BREAKING NEWS

WOWWW!!! Nik Aziz berbelanja sakan kerana terlepas dari tuduhan rasuah!!!


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu mendermakan satu pertiga wang simpanannya kepada PAS sebagai tanda syukur kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menutup fail dakwaan rasuah terhadap beliau dan menantunya.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam usaha memperjuangkan Islam.

"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya di Kota Bharu, hari ini.

Baca selanjutnya DISINI...

Pengikut PAS kata Nik Aziz ni adalah pemimpin yang berjiwa rakyat. Orang tua ni juga dikatakan adalah Menteri Besar yang paling prihatin kepada rakyat di Kelantan.

Jadi saya nak persoallah sikit disini, kenapa nak derma wang simpanannya kepada parti PAS? Kenapa tak derma atau bahagikan saja pada fakir miskin di Kelantan?

Sebagai seorang pemimpin yang dikatakan berjiwa rakyat, seharusnya rakyatlah diutamakan dulu.., bukannya parti politik.

Dan sebagai seorang Menteri besar yang di gembar-gemburkan sebagai prihatin dengan masalah rakyat, patutnya Nik Aziz dermakan saja duit tersebut pada ibu-ibu tunggal dan juga orang kurang upaya di Kelantan. Barulah betul punya prihatin kalau macam tu.

Memanglah duit tu hak peribadi dia nak bagi pada sesiapa pun, tapi kalau dah sampai buat sidang akhbar hanya kerana nak bagitahu dia dermakan duit, itu dah jadi bukan peribadi lagi. Itu dah bongkak namanya.

Mungkin orang tua ni tak sangka dia akan dilepaskan dari tuduhan rasuah. Sebab tu lah dia terkejut sampai keluarkan duit simpanan bagi kat orang.

Tapi betulkah dia tak rasuah? Ntah-ntah pegawai-pegawai yang siasat dia tu dah dihulurkan "tiket ke syurga" sorang sekeping. Mungkin pasal tu lah orang tua ni boleh lepas...


p/s: Berapa agaknya nilai duit simpanan yang Nik Aziz derma tu ye? Teringin juga nak tahu....

Muslimat PAS Melaka patut ditukar jadi Musibat !!!


Saya terbaca kenyataan Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajjah Kintan Man mengenai UMNO Melaka yang didakwanya amat biadap serta tak beretika ketika lawatan Najib ke negeri tersebut.

Marah benar muslimat PAS Melaka ni nampaknya. Ingatkan pasal apa.., rupanya dia marah sebab katanya UMNO Melaka pasang bendera parti di pintu pagar Masjid Saidina Ali di Bukit Katil.

Perdana Menteri telah dijemput merasmikan masjid tersebut yang dibina oleh kerajaan negeri Melaka.

Si muslimat PAS ini meroyan lagi katanya UMNO telah mempolitikkan masjid dan UMNO langsung tiada hak untuk berbuat demikian. Katanya lagi, tindakan UMNO memasang bendera parti ini telah mencemarkan kesucian masjid tersebut.

Tu bendera apa yang dikibar sebelah masjid Pokok Sena? Bukan bendera PAS ke?

Ewahh...sedap benar bunyinya bila muslimat ni mengutuk orang. Inilah yang diumpamakan seperti ketam nak mengajar berjalan lurus, sedangkan ketam tu sendiri berjalan tak betul.

Jika beginilah perangai serta pemikiran muslimat PAS, mereka tak patut dipanggil muslimat. Layak sekali jika ditukar perkataan muslimat itu kepada musibat. Tak ada kerja lain asyik tunjuk parti dia saja betul. Macam lah PAS tu bagus sangat.

Si Kintan Man yang tak sedar diri ni tanpa malu mengaku bahawa “PAS tidak pernah menggantung atau memasang bendera atau kain pemidang di pagar masjid, jauh sekali dari menjalankan program parti di masjid, namun apa yang berlaku Umnolah yang melakukan perkara tersebut".

Korang tengoklah sendiri betapa "musibatnya" muslimat PAS Melaka ni. Seluruh negara dah tahu bahawa kerja mempolitikkan masjid takkan boleh dipisahkan dari PAS. Dan PAS jugalah yang bertanggungjawab merosakkan perpaduan umat Islam didalam negara.

Ini bukan program politik mencemarkan institusi Islam yang dianjurkan oleh PAS ke?

Jadi, berani sungguh musibat PAS ni nak menafikan kerja-kerja mungkar parti mereka selama ini. Dia ingat rakyat Malaysia ini buta gamaknya?


p/s: PAS semakin hilang akal dan tak tentu arah...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online