Macam pernah nampak muka kaldai ni...tapi dimana yee...?
Memang benar seperti apa yang Mazlan Aliman cakap. Memang ada banyak babi hutan dalam FELDA. Dah kawasan terokaan berhampiran atau bersebelahan dengan hutan, mestilah banyak babi hutan yang tersesat masuk ke dalam FELDA.
Tapi Mazlan lupa nak cakap tentang satu lagi binatang yang banyak dalam FELDA tu. Mazlan lupa sebut bahawa dalam FELDA juga banyak "kaldai".
Yang menariknya, kaldai-kaldai dalam FELDA ni amat berlainan dengan kaldai-kaldai spesis lain didalam dunia. Kaldai jenis ni hanya terdapat di FELDA Malaysia sahaja.
Menurut empunya cerita, kaldai-kaldai dalam FELDA ni semua dulu asalnya manusia, tetapi telah bertukar menjadi kaldai akibat kerana terlampau percaya kepada tok pawang yang amat "powerful" jampi serapahnya dari kumpulan ajaran sesat cap bulan.
Kadang-kadang, kaldai ni semua boleh bertukar jadi manusia. Mereka semua boleh bercakap dan melakukan aktiviti harian macam kita semua jugak, tetapi mereka akan segera jadi kaldai balik bila nampak kain berwarna hijau yang ada tompok putih ditengahnya.
Kira serupa macam cerita serigala jadian lah. Bezanya serigala jadian akan bertukar menjadi ganas bila nampak bulan, tapi kaldai jadian di FELDA ni semua akan bertukar menjadi bangang bila nampak bendera bulan.
Mungkin Mazlan malu nak cerita pasal kaldai-kaldai FELDA ni semua sebab dia pun sebahagian dari group kaldai ni jugak. Yang bestnya.., Mazlanlah chief Kaldai didalam FELDA tersebut. Sebab tu lah dia malu nak mengaku.
Tak percaya? Cuba pi jerit kuat-kuat take beerrr kat mana-mana FELDA dalam negara ni... Mana yang menyahut, yang tu lah spesis Kaldai jadian..
p/s: Kalau suruh Mamat Khalid buat filem pasal Kaldai jadian FELDA ni pun best jugak...mesti kalah filem 2 Alam Dr Novandri....eehh silapp...Dr Rozmey.
Saya teringat lagi sedikit masa dulu, ramai pemimpin PR khususnya PAS mewar-warkan bahawa pihak Singapura mempunyai rahsia besar Najib. Inilah sebab mengapa pemimpin Malaysia terlalu berlembut dengan Singapura, kata mereka.
Naib Presiden PAS Mahfuz Omar pernah berkata didalam HarakahDaily bahawa Perdana Menteri Singapura mempunyai gambar sebenar pembunuh wanita Mongolia. Sebab itulah Najib terpaksa akur dengan kehendak Singapura didalam sebarang rundingan yang dibuat oleh kedua-dua negara.
Namun sampai sekarang Mahfuz tak mampu memberikan bukti fitnah yang dibuatnya tersebut sama ada benar ataupun tidak Singapura mengetahui siapa pembunuh sebenar Altantuya Saaribu.
Didalam PKR, Badrul Hisham Shahrin @ chegubard juga pernah mendakwa Najib diugut oleh badan perisikan Singapura bagi memaksa Najib menyebelahi Singapura didalam setiap perjanjian dengan negara tersebut.
Kenyataan yang dibuatnya melalui Suara Keadilan tersebut jelas menunjukkan bahawa PKR memang yakin bahawa Singapura amat membenci kerajaan pimpinan Najib.
Tetapi kini, semua pemimpin-pemimpin ini senyap sunyi apabila Singapura mendedahkan bahawa Anwar memang benar seorang peliwat. Terfikir juga, bilakah Mahfuz nak bagi kenyataan? Bila pula chegubard nak komen pasal kenyataan Lee Kuan Yew?
Dulu bukan main mereka bersorak menuduh Najib dikudakan oleh Singapura kerana adanya rahsia besar. Rupanya rahsia besar itu adalah tentang kegiatan pencerobohan lubang belakang oleh Anwar.
Agaknya, bila pulak mereka-mereka ini nak bersorak dan mengulas tentang rahsia besar Anwar yang didedahkan oleh Singapura ini? Mana Mahfuz? Mana chegubard? Menjelmalah dikauuu....
Dua-tiga hari lepas, Pak menteri kita sorang ni suruh rakyat tanam sendiri sayur bagi mengelakkan harga makanan tersebut naik. Tapi kalau dia terbaca apa yang rakan blogger Gomo ni tulis berkenaan penyeludupan gula, mesti Pak menteri kita ni akan suruh rakyat tanam tebu sendiri pulak.
