BREAKING NEWS

PANASS!!! Blogger pro Pakatan kena pukul dengan pengikut PAS.


Ini berita yang gua baru terima, ada sorang blogger pro Pakatan yang memang terkenal dengan kuang ajo nya telah dibelasah dengan teruk oleh para pengikut parti bulan.

Korang mesti kenal punya blogger ni kerana dia pernah menggemparkan negara dengan tulisan di blognya yang menghina kemangkatan Sultan Johor.

Info yang gua dapat, budak ni sempatlah merasa kena penyepak dan juga penampo budak-budak yang memang dah lama berbulu dengan dia. Banyak yang tak puas hati dengan dia ni baii...Memang budak ni tak ada kesedaran sivik punyalah.

Seperti yang diceritakan, blogger ni kononnya nak tunjuk hebat pergi berdebat dengan Presiden PAS Hadi Awang. Kononnya nak marahkan Hadi pasal buat Kerajaan Perpaduan dengan Najib, tapi last-last dia yang kena buat "perpaduang" dengan tar jalan.


Belum sempat dia jumpa Hadi, dia terpaksa berkenalan dengan tapak kaki dan penumbuk budak-budak PAS dulu..Padan muka lu baii.. Dengan bebudak cap keris dulu bolehlah lu main-main. Dorang bukan makan pil wala' macam budak-budak Rusila tu..

Sekarang, lu rasalah sendiri betapa powernya pil wala' cap Hadi Awang...Hahahaha.

Apalah punya bingai blogger pro Pakatan sekor ni. Setakat baru dapat tiket ke syurga Nik Aziz.., dia ingat dah kebal ke boleh main langgar orang sesuka hati? Lu ingat Nik Aziz sorang je ke yang ada pengikut? Hadi lagi ramaiii pengikut dia baiii.

Sekarang ni budak blogger tu dikhabarkan masih di tahan oleh para pengikut PAS di Rusila. Henpon dia semua kena rampas so tak bolehlah dia nak mintak tolong Polis suruh selamatkan dia.

Lagipun, dia ni selalu kata Polis tu anjing kerajaan.., so padanlah dengan muka dia kann.. Nasib lu lah baiii....

Baekkk punya konarr!!! Mahfuz mula jilat Rais pasal kes rogol amah Indon.


Bila orang dok kecoh di blog pasal kes tuduhan Pak Menteri rogol amah, dia ni pun mula lah menyelit sama buat kenyataan bodoh dia.

Menyibuk betullah mangkee sekor ni. Macam lah tak ada muka lain wartawan Harakah tu nak ambik kenyataan.., asyik-asyik si Yb SRP dari Pokok Sena ni.

Bila dah terdedah dakwaan rogol amah tu adalah fitnah, malah minah Indon tu sendiri mengaku dia tak pernah kena rogol pun seperti yang media Indonesia laporkan, Mahfuz mula buat U Turn dalam statement terbarunya tentang isu ni.

Dalam Harakah hari ni, dia ni menggesa supaya Rais saman blogger Rocky Bru kerana jenglot ni lah yang mula-mula sebarkan fitnah pasal ada menteri yang merogol maid Indon.

Ini bertujuan untuk membersihkan nama Rais kononnya kata Mahfuz.

Korang nampak tak macam mana mangkee ni nak buat U Turn? Gua memang respek kat dia ni pasal skill dia dalam bab putar belit. Itu lah kelebihan Mahfuz...

Dari dulu masa dia jadi drebar forklift kat airport.., hinggalah sekarang ni menjadi YB, dia memang cukup terer merapu dan pakar spin! Korang kena berguru kat dia kalau nak terer dalam bab tu.

Alooo Mahfuz.. takkan lu suruh Rais saman blogger Jenglot tu sorang jee..? Kaki fitnah lain lu taknak suruh saman jugak ke? Harakah, MalaysianInsider, MalaysiaKini dan juga bloggers jembalang tanah cap bulan lu semua tu nak taruk mana?

Dan patutnya, Rais saman si Mahfuz ni sekali. Masa awal-awal dulu bukan main lagi Mahfuz desak Najib campurtangan dalam kes ni. Siap suruh Najib ambil tindakan keras kat Rais lagi pasal Menteri Kabinet tu terlibat dalam kes rogol.

Sekarang ni mangkee yang bernama Mahfuz ni baekkk punya konar pasal takut terkantoi bahawa dia lah yang jadi tukang sebar fitnah selepas isu ni didedahkan oleh blogger Jenglot. Keji punya orang!

Nasib baik gua tak dijemput pergi jumpa Rais hari tu. Kalau tak gua mesti dah cadangkan supaya saman saja si Mahfuz ni berserta kitab PAS Harakah tu sekali pasal menjaja fitnah bagi menghasut rakyat.

Pandai mahfuz buat U Turn. Dia nak berlakon baik lah tu kononnya. Jilat pun jilatlahh baii asalkan tak kena saman.

Pejabat Shuhaimi penderhaka disimbah darah????

Gambar hiasan je ni...

Opsss...bukan disimbah darah daa...sebenarnya disimbah cat merah.. Metafora je semua tu.., saja je gua nak buat gempar sebelum pergi solat Jumaat ni. Tak ada kerja orang nak cari darah untuk simbah kat pejabat si penderhaka tu baii...

