Bravoo!!! Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya menewaskan pasukan kesayangan Anwar 3-0. Dikhabarkan, Anwar berguling sambil pegang bendera didepan rumahnya tadi sebagai protes kekalahan pasukan Indon kepada Harimau Malaya.
Dengan hanya bersinglet dan berkain pelekat, Anwar diberitakan berbaring sambil memegang bendera Indonesia sebelum berjaya dipujuk dan ditenangkan oleh Azmin. Aikk? Kenapa Azmin? Mana Wan Azizah?
Sebenarnya, Kak Wan dikatakan menyokong kuat pasukan Malaysia dan mengejek Anwar setiap kali pasukan negara menjaringkan gol. Ini yang menyebabkan Wan Azizah tak dibenarkan memujuk Anwar yang merajuk.
Dan Azmin terpaksa dipanggil bagi mententeramkan Anwar yang meroyan sakan bila pasukan kesayangannya kalah, ditambah pulak dengan ejekan dari Wan Azizah. Inilah yang menyebabkan hati Anwar bertambah lara.
Macam mana pun, padan muka Anwar kerana Malaysia menang. Dulu bukan main Anwar dan geng nya menghasut rakyat Indon supaya membenci negara. Dan nama Malaysia selalu diburukkan oleh Anwar jika dia berkunjung ke Jakarta.
Terima kasih pemain-pemain bolasepak Malaysia kerana menolong jutaan rakyat negara ini membalas penghinaan Anwar dengan mengalahkan pasukan Indonesia. Kemenangan ini amat berharga buat semua yang anti kepada Anwar!
Pasukan Harimau Malaya..., korang memang superb! Semoga korang berjaya menang di stadium Bung Karno nanti. Seri pun jadilah. Bawa pulang piala untuk kita hempukkan keatas kepala pengkhianat negara si Anwar Ibrahim!
Hidup Harimau Malaya!!! Malaysia Bolehh!!! Anwar pun bolehhh.....boleh blahhhh!!!
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) menyeru kepada mana-mana belia, pemuda dan sesiapa sahaja yang menerima Helmet 1 Malaysia yang di "hadiah"kan kepada mereka pada 17 & 18 Disember yang lalu agar berhati-hati kerana perkara berikut;
1. MAMPAT mendapati pada helmet tersebut tidak terdapat tanda / logo SIRIM. Ini bermakna, helmet tersebut tidak melalui ujian khusus/khas ketahanan dan keselamatan. MAMPAT khuatir, helmet tersebut di buat tanpa kualiti dan diimport dari China sebagaimana e-book yang dibekalkan kepada pelajar-pelajar sebelum ini.
2. MAMPAT juga mendapat laporan daripada pengguna yang menggunakan helmet tersebut bahawa, telah ada helmet yang "TERBELAH 2" apabila jatuh terembas di adat simen.
Oleh itu, MAMPAT memohon kepada sesiapa yang bermurah hati untuk memberikan 10 unit helmet yang diterima bagi membolehkan MAMPAT membawa helmet-helmet tersebut untuk diuji di makmal yang diiktiraf.... hanya 10 unit sahaja diperlukan.
Hari tu depa meroyan pasal logo 1 Malaysia di Selangor. Kat Penang sekarang ni pun diharamkan juga 1 Malaysia ni oleh kalipap Guan Eng.
Hari ni puak-puak Pakatan meroyan lagi bila nampak helmet 1 Malaysia di Terengganu pulak. Takut sungguh rupanya depa dengan logo 1 Malaysia ni. Dah serupa macam hantu raya jumpa bomoh lagaknya.
Hebat penangan logo dan slogan ciptaan Najib hinggakan penyokong dan pemimpin Pakatan "terbakar" hanya melihat gambar 1 Malaysia. Kira memang berkesanlah cara Najib ni ye.
