BREAKING NEWS

We are the Champion. Pengikut2 PAS halalkan RTM malam ni kerana bola.


Bravo, syabas, tahniah, terima kasih dan macam-macam lagilah untuk korang semua didalam Skuad Kebangsaan Malaysia. Korang memang superb!

Walaupun ramai rakyat Malaysia yang hampir sakit jantung akibat berdebar tengok game tadi, akhirnya Malaysia berjaya jugak merangkul Piala Suzuki ni.

Tak kisahlah kita tewas tipis di Gelora Bung Karno (GBK) tadi, Malaysia tetap hebat kerana bawa pulang Piala setelah menanti selama 14 tahun.

Respek betul kepada semangat pemain-pemain kita, walaupun terpaksa berhadapan dengan penyokong fanatik Indonesia yang berdemo didepan hotel penginapan, lepas tu terpaksa pula masuk stadium dengan menaiki kereta perisai.., mereka tetap hebat diatas padang. Kalau orang lain, mau beku kaki dibuatnya.

Tahniah jugak buat Rajagopal. Balik ni ada can dapat pangkat Datuk. Terima kasih kerana berjaya mengatur strategi yang baik kepada anak-anak muda negara.

Dengan kemenangan Piala Suzuki ini, bolehlah kita hempuk piala tersebut atas kepala Al Juburi yang merupakan penyokong kuat Indon. Anwar mesti meroyan sakan malam ni.

Yang pastinya, semua pengikut-pengikut PAS dah halalkan RTM untuk mereka tengok bola malam ni. Hahahaha...lepas ni jangan lupa haramkan balik ye....

Gobalakrisnan nak hantam Anwar cukup-cukup..


Mengamuk betul nampaknya Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrishnan, yang banyak kuat berlakon pada ketika dahulu, marah dekat Ketua Pembangkangnya, Anwar. Dahulu menghempas pulas nak kelentong rakyat dengan lakonan hebat yang dibuat semasa ditahan pihak Polis kerana buat ribut dan kelam-kabut.

Sekarang ni Gobalakrishnan nak Setiausaha Agung Parti, Saifuddin Nasution merujuk Anwar ke Jawatankuasa Disiplin pula. Hebat betul Gobala ni nak mengheret Ketua Pembangkang, Anwar ke Jawatankuasa disiplin kerana kurang memberi perhatian terhadap kaum India katanya.

Naik Angin betul Gobalakrishnan kerana setelah 12 tahun beliau serta pimpinan parti yang lain bekerja keras dalam perjuangan parti akhirnya di persia-siakan oleh Ketua Pembangkangnya, Anwar. Tidak cukup dengan mengheret Anwar ke Jawatankuasa Displin, Gobalakrishnan menghentam, mengecam dan mengkritik kepimpinan Anwar dan Timbalan Presiden baru PKR, Amin Ali dalam akaun Twitternya.

Baca seterusnya disini...


Hahaha...baru Gobala ni tau yang Anwar tu tak boleh pakai punya kaki.. Itu lah...dah ramai yang lari dari PKR sebab Anwar.. Memang dah sah Al Juburi ni tak boleh percaya.

Eloklah Gobala ni keluar dari PKR. Tak payah nak suruh si Saifuddin tu ambik tindakan terhadap Anwar. Takkan Gobala ni tak tau yang Saifuddin tu kan penjilat tegar Anwar.., so dia mesti masuk belah Anwar punyalah.

Gobala kalau keluar PKR, bolehlah join Zaid masuk parti KITA. Lepas tu bolehlah lawan Anwar sepuas-puasnya macam geng Konsesus Bebas tu. Kasi hantam sama itu Anwar cukup-cukup. Bikin tagteam sama itu Nalakarupan.., baru Anwar tau siapa Sivaji The Bosss....

Wali PAS minat Wali Band?


Kenapa kerajaan negeri Kelantan menjemput kumpulan muzik Wali Band dari Indonesia untuk buat konsert di Kota Baru sempena malam sambutan Tahun Baru? Adakah kerana kumpulan dari seberang ini popular dengan dua tiga lagu berunsur dakwah ataupun kerana Nik Aziz sendiri minat dengan perkataan “wali” pada kumpulan tersebut?

