BREAKING NEWS

Wanita PKR ni berdemo atau buat lawak bodo?


Gua dapat tahu tadi bahawa Wanita PKR yang diketuai oleh Rodziah Ismail telah mengadakan demonstrasi di Pasar Tani Shah Alam bagi membantah kenaikan harga barang.

Adalah dalam 50 orang kumpulan wanita PKR ni memekik-mekik sambil bawak sepanduk macam orang hilang anak. Laki dorang mesti malu kalau tengok bini dia meroyan macam orang hilang akal di tengah-tengah Pasar Tani.

Yang gua musykil, apahalnya puak-puak Wanita PKR ni buat demonstrasi bantah kenaikan harga barang di Pasar Tani? Dorang bantah harga barang ataupun bantah orang berniaga barang?

Kenapa yang bangang sangat pergi buat kat Pasar Tani tu. Bukankah situ tempat orang berniaga dan tempat masyarakat membeli barangan keperluan? Tak ada tempat lain ke dorang ni nak buat demo?

Rodziah bebal ni kena banyak belajar sebelum buat demo lepas ni. Kalau nak buat demonstrasi, jangan menyusahkan orang lain. Pasar Tani tu tempat orang cari rezeki, bukannya tempat lu tunjuk perasaan sambil menyalak memekak.


Apa salahnya lu dan geng lu pergi memekak tengah padang? Luas pun luas dan confirm tak ganggu orang. Takpun lu pergi je buat demo tu kat kawasan masjid. Kalau Teo Nie Ching boleh separuh bogel senamrobik kat kawasan masjid, kenapa buat demo tak boleh pulak?

Dan gua pasti Nik Aziz akan setuju dan restu kalau Rodziah and the geng buat demo dalam kawasan masjid ni. Silap-silap, Pok Nik akan kata zaman Nabi dulu pun ada orang buat demo jugak kat masjid.

Sekarang ni, korang nilaikan lah sendiri perangai wanita-wanita PKR ni. Macam ni ke yang dikatakan berpolitik secara matang? Yang buat demo tengah Pasar Tani tu buat apa?

Patutnya dorang ni buat memorandum bantahan dan hantar kepada Ismail Sabri pasal kenaikan harga barang. Bukannya melalak macam orang sewel ditempat awam macam ni baii. Apa guna Ismail Sabri tu jadi menteri kalau lu semua tak boleh mengadu kat dia?

Itulah..., bila gua kata wakil-wakil pembangkang ni bodoh, dorang marah. Tapi korang tengoklah sendiri betapa tak gunanya akal puak-puak ni. Bukannya dorang nak menyenangkan rakyat, menyusahkan lagi ada laa...

Video Inside!! 24 Disember..., Sultan murka pada Nik Aziz ???


Gua terjumpa satu rakaman audio yang telah disebarkan kepada pengikut-pengikut PAS tentang kronologi pertemuan Nik Aziz dan DYMM YDP Agong pada 24 Disember 2010.

Khabarnya suara didalam audio tu adalah suara Raja Petra Kamaruddin. Gua pun tak pasti tapi pelatnya tu macam biasa dengar. Yang pastinya gua dapat dari media PAS.

Banyak sangat yang mengarutnya dan membebel dalam tu. Untuk mengelakkan korang terseleweng bila dengar audio ni, gua  dengan sukarela telah pun edit dan transferkan file tu ke dalam bentuk video supaya korang senang nak nilaikan.

Dalam audio tu ada cerita pasal YDP Agong  yang terus beredar sejurus dengar hujah Nik Aziz didalam pertemuan tersebut. Jadi korang tentu fahamlah pasal apa baginda pun tak suka dengar apa yang Nik Aziz ceramahkan.

Apa-apapun, korang dengarlah sendiri video yang gua edit ni..., kalau korang nak dengar audio asli yang dibuat oleh Media PAS, korang pergi kat SINI.

Tapi gua tak galakkan korang dengar yang asal.., sebarang kemungkinan korang tanggung sendiri yee...

Selamat berhiburr...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online