BREAKING NEWS

Hanya kerana minyak masak...


Korang tahu tak apa yang dinamakan dengan kufur nikmat? Kufur nikmat ni sebenarnya adalah perangai yang tak tahu menghargai rezeki atau kemudahan yang dikurniakan oleh Allah swt.

Ramai manusia sekarang ni yang tergolong didalam kategori kufur jenis ni. Cuba korang tengok tabiat makan manusia zaman sekarang.., berlebih-lebihan sampai membazir.

Ada pulak yang jenis tak tahu nak hargai rezeki tuhan akibat dari perutnya yang buta akibat semata-mata nak cari untung.

Apa yang nak gua cerita kat sini ialah pasal krisis minyak masak yang ramai dok meroyan sekarang. Heran sungguh..., mana pi Pak Menteri yang sebelum ni beria-ia benar nak pantau harga dan juga operasi tauke-tauke cina sorokkan barang keperluan?

Mungkin Pak Menteri ni menyorok dalam kabinet dapur gamaknya kot? Tapi ini bukan isu kufur nikmat.

Yang kufur nikmat ialah sorang mamat ni yang beragama Islam dan berbangsa melayu tapi perangai tak mencerminkan agama dan bangsanya.

Islam menggalakkan kita amalkan bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Bangsa melayu juga penuh dengan adap sopan, prihatin kepada orang yang didalam kesusahan.

Tapi korang tahu tak apa yang mamat ni buat? Dia sebenarnya menjadikan kekurangan minyak masak sebagai alasan untuk membuang bertandan-tandan pisang dari kebunnya.

Baii..., kenapa lu buang itu pisang? Lu tak boleh fikirkah? Kenapa lu tak sedekah ke masjid ataupun lu balik suruh mak atau bini lu buat lepat? Lepat tak guna minyak baii...

Dan lepas tu, lepat-lepat pisang tu lu sedekah laa pada budak-budak di kampung lu ataupun lu letak saja di masjid. mesti ramai yang makan baiii...

Ini pun lu tak tahu fikir ke? Dah tua bangka pun masih bengap lagi rupanya. Inilah akibat asyik fikirkan untung jee..., amal jariah lu nak suruh sapa fikirkan? Takkan nak suruh Ismail Sabery fikir kot baii?

Korang tengok..., inilah contoh manusia yang kufur nikmat. Apa ke bengapnya pegi buang semua pisang tu? Bukankah rezeki tuhan yang patut dikongsi dengan sekalian makhluk? Apa la punya jenis pemikiran mamat sorang ni...


GEORGE TOWN - Seorang pekerja kebun pisang, Muhammad Yusof membuang beberapa tandan pisang yang busuk apabila peniaga pisang goreng tidak dapat membeli pisang yang ditempah ekoran kekurangan minyak masak sejak Sabtu lepas ketika tinjauan foto BERNAMA di sini, hari ini. Menurut pekerja itu, sebanyak 30 tandan pisang dibuang kerana busuk dan rosak sejak krisis minyak masak sejak Sabtu lepas. -Bernama

Hadi Awang adalah Ketua Mafia.


Apa kena mengena Hadi dengan Ketua Mafia? Sebenarnya tak ada kaitan langsung. Cuma ada ramai blogger anti Perpaduan yang gelarkan Presiden parti bulan ni macam tu sebab geng dorang kena belasah semalam dengan anak buah Hadi di Rusila.

Dah budak tu kuang ajo sangat maki orang ikut suka mak bapak dia saja, padanlah kalau kena bedal dengan mujahidin Rusila tu baii. Kalau dah sampai maki Presiden, hina Sultan, cerca para sahabat dan isteri Nabi..., memang patut sangat lah makan tapak kaki.

Sebenarnya ramai bloggers pro Pakatan ni yang anti perpaduan. Boleh dikatakan lebih dari separuh yang dok ada tu adalah dari kumpulan asalkan bukan UMNO. Yang tubuhkan kumpulan PAS Reform dulu tu, puak-puak ni lah.

Kononnya nak bawak perubahan dalam PAS, last-last..., buat perubahan jadi barua pencacai angkut Najis kepada DAP. Bagi dorang ni, Karpal tu lebih mulia dari Najib.

So, puak-puak ni yang menentang keras sebarang kerjasama diantara umat Islam dalam negara. Dorang ni lah yang jadi si Kitul dan Raja Mendaliar didalam PAS bagi meruntuhkan semua ukhwah Islamiyah yang dituntut oleh Islam.

Apa yang gua tengok, dorang ni lebih senang kalau PAS melacur dengan kafir DAP daripada parti bulan ni berkahwin dengan UMNO. Dan dorang ni akan sokong sesapa saja yang menentang UMNO tak kiralah kalau mat bontot sekalipun.

Korang nak tahu idola dorang ni sapa? Pok Nik lah sapa lagi... Sebab tu dorang ni marah sangat pada Hadi Awang dan juga Majlis Ulama PAS. Dorang juga tak boleh terima Harun Din kerana dia jugak sokong UG.