Hari ni, budak-budak kecik pun dah tahu apa dia 1 Malaysia. Orang-orang tua di ceruk kampung pun dah biasa sebut "satuuu.. Malaysiaa". Laungan take berrrr PAS serta reforbasiii Anwaar semakin tenggelam dengan slogan Najib. Itu yang depa tak boleh tahan.
Sebab tu lah depa semua meroyan dan dihinggapi sawan. Semuanya hanya kerana 1 Malaysia punya penangan.
Kerajaan telah meluluskan bonus insentif kepada peneroka sebanyak RM100.9 juta bagi menghargai sumabngan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah Negara.
"...Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara..."
Pembayaran Bonus Intensif Produktiviti Peneroka 2010 tersebut akan dibuat di Pejabat Rancangan bermula Januari 2011.
Inilah bukti bahawa FELDA tak mengabaikan kepentingan para peneroka. Dan para peneroka yang kononnya dianiaya seperti yang didakwa oleh Mazlan Aliman, sebenarnya lebih bertuah dari kebanyakan penduduk didalam negara ini.
Peneroka FELDA dijaga bagaikan anak emas oleh pihak kerajaan melalui FELDA. Banyak faedah yang diperuntukkan kepada peneroka yang tak dapat dinikmati oleh orang lain.
Tetapi, inilah yang membuatkan individu seperti Mazlan Aliman ini tak puas hati. Sifat dengkinya membuak-buak apabila melihatkan kejayaan peneroka-peneroka lain dikawasannya sedangkan dia sendiri tak mampu berjaya. Nak berjaya macam mana kalau asyik nak mengata orang tapi malas berkerja.
Mazlan juga anak peneroka dan dia sendiri memangpun peneroka di Felda. Kenapa dia marah sangat kepada pihak FELDA dan kerajaan? Ini disebabkan dia tak mampu senang lenang menerusi FELDA sedangkan para peneroka lain mampu berjaya.
Jadi, dia membuat bising kononnya pihak FELDA mengabaikan peneroka dan juga menindas peserta FELDA. Semuanya hanya disebabkan perangai busuk hatinya dan mahu menutup kelemahan dirinya sendiri yang tak mampu berjaya.
Tambah-tambah pula apabila dia menyertai parti yang penuh hasad dengki seperti PAS. Makin tebal lah irihati si Mazlan ni terhadap kejayaan FELDA memacu ekonomi peneroka. Inilah yang ramai terlepas pandang.
GEORGETOWN: Polis menahan 23 pelayan pelanggan (GRO) warga China dan seorang warga Vietnam dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney di sini malam tadi.
Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata pusat hiburan itu jelas tidak serik-serik menjalankan kegiatan tidak bermoral walaupun sudah 21 kali diserbu polis tahun ini.
Beliau berkata dalam serbuan Ops Noda pada kira-kira 11 malam itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga pusat hiburan berkenaan. - Berita Harian.
Makin meriah nampaknya Hub Maksiat di negeri Kalipap Guan Eng. Depa semua makin berani beroperasi walaupun dilaporkan dah 21 kali diserbu oleh pihak berkuasa.
Mana puak-puak ni nak takut, kan depa semua dinaungi oleh kepimpinan cekap, adil dan telus Kalipap Lim Abdul Aziz.
Patutlah ramai puak-puak cina suka kalau DAP perintah negeri, rupanya dibawah pemerintahan parti komunis ni, lagi senang bapak-bapak ayam dan tauke Pub berniaga. Dulu masa BN perintah susah nak cari makan sebab BN kacau kuat.
Inilah yang juak-juak PAS dan PKR katakan kepimpinan mesra Islam. Dan mesti juak-juak PAS kata semua pusat hiburan ni hanya untuk bukan Islam. Jadi bukan salah Kalipap Guan Eng laa..
Kalau tanya Guan Eng, dia mesti jawab tak tau. Yang dia tau cuma macam mana nak songlap tanah negeri dan juga macam mana nak sapu duit rakyat saja.
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.