BREAKING NEWS

PANAS!!! Kereta ADUN Selinsing remuk teruk di dalam kemalangan jalanraya...


Kereta CRV yang dipandu oleh ADUN Selinsing remuk teruk dibahagian hadapan akibat berlanggar dengan sebatang pokok ditepi bahu jalan.

Tapi, nasib baik ADUN tersebut tak mengalami kecederaan serius cuma cedera di jari dan juga mengalami kesakitan dibahagian dada akibat hentakan kemalangan.

Kemalangan berpunca selepas ADUN tersebut cuba mengelak dari sebuah motosikal yang tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan untuk membelok ke kanan tanpa memberi sebarang isyarat.

Sebab itulah keretanya terbabas dan merempuh pokok yang berada dibahu jalan tersebut.


Untuk pengetahuan korang, ADUN yang kemalangan ini bukannya ADUN yang dikaitkan dengan kes khalwat dalam koc keretapi tu, tetapi ADUN ini ialah YB Hj Husin B Din yang merupakan wakil rakyat PAS kawasan Selinsing Perak.

Ada beza diantara Selinsing Perak dengan Selising Kelantan baiii.. Beza yang paling utama ialah ADUN Selinsing Perak ni tak ada rekod kena tangkap khalwat. Tak macam yang di Kelantan tu.

Tapi, termasuk kes kemalangan ADUN Selising Perak ni.., dah dua pemimpin utama PAS Perak dilanda musibah.


Minggu lepas, Setiausaha PAS Perak Hj. Misbahul Munir pun terlibat dalam satu kemalangan di lebuhraya PLUS berdekatan dengan Behrang dalam keadaan hujan lebat

Hari ni kena pulak pada Hj Husin ni. Bagi gua, ini semua adalah kifarah Allah untuk pemimpin-pemimpin PAS ni kerana mereka bersekongkol dengan DAP Perak bagi menjatuhkan kerajaan Islam UMNO.

Gua harap, dorang ni akan kembali kepangkal jalan apabila ditimpa ujian Tuhan ni semua. Dorang ni semua patut ingat, kalau kafir tu kafir jugaklah.., terutamanya kafir harbi macam DAP.

Nasihat gua kepada pemimpin PAS Perak, bertaubatlah sebelum terlambat!

Apek racist minta maaf tapi mengaku tak salah ?? WTF !!!


Pagi tadi gua pergi kat sidang akhbar si Apek Racist yang buat kecoh suruh mamak nasi kandar Penang balik India tu. Katanya dia nak buat permohonan maaf.

Memang betul dia ada minta maaf tadi kepada Syed Kassali Mohammed Aliyar kerana dia tunjuk kurang ajar waktu dia buat operasi dengan penguatkuasa MPPP. Dan dia berjanji tak akan mengulangi perangai celaka dia usung tong gas macam malam tu.

Tapi pada masa yang sama, dia tak mengaku bersalah pasal kata-kata "tutup kedai, balik India" seperti yang mamak nasi kandar tu dakwa. Bukan main garang dia pertahankan yang dia tak kata langsung macam tu.

Yang gua heran, pasal apa si mamak nasi kandar tu tak pulak nak datang masa apek racist ni buat press statement. Patutnya dia ada sekali barulah senang nak clearkan semua hal.

Gua nampak Apek Racist ni macam main tarik tali pasal isu perkauman ni. Dia ni dah ada rekod buruk pasal dok kacau peniaga selain dari kaum dia.

Ada sekali dulu dia pernah kena baling kasut pasal kacau peniaga melayu di Pasar Ramadhan. Sekarang ni dia meroyan kacau kedai nasi kandar pulak. Nampak sangat agenda perkauman dia tak mau bagi orang lain selain cina berniaga di Penang.

Tapi apapun, gua teringat pasal isu Ahmad Ismail Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera dulu tu. Memang gentelmen betul wakil parti cap keris ni mengaku bahawa memang dia ada kata bukan melayu dalam negara ialah keturunan pendatang.

Dan Ahmad Ismail takpun mintak maaf dan sanggup dihukum kerana percaya dengan apa yang dikatakannya tu betul. Itu yang gua respek sangat. Takut apa kalau kita tak salah. Mengaku sajalah senang.

Tak macam cina DAP sorang ni baii.., berani masa ada penguatkuasa saja. Lagipun cina ni tau yang tak ada bukti ditempat kejadian yang boleh dakwa dia. Memang ada gambar cctv hari tu tapi rakaman cctv ni mana ada rakam suara.

Sebab tu lah yang dia berlagak sangat tak mengaku salah. Takut pulak dia dicop perkauman padahal dalam hati perut dia dah memang totok benci kat bangsa lain.

Satu negara dah tau pasal perangai racist puak-puak DAP ni. Jadi sapa lah nak percaya bila Apek sorang ni kata dia tak salah?

Korang boleh percaya ke kalau kata DAP ni sayang bangsa lain di negara ni selain dari kaum mata sepet? Bagi gua, mati hidup balik pun gua tak percaya!

AWAS!! Ini bukan cobaann.. Anwar bawak masuk hantu di DUN Tenang...


Ini ada cerita gempar baii.. belum lagi proses penamaan calon bermula di DUN Tenang, pengundi hantu telah mula muncul di kawasan tu.

Selalunya hantu-hantu ni muncul hanya waktu mengundi, tapi kali ni, hantu-hantu ni muncul awal dan telah kacau penduduk di Estet Bukit Dato. (korang baca SINI)

Gua rasa, mesti hantu-hantu ni muncul awal pasal Anwar Ibrahim turun kempen kat situ. Maklumlah, bila King Jenglot Nuar Berahi dah turun kempen, anak-anak buah pun meroyan sakanlah.

Tambah-tambah pulak bila puak paranormal PAS pun dah join geng Raja Hantu Anwar ni, tak payahlah hantu-hantu semua takut lagi untuk mengganas. Kira dah dapat lesen besarlah ni baii..

Dulu puak-puak PAS dan PKR selalu tuduh parti cap keris bela pengundi hantu, tapi sekarang ni memang confirm puak dorang yang sebenarnya menternak segala jenis hantu, jin, jembalang tanah dan juga pelbagai spesis toyol.

Korang tengok tengok je lah disetiap 13 PRK di sepanjang dua tahun lebih ni. Yang ditugaskan mengacau di peti-peti undi ialah hantu-hantu terlatih bagi mengundi PAS dan Pakatan.

Yang dok buat onar sewaktu penamaan calon ialah jin-jin dan jembalang tanah belaan sang paranormal PAS dan King Jenglot Nuar Berahi.

Manakala yang kerja tukang buat fitnah serta sebar risalah pulak, ialah terdiri dari pelbagai spesis toyol yang beraneka warna yang kerjanya mengampu telor dukun-dukun santet parti cap bulan.

Apa yang gua dapat tau dari member gua yang berada ditempat kejadian, penduduk telah mengupah bomoh untuk halau hantu ni semua tapi tak berjaya.

Gua rasa, bomoh yang dorang upah tu tak pandai berdiplomasi dan tak tau apa kehendak hantu-hantu yang mengacau penduduk tempatan tu.

Nasihat gua, cari je tiket VVIP one way ke syurga ataupun tiket koc keretapi kelas pertama JB-Padang Besar dan bagi sorang satu kat hantu tu..., mesti hantu-hantu tu semua setuju untuk berhenti membuat onar.

Itu saja cara nak jinakkan hantu tu baii... Bak kata pepatah Alfonso De Albuquerqe, "like father like son". Hahahahaha....

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online