Desas desus mengatakan bahawa Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin bakal dilantik sebagai Menteri didalam rombakan kabinet yang dijangka diumumkan akhir bulan ini.
Khabar ini dikuatkan lagi dengan pencapaian beliau yang mencatatkan kejayaan mengagumkan dengan penambahan keahlian Pemuda UMNO seramai 40 ribu orang sehingga kini diatas hasil usaha beliau.
Dua portfolio yang disebut-sebut akan diisi oleh Ketua Pemuda UMNO ini ialah diantara Menteri Belia dan Sukan ataupun Timbalan Menteri Kewangan. Dan dikhabarkan bahawa Timbalan Perdana Menteri juga telah merestui penyenaraian Khairy didalam barisan kabinet negara.
Baca selanjutnya
disini...
Wahhh...ini sudah cerita hot. Mesti ramai yang patah hati dan kecewa jika Kj dinaikkan jadi menteri ataupun timbalan menteri. Kalau kecewa dan patah hati tu kira ok lagi lah.., jangan berpatah arang sudahh...
Tapi kira hebatlah juga si Kj ni ye.., dalam masa ramai orang dok hentam dia, tup-tup nama naik juga dalam senarai barisan kabinet Najib. Pakai bomoh kot mamat ni? Ntah-ntah dia jumpa bomoh orang asli masa di Galas hari tu.., siapa tahukan?
Timbalan menteri kewangan tuu.., bukan calang-calang posisi. Tapi mungkin juga sebab Kj pernah jadi penasihat kewangan kepada Tun Lah dulu, mungkin sebab tu lah ada rumors macam ni.
Apapun, gud luck lah pada Kj. Tak tahu nak cakap apa, cakap susah.., tak cakap pun susah. Harap-harap jika dia dipilih didalam kabinet, itu merupakan keputusan tepat dari PM kita.
Kalau nak bantah pun, siapalah kita ni kannn.... Bukan blogger elit yang boleh mencaturkan politik negara punnn..
p/s: Kembali kuatkah UMNO atau makin merudum prestasinya bila Kj jadi menteri? Tungguuuu....
Calon bagi jawatan Ketua AMK PKR Badrul Amin atau lebih popular dengan panggilan CheguBard, tak mengiktiraf keputusan Pemilihan PKR yang berlangsung baru-baru ni.
Dalam kenyataannya kepada media, dia akur dengan keputusan pemilihan tersebut tetapi tak mengiktirafnya selagi pihak atasan tak memberikan penjelasan bertulis.
Lawaklah bekas calon Ketua AMK ni. Dia puas hati ataupun tak.., dia ingat Anwar akan peduli ke? Bagi Anwar, yang penting Azmin dah menang jadi Timbalan Presiden. Yang lain-lain nak meroyan atau apapun lantaklah.
Kononnya mamat ni bagus sangat dan teramat popular dikalangan AMK PKR. Tapi tup-tup kalah ditangan Samsul Iskandar @ Sam pendek. Sebab tu lah dia meroyan dan malu sangat. Dan lagi satu disebabkan dia sendiri tak percaya bahawa dia akan kalah.
CheguBard ni lupa bahawa yang berkuasa didalam PKR hanyalah Anwar Ibrahim. Yang lain-lain tu semuanya kayu saja dalam parti tu. Jadi kalau Anwar kata menang, maka menanglah. Kalau Anwar kata kalah, maka kalahlah walau macam mana hebat sekalipun.
Satu nasihat untuk chegubard, lainkali kalau nak bertanding jawatan dalam PKR, kena mohon restu Anwar dulu. Kalau dia minta pengeras apa sekalipun kena bagi, kalau nak menanglah. Contoh yang paling baik ialah Azmin.., semua dia sanggup korbankan demi Anwar.
Itulah satu-satunya cara nak jadi pemimpin dalam PKR. Kena ingat.., PKR itu Anwar dan Anwar itu PKR. Bukankah Anwar itu anugerah tuhan didalam PKR? Tak percaya pergi tanya Wan Azizah.
p/s: Tak tahulah Samsul bagi "pengeras" apa kat Anwar sampai dia boleh menang...
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.