Tahniah kepada Datuk Khusrin kerana memulakan dengan rasminya kerjayanya sebagai SUK Selangor yang baru hari ni. Ketibaan Khusrin ni pasti membuatkan seluruh gerombolan Pakatan di Selangor panas punggung.
Takut sungguh puak-puak ni dengan Khusrin. Mesti banyak rahsia besar penyelewengan mereka yang disembunyikan dan takut terbongkar jika Khusrin ni dibiarkan jadi SUK.
Patutlah nama yang paling atas Khalid gagap cadangkan pada Sultan ialah Xavier. Kalau SUK dari kalangan kroni sendiri, senanglah mereka nak kowtim apa-apapun.
Pasal tu lah mereka meroyan sangat bantah perlantikan Khusrin sehinggakan ada yang sanggup kata Sultan Selangor EGO kerana tak mahu campurtangan.
Dan hari ni, Khalid gagap dah pi jumpa Sultan, tapi dia pulang hampa kerana Sultan pun tak mahu tolong dia. Lepas tu dia cuba pulak nak salahkan UMNO pasal batalkan kuasa Raja.
Khalid oii...kalau Sultan Selangor ada kuasa sekalipun, baginda mesti takkan ikut cakap hangpa punyalah. Dulu semua pembangkang bukan main hentam Sultan masa kes Nik Aziz kata boleh berpolitik didalam masjid.
Lepas tu puak-puak Pakatan semua marah kat Sultan pasal isu Teo Nie Ching bertazkirah dalam surau di Kajang Sentral. Sekarang bila terdesak, pandai pulak mangkuk hayun semua ni cari Sultan nuu... Banyak cantik!!!
Sekarang Khusrin dah masuk ke pejabat SUK.., tunggulah saja pendedahan demi pendedahan tentang salah laku yang dibuat oleh kerajaan Pakatan selama hampir 3 tahun memerintah Selangor.
Khusrin umpama mimpi ngeri buat seluruh gerombolan yang dikepalai oleh Khalid Ibrahim di Selangor. Mesti hari-hari mereka selepas ini takkan seceria dulu lagi. Nak curi pasir pun susah laa lepas ni...hahahahaha....
Tak malu betullah si Pok Nik ni.., asyik nak cari populariti murahan je kerjanya. Dulu cari publisiti murahan dengan panggil artis seperti Amy Search buat konsert di Kelantan. Sampai nangis-nangis dia berlakon nak tarik perhatian.
Malam tahun baru, kerajaan negeri dia jemput pulak Wali Band buat konsert hiburan di negeri serambi mekah. Kumpulan ni dijemput khas hanya pasal nama dorang Wali je.., kalau tak jangan mimpi laa.
Hari ni, Pok Nik yang gila publisiti ni menempek pulak kat penjaga gol kebangsaan yang baru balik dari Indonesia. Maklumlah, kan si Khairul Fahmi sekarang ni tengah popular.., jadi Pok Nik nak tumpang sekaki lah tu..
Kononnya dia nak buat sambutan kepulangan wira-wira negara, tapi kenapa penjaga gol tu sorang saja yang dipanggilnya? Kenapa tak panggil pemain-pemain skuad Harimau Malaya yang lain?
Kononnya Pok Nik janji nak bagi rumah sebuah kat penjaga gol ni sebagai hadiah. Baguslah tu buat sedekah, tapi bagaimana dengan rumah-rumah untuk rakyat miskin di Kelantan? Semua dah Pok Nik dan kerajaan negeri setelkan ke?
Inilah yang dinamakan double standart kepimpinan Nik Aziz di kelantan. Dia hanya tunjuk baik bila dapat pulangan sesuatu dari pelaburannya. Kalau tiada kepentingan politik, mampus dia takkan ambil peduli.
Semua yang dibuat oleh Nik Aziz ni hanyalah semata-mata kerana populariti semata-mata. Bagi rumah kepada rakyat miskin tak dapat populariti, sebab tu lah dia buat bodoh saja.
WANG kertas dengan ungkapan "Selamat Tinggal Semua" ditemui di rumah keluarga Zainab Sulaiman, 73, di Kampung Bunga Emas, Penambang, dekat Kota Bharu, Kelantan, kelmarin. Ia dipercayai ditinggalkan makhluk halus yang mengganggu keluarga berkenaan sejak seminggu lalu.-BH
Pandai sungguh hantu di Kelantan nuu..., dah pandai menulis dibawah kepimpinan wali PAS Nik Aziz. Inilah hasil keberkesanan dan berkat bila Nik Aziz kawan dengan setan.
Bukan kita nak bohong, Pok Nik sendiri mengaku yang dia sanggup kawan dengan setan. Mungkin dia dilantik jadi pengetua sekolah bagi seluruh setan-setan di Kelantan. Tu yang semua setan di negeri tersebut bijak-bijak belaka sampai boleh menulis.
“Kira-kira jam 3 petang semalam, saya terjumpa sekeping wang kertas bernilai RM10 yang tercatat dakwat merah ditulis perkataan ‘Selamat Tinggal Semua’ dipercayai dilakukan oleh makhluk halus itu,” katanya kepada pemberita.
Kalau Najib ada 1 Malaysia, rakyat didahulukan.., Nik Aziz dah ada PAS untuk Semua, setan pun takpa.... Nampaknya konsep 1 Malaysia Najib pun tak boleh lawan yang Pok Nik punya.
Cayalah Pok Nik... Selepas dia ajar beruk-beruk pakai serban dan lembu-lembu pakai jubah dalam PAS, sekarang ni hantu setan pun dia berjaya ajar menulis.
Lepas ni boleh lah puak-puak hantu Kelantan buat blog dan main FaceBook pulak. Habislah juak-juak pengikut PAS yang ada blog tu tak boleh cari makan.
Kalau setakat copy & paste macam yang dorang buat selalu tu, hantu setan Kelantan pun boleh buat laa... Hahahahaha...
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.