BREAKING NEWS

Din Puduraya overdosed tertelan pil wala'.


Kenapa pulak naib presiden PAS sorang ni meroyan sangat bila tau Pak Lah nak satukan UMNO dengan PAS? Apa yang tak kenanya dengan mewujudkan perpaduan didalam negara terutamanya didalam bab-bab bangsa melayu dan Islam sendiri?

Dalam kitab sendiri ada sebut benda ni. Bukan orang suka-suka hati saja nak reka cerita baii...

" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu dan Bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat".
( surah al-Hujurat : 10 )

Ni la lagi satu contoh pemimpin yang nak jadikan politik sebagai satu agama. Kalau dia berpolitik ikut garisan agama, dia takkan jadi macam ni baii. Dah overdosed telan pil wala' gamaknya sebab tu lah dia marah sangat bila dengar ada benda baik sedang diusahakan.

Keji betul permainan politik Salahuddin Ayub @ Din Puduraya sebagai salah seorang Naib Presiden parti bulan. Kalau ya pun Pak Lah berusaha nak satukan UMNO dengan PAS, kat mana yang Din Puduraya ni sakit sangat?

Sakit hati kot gamaknya pasal dia tak diajak sekali pi mesyuarat tu?

Macam manalah hang jadi pemimpin ni Din oii sampai bangang tahap ni..? Kata mengamalkan konsep politik Islam didalam parti bulan, tapi bila sampai bab penyatuan ukhwah, hang failed baiii...

Macam gampang saja bila manusia-manusia macam Din Puduraya ni mengaku sebagai pemimpin Islam dari parti Islam tulen. Takkan dia tak tau kot yang Islam sendiri suruh umatnya bersatupadu dan jugak berkerjasama didalam sebarang hal termasuklah politik.

Tapi si mangkuk hayun ni tak suka pulak bila ada yang nak berkerjasama mewujudkan perpaduan dikalangan bangsa dan agama sendiri. Inilah yang dikatakan bodoh mengalahkan tiang letrik. Melantun-lantun pulak tu...

Macam mana lah manusia macam ni boleh menang pilihanraya? Mesti pengundi yang pilih dia tu pun sama je tiang letriknya.

Elok mangkuk ni diletakkan satu kandang dengan Mahfuz. Lepas tu hantar ke Mogadishu bagi kawan dengan babun. Memang dah tak boleh blah langsung pemikiran dan tahap permainan politik dua ekor binatang politik ni...

PANASSS!!! Kenyataan rasmi Nik Aziz tentang pertemuan bersama UMNO.


Korang baca betul-betul dan nilaikan sendiri apa yang Pok Nik cakap ni. Kenapa dia nak berahsia sangat pasal perbincangan tentang pertemuan antara YDP Agong, Pemimpin UMNO dan juga Pemimpin PAS?

Sebelum ni, kalau sebut saja pasal kerajaan perpaduan, mesti meroyan tak ingat dunia punya orang tua ni. Tapi kali ni nampaknya dia lebih kool selepas berjumpa dengan Hadi Awang tadi.

Apakah ini tanda-tanda bahawa genjatan senjata serta perang dingin UMNO dan PAS akan berakhir? Lagipun, bila YDP Agong dah campurtangan, mesti bukan kecik punya hal baii..

MPP tengok dah makin ramai puak-puak pencacai PAS yang meroyan pasal isu Kerajaan Perpaduan ni. Punyalah menyumpah depa bila tau ada lagi usaha untuk wujudkan penyatuan bangsa melayu didalam politik negara.

Adalah dinasihatkan kepada semua pencacai PAS yang tak suka tu, bolehlah berambus masuk PKR atau DAP. Lepas tu bolehlah join senamrobik dalam masjid yang diketuai oleh Teo Nie Ching.




Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS



Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.


“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

Hadi dan Nasha akan dapat jawatan di Putrajaya kalau PAS keluar PR.


Wohaa...ini sudah berita panas... Ada cerita sudah mengatakan bahawa Presiden PAS dan Timbalannya mengadakan satu pertemuan sulit mengenai isu kerajaan perpaduan. Dalam perjumpaan ni, Presiden UMNO dan juga Timbalannya pun ada berserta YDP Agung.

Yang menariknya, ada sumber yang bagitau bahawa Hadi dan Nasharudin akan diberikan jawatan penting dalam pentadbiran Putrajaya jika PAS menerima pelan perpaduan dengan UMNO dan keluar dari Pakatan.

Tapi, Nik Aziz tetap tolak cadangan kerajaan perpaduan yang dibincangkan mungkin pasal nama dia tak disebut untuk terima jawatan apa-apa didalam Putrajaya. Huh...gila jawatan betullah orang tua ni..

Ini bukan main-main baiii..., korang boleh baca cerita ni kat SINI dan SINI. Anwar mesti terbako dengar benda ni weii... Silap hari bulan, lari pulak menyuruk di Kedutaan Turki mamat kaki bontot tu.

MPP berdoa sangat benda ni jadi kenyataan. Kalau kerajaan perpaduan ni jadi kenyataan, bangsa melayu jugak yang untung banyak baii..Cina dah lama buat "unity government" dorang tapi ramai yang tak sedar.

Korang tengok je lah bagaimana DAP, MCA dan Gerakan. Walaupun dorang nampak di lain-lain parti, tapi sebenarnya dorang tu semua pakat-pakat nak rebut kuasa politik dalam negara.

Sekarang ni kalau ada pilihanraya, semua dok target undi cina. Pasal apa? Pasal dorang sekarang ni menentukan kuasa. Undi melayu tak boleh harap sangat pasal bangsa melayu kita ni berpecah belah..., dok ingat politik ni macam agama.

Sebab tu lah MPP kata politik ni bukan agama untuk kita wala' gila babi sampai tak ingat nak mati. Politik ni yang untung orang atas saja baii... rakyat tetap rugi tak kira lagu mana pun. Kalau nak untung cuma time pilihanraya saja. Tu pun sikittt saja untungnya.

Jadi, kalau ada usaha nak buat kerajaan perpaduan diantara UMNO dengan PAS, MPP setuju banget. Pasal Pok Nik yang dok asyik tak setuju tu.., pergi mampos sama dia.

Orang tua tu dah tak lama nak masuk muzium prasejarah dah. Dia pun dah nyanyuk tahap gaban sampaikan kumpulan Waliband tu pun dia ingat kumpulan nasyid. Sebab tu dia jemput depa buat konsert di Kelantan baiii. Hahahaha...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online