Sepatutnya dia sebagai menteri yang jaga hal kebajikan pengguna, perlulah fikirkan cara terbaik untuk cari jalan penyelsaian bagi memastikan hak pengguna terjaga dan terjamin. Bukannya suruh rakyat cari jalan penyelesaian sendiri.
Kalau sayur naik harga, dia suruh rakyat tanam sayur sendiri. Kalau gula naik harga, mungkin dia suruh rakyat tanam tebu sendiri lepas tu perah buat gula. Macammana pulak bila minyak naik harga? Takkan dia nak suruh rakyat korek telaga minyak sendiri?
Kalau macam ni, tak perlulah kita ada menteri yang jaga hal kebajikan pengguna. Gaji yang kerajaan bayar kepada menteri ni setiap bulan bolehlah kita dermakan kepada ibu-ibu tunggal serta masyarakat kurang upaya (OKU).
Isu Penyeludupan Gula juga merupakan Faktor utama dalam Ketiadaan Bekalan Gula dalam pasaran dan kali ini Gomo ingin mendedahkan satu laporan yang Gomo terima akan Penyeludupan Gula yang berlaku di pintu masuk (CIQ) Tebedu Sarawak.
Di laporkan setiap hari kira kira Lima Kontena Gula di bawa keluar dari Sarawak masuk ke Indonesia oleh syarikat Lian Ham Seng Sdn Bhd yang merupakan pemegang Lesen pembekalan Gula dan Beras dengan harga Subsidi dari Kerajaan. Purata Lima Kontena setiap hari di seludup masuk ke Indonesia dengan jumlah purata Hasil penyeludupan kira kira RM5.25 juta sebulan yang mana setahun meraih keuntungan RM63 Juta.
Bagaimana pihak penguatkuasa speerti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri boleh terlepas pandang akan penyeludupan Gula yang berlaku di Tebedu Sarawak ini? Apakah tiada laporan mengenai kegiatan tersebut?
PEMBOHONG jika pihak KPDN tidak menerima sebarang laporan mengenai Kegiatan penyeludupan Gula ini kerana apa yang Gomo di fahamkan sudah berpuluh Laporan akan penyeludupan ini di sampaikan kepada pihak KPDN baik secara Lisan, Talifon ataupun surat rasmi. Namun tidak ada langsung tindakan susulan dari Menteri yang bertanggungjawap dalam memastikan aktiviti penyeludupan ini di Gagalkan.
Bukan sahaja KPDN Gagal dalam melaksanakan tugas membanteras penyeludupan Gula ini malah pihak KDRM yang sepatutnya menghalang perbuatan penyeludupan Gula ini juga terbabit sama dan boleh Gomo andaikan pihak Kastam juga bersubahat dalam aktiviti penyeludupan Gula ke Indonesia ini. Mana mungkin penyeludupan sampai Lima Kontena setiap hari boleh Lepas begitu sahaja?
Macam mana bekalan Gula tak kurang di pasaran apabila sebuah Syarikat yang mendapat lesen pembekalan Gula dengan harga Subsidi Kerajaan telah melakukan Pengkhianatan dengan Menyeludup keluar Gula ke Indonesia. Rakyat Malaysia yang sepatutnya mendapat nikmat dari Subsidi kerajaan dan bukannya Rakyat Negara Indonesia.
Siapa dalang penyeludupan Gula di Pintu masuk Tebedu Sarawak? Agak memeranjatkan bila nama pihak Polis di kaitkan dengan orang utama di belakang Tabir penyeludupan Gula ini. Seorang pegawai Polis berpangkat SUPT bernama Henry Chua Chiaw Soon lah merupakan Mastermind dalam aktiviti Haram ini yang mana turut di bantu oleh Leonard Sabu yang bertindak sebagai Runner.
Laporan mengenai salah laku Pegawai Polis ini dalam aktiviti penyeludupan Gula juga telah di hantar kepada PDRM namun sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan di buat oleh PDRM dalam menyiasat pegawai Polis berpangkat SUPT ini. Kenapa tidak di jalankan siasatan ke atas mereka?
Jangan lah kerana Tebedu di Sarawak merupakan satu pendalaman maka pihak Berwajib yang sepatutnya melaksanakan kewajipan dalam membanteras penyeludupan ini membiarkan ianya berleluasa tampa sebarang tindakan. Ini jelas merupakan satu pengkhianatan kepada negara Malaysia. Artikel dari Gomo
p/s: Ada menteri serupa tak ada. Bayar gaji suruh buat kerja tapi dibantainya makan gaji buta. Sungguh memalukan!
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.