Malah, masa zaman Pak Lah dulu, dikhabarkan Harun Din lah yang ditugaskan bentang fail kerajaan perpaduan didepan Nik Aziz. Tapi Nik Aziz tolak mentah-mentah masa tu sebab terlampau teruja dengan Anwar. Korang boleh tanya Nasarudin kalau tak percaya cerita ni.

Sekarang ni puak-puak anti perpaduang ni mula meroyan lagi. Walaupun jumlah dorang ni kecil tak sampai 20% pun dalam PAS, tapi dorang nampak lantang kerana control media siber. Inilah cara dorang mempegaruhi anak-anak muda PAS supaya bencikan orang Islam lain selain ahli PAS.

Sebab tu dorang berani maki hamun Presiden sendiri macam si Aduka Taruna tu buat. Gua rasa dorang ni tak telan pil wala' tetapi dorang tersilap telan Pil kiwak!

Baguslah kalau dorang kata Hadi tu Ketua Mafia. Lepas ni, Hadi patut arahkan budak-budak Rusila tu belasah saja bloggers kimak ni semua. Bagi dorang tau sikit macam mana Presiden PAS punya power... Hahahaha.. (sumber)

Anak Pok Nik ditawar kontrak Highway Kelantan?


Gua tak tahulah anak Pok Nik yang mana satu tapi apa yang gua dapat tahu dari blog Tulang Besi, memang ada maklumat bahawa anak Pok Nik ditawarkan kontrak Lebuhraya Kelantan dibawah projek Pembangunan Koridor Timur.

Betul atau tak maklumat tu, korang kena pegi tanya kat budak Tulang tu. Korang carilah sendiri link blog dia yee...Yang gua musykil, kenapa pulak nak tawarkan kontrak Highway kat anak Nik Aziz? Baik bagi kat Husam sebab Husam lagi rapat dengan Nik Aziz tu.

Korang tahu tak bahawa Husam adalah umpama anak emas Nik Aziz di Kelantan. Sehingga pada satu ketika dulu, Husamlah yang paling layak menggantikan jawatan MB Kelantan kalau Nik Aziz turun dari kerusi MB tu.

Mengikut ulasan si Tulang ni, kontrak tu diberikan kepada anak Nik Aziz sebab nak suruh anak Nik Aziz tu pujuk bapak dia terima pelan Kerajaan Perpaduan. Hahh...kerajaan perpaduan lagiii...

Ini kerana, yang jadi penghalang plan Unity Government diantara PAS dan UMNO ni adalah Nik Aziz sendiri. Maklumlah, orang tua tu kan pernah beberapa kali menghalang isu perpaduan ni dibincangkan.

Malah, Nasharudin Timbalan Presiden PAS tu pun pernah kena halau keluar dari PAS oleh Nik Aziz hanya disebabkan bagi statement pasal Kerajaan Perpaduan ni dulu.

Gua heran satu perkara, kenapa dorang dalam PAS ni susah sangat nak berfikiran positif? Bukankah perpaduan tu dituntut dalam Islam? Dorang asyik melalak bahawa dorang tu parti Islam, tapi pada masa yang sama dorang jugak tolak apa yang Islam tuntut keatas umatnya.

Dorang ni gua tengok dah macam kepimpinan Mustafa Kammal Attatrturk di Turki la pulak. Dulu masa manusia sekular tu perintah Turki, pompuan boleh pakai tudung tapi diwajibkan pakai skirt. Sekular habis tu baii...

Macam tu lah jugak dengan segelintir manusia didalam parti bulan ni. Suruh ahli-ahli percaya bahawa parti dorang tu adalah parti Islam, tapi taknak pulak ahli-ahli dorang tu berkerjasama dengan umat Islam lain dalam negara.

Tapi, berkerjasama dengan si kafir yang tak kerat punai tu bolehlah pulak. Siap wala' lagi pada sorang kafir di Penang tu sebab dorang anggap dia sebagai setaraf dengan Khalifah Umar. Niamakahai punya pemikiran. Ada ke patut kafir disamakan dengan khalifah Islam?

Ini yang gua paling tak berkenan dengan PAS dari dulu lagi. Dorang lebih suka jadikan politik tu sebagai agama yang patut dilebihkan dari segalanya. Politik-politik lah baii...mana lu boleh lebihkan politik dari agama?

Walau apapun, gua tunggu je proses pelan perpaduan ni berjalan. Banyak info yang gua terima pasal agenda penyatuan melayu ni dikalangan NGO yang ada.

Kalau betul anak Pok Nik ni ditawarkan kontrak Highway kat Kelantan tu, ditambah pulak dengan kes menantu Pok Nik yang "disetelkan", gua rasa tak lama dah proses kerajaan campuran ni akan berlaku.

Sekarang ni pun kata si Tulang Besi tu, dah 50% didalam PAS menyokong Kerajaan Perpaduan dilaksanakan diantara PAS dan UMNO. 30% berkecuali dan 20% menentang. So.., korang tunggu je lah ye. Kita hanya mampu merancang baii...Tuhan jua akan tentukan semuanya...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online