baru dorang. Seganas-ganas gua.., tak pernah lagi gua kafirkan dan murtadkan orang Islam lain. Tapi penyokong PAS semua hebat baiii....

Sesiapa yang hina dan kutuk pemimpin parti PAS ni, boleh jatuh kafir dan jugak Murtad. So, korang semua berjaga-jagalah sikit yee... Takut nanti korang semua pun dikafirkan dan dimurtadkan jugak macam yang gua kena.

Untuk baca fatwa yang mewartakan gua murtad dan kafir...korang boleh jenguk kat SINI  dan SINI yee... Terima kasihlah pasal susah-susah je buat fatwa untuk gua tuu...Hahahaha.

PANAS! Islam bukan agama rasmi di Penang. Babi dijual macam goreng pisang.

Gambar hiasan je ni baii.. Gua cilok dalam internet.

Gua nak bagitau korang semua satu cerita di negeri Penang. Salah satu negeri pentadbiran Pakatan yang diketuai oleh Khalifah tak bersunat pujaan parti cap bulan.

Cerita ni ada masuk paper KOSMO tapi gua tak tau sama ada korang baca atau tak, tapi gua cuma nak elaborate kan lagi cerita gerai Babi dinegeri Kalifah ni untuk kefahaman korang semua.

Korang tau tak, kalau korang datang ke sini dan berkunjung ke kawasan Paya Terubong di sebelah Pulau, korang akan jumpa satu deretan gerai jual daging Babi secara terbuka.

Yang paling mengujakan hati gua, gerai-gerai jual Babi ni hanya 100 meter je jaraknya dari Masjid Jamek Paya Terubong. Cuba korang bayangkan macam mana asyiknya aroma menatang Babi ni menusuk hidung jemaah-jemaah di Masjid tersebut.

Kalau korang naik kereta ataupun motor, korang akan lalu betul-betul sebelah daging Babi yang digantung dekat gerai kereta sorong tepi jalan tu. Kalau korang bernasib baik, korang boleh nampak kepala Babi tu tersenyum kat korang.

Ini realiti baii.. Bukannya dorang meniaga didalam kedai, tapi puak-puak tu berniaga secara terbuka dibahu jalan.

Gambar sebenar gerai Babi Paya Terubong yang gua ambil dari KOSMO.

So, kalau korang lalu kat Jalan Pasar Paya Terubong ni waktu penjual tu tengah menetak daging kerbau pendek tu, kemungkinan darah menatang tu terpercik kat korang adalah besar sekali..

Dan gua difahamkan, semua peniaga Babi ni langsung tak ada lesen baii... Dorang main hentam keromo je jual sebab tak ada langsung penguatkuasaan. Sekali tengok dah macam gerai jual pisang goreng pulak dorang meniaga Babi kat situ..

Jadi, gua dengan rasminya mengatakan di Penang ni agama rasminya bukan lagi Islam. Kalau melayu dengan mamak disuruh tutup kedai tapi Babi pulak dijual secara terbuka macam pisang goreng..., apa lagi yang gua boleh cakap.

Gua tau penjualan Babi secara terbuka ni bukan hanya setakat di Pulau baii... di seberang Perai pun banyak kes ni. Tapi apa kan daya.., takkan semua gua nak dedah dan pantau baii... Gua bukannya wakil rakyat yang dilantik dan diberikan elaun serta gaji bulanan oleh parti cap keris.

So biarlah dorang je buat kerja pantau ni. Kalau dorang senyap je.. itu tandanya dorang makan gaji butalah kann.. Itu gua tak boleh nak tolonglah.. Dorang jawablah nanti dengan Tuhan pasal tak amanah!

GEMPAR! Selama ni Nik Aziz "BERTUHANKAN" Mahathir rupanya...


Inilah kenyataan yang paling gua tunggu sejak sekian lama dari mulut longkang Nik Aziz. Macam-macam dia punya spin selama 20 tahun pasal kenapa Kelantan tak buat hukuman Hudud selepas dorang berjaya perintah negeri tersebut.

Alasan yang paling famous ialah, Nik Aziz selalu tuduh Mahathir dan jugak kerajaan Persekutuan tak bagi dia buat Hudud di Kelantan. Tapi selama ni dia tak pernah mengaku yang dia sendiri tak mau buat sebenarnya. (baca SINI)

Korang tengok ye..., akhirnya dalam majlis Perjumpaan bersama blogger Pakatan semalam, orang tua tu telah membuat pengakuan bahawa dia dan kerajaan PAS sendiri takut nak buat Hudud di Kelantan.

Alasan Nik Aziz kali ni ialah, dorang takut Kelantan akan dirampas oleh Mahathir dan juga Kerajaan pusat jika Hudud dilaksanakan.

Niamakahai betul!! Hari ni baru gua tau.., rupanya Nik Aziz selama ni "bertuhankan" Mahathir. Nik Aziz terbukti lebih takutkan Mahathir daripada takutkan Tuhan. Hudud tu Tuhan suruh ke Mahathir yang suruh baiii..?

Dan Nik Aziz juga lebih sayangkan jawatan dan jugak kuasa pemerintahan negeri daripada tugasnya melaksanakan hukum Islam. Ini ulamak pewaris nabi apa kebendanya..? Sesama manusia pun dah kecut terkincit-kincit, macam mana kata pewaris nabi baiii..?

Nik Aziz jugak sanggup mengenepikan keutamaan menunaikan janji yang diwar-warkan di seluruh negara bekenaan Hudud hanya kerana Mahathir. Berjanji tapi mungkir ni baii..., adalah salah satu ciri-ciri munafik. Macam mana nak jadi ulamak kalau buat perkara-perkara yang membawa sifat munafik?

Korang boleh tengok sendiri lah ye.., Nik Aziz berdegar-degar cakap pasal Islam dan mahukan ahli-ahli PAS supaya takutkan Tuhan, tapi dia sendiri mengaku yang dia lebih takut pada Mahathir.

Gua rasa, bagi Nik Aziz tu Mahathir adalah lebih berkuasa dan lebih besar dari Tuhan. Sebab tu lah dia takut sangat sampaikan hukum Islam pun ditolak ketepi hanya kerana kecut telor dengan Mahathir.

Lagi satu, sejak dari tahun 98 Mahathir dah tak jadi PM.., dah pencen pun.. Tapi kenapa Nik Aziz masih tak buat Hudud? Takkan nak tunggu Mahathir dah meninggal baru Nik Aziz nak buat Hudud?

Gua takut, Nik Aziz yang gol dulu sebelum Mahathir. Masa tu PAS nak harapkan sapa untuk buat Hudud? Takkan nak harap pada Karpal Singh kot?

Walau apa pun, terbukti hari ni bahawa Nik Aziz memang gila jawatan, gila kuasa dan juga bermacam-macam gila lagi kerana politik. Hanya orang gila saja buat kerja gila melacurkan agama macam Pok Nik ni baii...

So, sesiapa di Tanah melayu ni yang kata dia tu adalah Tok Guru.., pun adalah tergolong didalam kategori gila jugak.. Korang tau tak gila apa? Gila nak masuk syurga free... Betul tak? Hahahahaha..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online