Gua dapat tahu pagi tadi lagi pasal pejabat Shuhaimi Adun Sri Muda ni kena simbah cat merah. Macam kes hutang Ah Long pulak main simbah-simbah cat merah ni yee... Mungkin Shuhaimi ni ada pinjam Ah Long jugak kot?

Tapi yang herannya, sampai sekarang waktu gua tulis artikel ni, tak ada pulak report Polis yang dibuat oleh balaci-balacinya. Kenapa lu tak lapor baii? Lu dah tak percaya kat Polis ke pasal Polis dah tangkap si Shuhaimi tu?

Kalau tak lapor Polis, lu nak laporkan kat sapa? Takkan lu nak lapor kat SPRM kot baii? SPRM mana siasat kes pinjam duit kat Ah Long, dorang siasat kes buat rumah juta-juta jee...

Gua percaya, perbuatan simbah cat ni mesti ada kaitan dengan kenyataan bangang Shuhaimi yang suka hati mak bapak dia kutuk Sultan Selangor hari tu. Hahhh...padan muka lu baii. Bukan saja kena tangkap Polis, sekarang ni pejabat lu pulak kena simbah cat. Bukan senang nak cuci tuu..

Itulah...orang tua-tua dah cakap..., terlajak perahu boleh undur, terlajak taip dalam blog, lu susah la baii...tangkap pun kena, simbah cat pun kena...Hahahaha

Lain kali jangan main suka-suka je hina Sultan. Ni benda sensitif baii. Lu patut ingat bahawa lu duduk dalam negara yang ada Raja. Dan menderhaka pada Raja tu membawa padah. Lu jangan ingat isap dadah je bawa padah..., derhaka pun sama jugak tau kesannya.

Lu sekarang duduk di Tanah Melayu yang ketuanya adalah Raja-Raja melayu. Kalau lu atau sapa-sapa dalam negara ni yang tak suka dengan keputusan Raja, lu semua boleh berambus menetap di Burundi atau Malawi sebab kat sana tak ada Raja. Ada faham!!

Sekarang ni lu dah kena tahan dengan Polis. Pejabat lu pun orang dah simbah cat. So bila pulak agaknya lu nak minta maaf pada baginda Sultan Selangor wahai Shuhaimi? Takkan nak suruh Sultan hantar jemputan rasmi pulak? Lu tak reti-reti nak mengadap baginda ke?

Gua harap lepas ni budak Shuahimi ni akan insaf lah ye..Jangan nakal-nakal sangat pasal nak tunjuk Hero je kat Anwar tu. Tak ada faedahnya punnn.. lagi baik tunjuk hero kat bini di rumah.. Untung-untung boleh dapat upah...wohaaa...

Husam ada rahsia besar pasal kes rogol amah ?


Sekarang ni kes kononnya Pak Menteri rogol amah yang mulai sensasi didalam dunia maya menjadi semakin menarik. Spekulasi ala-ala gampang sudah mula bertebaran didalam blog-blog pro kerajaan mahupun pro pembangkang.

Semalam, sekumpulan blogger elit telah pergi berjumpa sendiri Pak Menteri tersebut bagi mendapatkan penjelasan dia sendiri berhubung kes ni. Dahsyat jugak ye bloggers-bloggers tu boleh serbu terus ke rumah Pak Menteri.

Mengikut apa yang disampaikan pada gua, Pak Menteri ni mendedahkan tentang ada sorang wakil rakyat PAS iaitu Husam yang lebih tahu mengenai tuduhan rogol amah ni.

Husam dikhabarkan dah berjumpa dan interview sendiri amah yang kena rogol tu pada tahun 2007. So, takkan lah bila kes ni heboh, Husam boleh diamkan diri macam tunggul di Salor nun?

Kenapa dari tahun 2007 sampai sekarang, Husam tak bising langsung pasal kes ni? Kalau betullah Pak Menteri tu rogol amah, mesti Husam and the gang meroyan masa PRU12 dan jugak setiap PRK yang berlangsung.

Peliknya, Husam boleh pulak diam membisu dan langsung tak ada respon. Korang tak rasa ada something wrong ke dengan Husam ni? Mesti dia ada sorok sesuatu kannn...

Gua pernah jumpa Husam dua tiga kali masa gua bermastautin di Parlimen dulu. Last sekali gua jumpa dia masa kempen di PRK Sibu. So, gua boleh agak lah dia ni macam mana sifatnya.

Walaupun Husam jenis low profile sikit, tapi dia takkan biar punya kalau dapat tau Menteri UMNO buat salah. Dia mesti hentam kaw-kaw punyalah baii...

Tapi gua heran bila dia diamkan kes ni macam ada benda yang tak lepas. Gua tak tahulah sama ada Pak Menteri tu dah kowtim dengan dia ataupun memang amah tu sengaja buat cerita pasal rogol ni kan. Gua harap Husam boleh explainlah.

Dan pasal puak pembangkang yang meroyan tak ingat dunia tu, lu semua patut pergi jumpa Husam macam yang group bloggers elit pro government jumpa Pak Menteri yang dituduh rogol.

Setakat meroyan sambil copy paste statement M'siaKini dan M'siaInsider, tak gunalah baii..

Sekarang ni gua tunggu Husam punya penjelasan pulak. Gua nak tengok macam mana juak-juak pembangkang punya spin lepas ni.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online