BREAKING NEWS

Kelantan nak buat kilang sampah baru..., sampah lama bila nak buang?


Exco Kelantan yang fofuler dengan skandal balak, Takiyuddin Hassan hari ini mengumumkan bahawa kerajaan negeri Kelantan akan membina satu kilang pelupusan sampah yang baru bernilai RM20 juta.

Kilang tersebut akan dibina dengan usahasama sebuah syarikat dari cina dan akan dibangunkan di kawasan Bachok Kelantan.

Takiyuddin berkata, "Keistimewaan kilang ini ialah ia boleh memproses sisa buangan sampah jenis organik untuk dijadikan baja tanaman yang akan memberi pulangan pendapatan kepada kerajaan".

Haaa..., baguslah kalau Kelantan sekarang ni lebih utamakan kebersihan. Ramai pelancong dalam dan luar negeri yang dah merungut bahawa Kelantan ni kotor dan langsung tak mencerminkan sebagai negeri "serambi mekah".

Dan Takiyuddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, patutnya jangan lupakan pasal masalah air yang semakin teruk di Kelantan tu. Dah 20 tahun lebih PAS memerintah, takkan kemudahan asas seperti air bersih pun masih tak mampu nak selesaikan?

Pemimpin-pemimpin PAS Kelantan jangan asyik ingat nak songlap balak dan merompak di ladang rakyat saja. Ingat sama kewajiban kepada rakyat di bawah. Dah 20 tahun lebih PAS Kelantan songlap hasil kekayaan negeri, takkan tak boleh nak kongsi sikit dengan rakyat?

Sebut pasal buat kilang sampah yang baru ni, sampah yang lama tu bila nak lupuskan? Rasanya dah bersawang sampah tu duduk di kerusi Menteri Besar Kelantan. Baunya pun..., masyaAllah !!! Sekali dia bukak mulut, baunya mengalahkan longkang tersumbat!

Patutnya "sampah tegar" tu yang perlu diutamakan oleh Takiyuddin untuk dilupuskan. Bukan saja baunya yang tak menyenangkan, kelibatnya pun merosakkan alam sekitar saja. Bukan setakat merosakkan imej Kelantan, "sampah hanyut" tu juga merosakkan imej Islam didalam negara.

Jadi kalau boleh, lupuskan lah ye sebelum sampah tu membawa "penyakit bala" pulak kepada masyarakat Islam di Malaysia ni khususnya di Kelantan.

Nasrudin Tantawi bakal dinobatkan jadi Sasterawan Negara...


Kalau tengok muka, boleh tahan jugak ganas anak si Tantawi ni. Pernah juga terdengar masa di PRK Permatang Pasir dulu pengikut PAS kata muka Nasrudin ni macam muka "The Rock".

Tapi bila saya belek-belek dari dekat, tak adalah macam The Rock ahli gusti dan pelakon popular tu, kalau macam "bee rook" tu adalahh..perangai Nasrudin ni masa di PRK Permatang Pasir dulu. Pompuan mana tah diusungnya kata kononnya bini kedua calon BN yang bertanding.

Tapi itu cerita dulu, sekarang ni mungkin si Nasrudin ni sudah bertobat. Dia tak mau jadi samseng dan "bee rook" dah.

Sekarang ni dalam hati dia sudah ada taman. Dan dalam taman pulak ada banyak bunga raya. Sebab tu lah ketika orang semua bagus punya ceramah hentam UMNO dan BN di Konvensyen Pakatan di Kepala Batas hari tu, Ketua Pemuda PAS ni pi hentam baca sajak.

Haru sungguh! Nasib baik dia tak tibai baca syairr. Kalau tak, mesti Anwar terus ambik dia jadi Coffee Boy yang baru. Wan Azizah pun tersenyum simpul saja masa si Nasrudin ni baca sajak. Ntah lawak ataupun tak Kak Wan saja yang tahu.

Cuba korang bayangkan si Nasrudin ni bersajak. Lebih kurang macam nilah..., suara macam Pyan Habib tapi gaya dia macam Harith Iskandar. Boleh bayang tak?

Tapi ada lah terdengar cakap-cakap ramai orang masa hari tu, kalau Pakatan memerintah negara nanti, confirm Nasrudin Hasan Tantawi ni akan dinobatkan sebagai Sasterawan Negara sebab dia pandai baca sajak.

Habislah lepas ni Pak Samad janggut tak boleh cari makan kalau Pakatan menang PRU. Korang hayatilah sajak dibawah ni sambil bayangkan si Tantawi mendeklamasikannya yee...


Pakatan Rakyat Namanya hebat
Gelombangnya dahsyat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya berbakat
Pendokongnya sepakat Berjuang membawa berkat

Pakatan Rakyat Mendokong negara berdaulat
Menentang pemimpin yang jahat
Agar generasi kita selamat Pakatan Rakyat
Perjalanannya tidak dekat Walau mereka halang dan sekat Namun pejuangnya tidak pernah penat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya bijak dan handal bersilat
Sekalipun difitnah dan diumpat
Mereka mendada bisa menyengat

Pakatan Rakyat Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat Saf – saf kita mesti rapat
Sedikit berkhilaf segera tangan berjabat
Jangan dibiarkan masaalah busuk berulat

Pakatan Rakyat Bersatu kita kerana hormat menghormat
Gagah kita kerana muafakat
Wibawa kita kerana tolak maksiat

Pakatan Rakyat Kini menjadi harapan masyarakat bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online