BREAKING NEWS

Khalifah Lim marah pasal dapat kek hitam dari rakyat P.Pinang.


Hari ni marah betul khalifah Lim setibanya dia dari KL apabila ditanya tentang pemberian kek hitam oleh penduduk kampung P.Pinang. (baca lagi disini)

Dengan lagak seorang diktator, dia menempelak pihak yang menghadiahkan kek hitam kepadanya dengan kata-kata ''Hari jadi saya adalah hak peribadi, saya hanya menyambutnya dengan ahli keluarga, tidak perlulah siapa-siapa beri kek kepada saya".

Nampak tak betapa bagusnya khalifah pujaan puak-puak PAS ini tuan-tuan. Dia begitu angkuh dan juga berlagak sombong bila ditanya tentang hadiah kek tersebut.

Sepatutnya sebagai seorang pemimpin dan seorang Ketua Menteri disesebuah negeri, dia seharusnya sedar bahawa dia berkhidmat untuk rakyat. Dan rakyat berhak untuk mengkritik ataupun mempertikaikan jika ada tindakannya yang salah.

Kini terbukti bahawa Lim Guan Eng adalah seorang pemimpin yang diktator. Segala tindakannya langsung tak boleh ditanya ataupun dipersoalkan. Bagi kek lagilah tak boleh.

Guan Eng lupa bahawa dia kini adalah "hamba" kepada rakyat di P.Pinang. Dia juga lupa bahawa hasil cukai rakyatlah yang membayar gajinya sepanjang 2 tahun lebih menjadi Ketua Menteri di negeri ini.

Jika beginilah sikapnya sebagai pemimpin, wajarlah dia ditolak sepenuhnya pada PRU yang akan datang. Rakyat P.Pinang harus hantar apek bekas banduan ini balik ke Melaka!

p/s: Memalukan sungguh bila apek kurang ajar ni pakai gelaran khalifah...semua ni puak PAS punya kerja lahh...

Najib patut buang Pak Menteri sorang ni kalau nak menang PRU !!


Nampaknya Pak-pak menteri kita ni berasakan bahawa rakyat Malaysia bodoh dan masih duduk dibawah tempurung. Mungkin mereka ingat bahawa rakyat Malaysia hanya dengar dan percaya bulat-bulat apa yang mereka cakap di TV dan media cetak sahaja.

Sebab itulah Pak-pak menteri ni semua suka-suka hati sahaja perbodohkan rakyat dan berjanji mengalahkan pasangan yang angau bercinta.

Saya lihat, setiap kali harga barang atau keperluan asas dinaikkan, setiap kali itulah juga Pak-pak menteri kita ni akan keluarkan ayat "hancing" kononnya nak kawal dan pantau para peniaga yang menaikkan harga jualan mereka.

Tapi, setelah beberapa lama dok jaja ayat yang sama, hasilnya langsung tak ada. Dalam bahasa kasarnya.., hasil macam hampeh!

Rakyat Malaysia boleh melihat sendiri cakap tak serupa bikin Pak-pak menteri ni. Pemantauan yang kononnya akan dilakukan oleh pihak mereka langsung tak efisyen, malah boleh saya katakan, langsung tak ada.

Yang ada cumalah lakonan pak-pak menteri ni didalam berita atau media cetak turun melawat pasar-pasar basah sambil tersenyum kambeng kononnya memantau harga barangan keperluan. Macam gampang!

Rakyat bukannya bodoh. Setakat keluarkan kenyataan dan melalak kononnya nak pantau harga barang, lepas tu ambil tindakan yang hangat-hangat taik ayam sekadar nak memenuhkan KPI.., baik tak payahlah wahai pak menteri. Jangan ingat rakyat semua terpedaya dengan lakonan wayang gampang anda semua tu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati kerana perbuatan mereka itu kini sedang dipantau dan direkodkan.

Dia berkata, biarpun buat masa ini tiada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap peniaga 'cekik darah', tetapi semua rekod tersebut akan dijadikan rujukan apabila Akta Anti Pencatutan 2010 mula berkuatkuasa April tahun depan.

Kalau inilah kualiti pak menteri di barisan kabinet yang masih ada didalam pentadbiran Najib, saya yakin bahawa rakyat akan semakin menolak UMNO dan Barisan Nasional dimasa akan datang.

Jangan bercakap pasal ketuanan melayu atau apa sekalipun kalau ketuanan rakyat masih lagi tak diutamakan. Rakyat memilih anda semua untuk berkhidmat serta memakmurkan negara dengan baik, bukannya rakyat melantik anda sebagai pemimpin yang hanya tahu berjanji kosong sambil membuat kekayaan untuk diri serta kroni!


p/s: Macam manalah orang macam ni boleh jadi menteri...

Dah tiba masa yang sesuai untuk PKR ditalkinkan...


Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) menjalankan satu bancian pada November lalu disekitar ibu negara. Mereka yang terlibat dalam bancian itu termasuklah pengundi di kerusi yang dikuasai oleh PKR, termasuk di Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Hasil dari bancian tersebut menunjukkan bahawa PKR kini sememangnya lemah terutamanya selepas beberapa kemelut yang berlaku didalam pemilihan parti tersebut baru-baru ini.



Yang pasti, pengaruh Anwar kini makin merudum dan juga kepercayaan rakyat terhadapnya semakin hilang sedikit demi sedikit.

Apa boleh buat, walaupun Anwar merupakan anugerah tuhan seperti kata Kak Wan didalam ucapannya baru-baru ini, ia terbukti bukan semua rakyat mampu "menikmati" anugerah tersebut. Itu anugerah.., hanya Azmin yang punya.



Selepas ini, eloklah rasanya Ostad Badrul Amin yang baru tambah "cabang" bacakan talkin buat parti anutannya ini. Jangan hanya asyik ingat doa mandi junub saja Ostad..nanti siapa nak bacakan talkin buat PKR?

p/s: Siakap senohong masak gulai tawar..., bercakap bohong lama-lama jadi macam Nuar..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online