Kalau hendak diberikan alasan berhibur sambil berdakwah, mengapa tak jemput saja kumpulan-kumpulan nasyid yang berlambak didalam dunia hiburan negara? Dah sah kumpulan nasyid tersebut akan menyanyikan lagu dakwah dan amat kurang sekali lagu-lagu cinta.

Kumpulan Wali Band dari Indonesia ini popular kerana lagu-lagu cinta mereka. Takkanlah Nik Aziz dan juga pemimpin PAS Kelantan sudah beralih minat mendengar lagu-lagu cinta pula? Ada sahabat Spy dengan sinis mengatakan, “Nik Aziz panggil kumpulan Wali band kerana nama kumpulan tersebut, bukan kerana lagunya”. Betul jugak tu…. Mungkin kerana Nik Aziz digelar “wali PAS”, maka dia kena dengar lagu dari kumpulan wali juga.

Dan Spy terfikir, kalau nak diikutkan kata sahabat Spy pasal teorinya jemputan Wali band tu ke Kelantan.., tahun depan mesti dijemput pula kumpulan Dewa yang popular di Indonesia tu. Ini kerana, Nik Aziz bukan saja dinaik taraf jadi “wali” buat pengikut PAS Kelantan, dia juga amat di”dewa”kan oleh ahli-ahli PAS seluruh negara. Jadi, kumpulan Dewa tu memang sesuai buat persembahan didepan Nik Aziz.

Spy lihat, Kelantan di bawah pimpinan PAS sekarang ni makin liberal dan sekular. Kelantan sekarang ni dah tak macam dulu lagi. Tahun lepas pihak kerajaan negeri dah “halalkan” Konsert Jom Heboh di negeri tersebut. Dulu bukan main lagi kata konsert anjuran TV3 ini haram kerana bercampur lelaki dan perempuan. Dan sekarang ini, bakal menyusul pula konsert malam Tahun Baru.

Adakah lelaki dan perempuan akan diasingkan didalam konsert tersebut? Sebelum ni, petugas Amal PAS bukan main lagi kata para penonton akan dipastikan tak duduk bercampur bagi mengelakkan maksiat. Kalaupun tak bercampur di konsert, bagaimana pula waktu pulang dari konsert tersebut? Adakah petugas-petugas amal PAS akan hantar sorang-sorang anak dara Kelantan balik kerumah masing-masing?

Konsert sebegini dah tentunya akan habis pukul 11-12 malam. Tak terfikirkah Nik Aziz dan pemimpin PAS bahawa lagi haru jika anak-anak muda Kelantan ber”couple” balik dari konsert tersebut? Ntah ke mana mereka akan singgah sebelum sampai dirumah nanti.

Menariknya, kalau negeri-negeri lain cuma mengadakan sambutan sehari sebelum Tahun Baru, Kelantan pada tahun ini lebih hebat. Mereka menganjurkan Program mega selama 2 hari yang berlangsung pada 30 & 31 Disember 2010 meliputi Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV. Dan program sambutan ini dijalankan kononnya berdasarkan untuk kutipan derma bagi rakyat Palestin.

Nak tergelak juga rasanya, kenapa sibuk-sibuk nak kutip derma untuk Palestin? Tiada lagikah rakyat negeri Kelantan yang hidup susah dan miskin? Rasanya masih banyak rakyat Kelantan yang daif serta hidup dalam keadaan serba kekurangan. Kenapa tak dikutip derma dan diberi bantuan kepada golongan ini saja?

Inilah yang dikatakan “anak kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan”. Perumpamaan ini amat sesuai dengan pentadbiran Nik Aziz di Kelantan. Didalam negeri sendiri banyak rakyatnya yang hidup merempat, tetapi dia dan pemimpin PAS lebih utamakan pula rakyat Palestin.

Itupun belum tahu kutipan derma tersebut sampai atau tidak.., entah-entah, jadi macam Tabung Memali dan KOHILAL juga akhirnya.


Ehsan Spy Leman (myKMU)

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online