BREAKING NEWS

DAP lebih islamik di Perak...


DAP mencipta sejarah dengan menganjur dan menaja Majlis Bersunat beramai-ramai di Masjid Al Munawarasah di Taiping pada minggu ini. Nampaknya Nga Kor Meng serta DAP Perak lebih islamik dari PAS mahupun parti melayu lain di negeri tersebut.

Gamaknya, dah tiada pemimpin serta parti melayu/Islam di negeri Perak hinggakan DAP terpaksa menganjur dan menaja anak-anak kita bersunat. Namun, semua yang terjadi ini ada kebaikan tersembunyi disebaliknya.

Tak salahlah jika Nik Aziz selama ini begitu mengagumi para kafirun didalam DAP. Kuffar-kuffar DAP ini semua memang pandai berlakon untuk menarik sokongan umat melayu/islam didalam negara. Punyalah hebat lakonan mereka hinggakan "wali tersohor" seperti Nik Aziz pun terpedaya dengannya.

Kita semua juga harus berterima kasih kepada Nizar Jamaluddin kerana ini pasti hasil dari didikan beliau terhadap gerombolan DAP di Perak. Tanpa Nizar, DAP Perak ini sudah pastinya masih jahil tentang islam. Nizar wajar diberikan penghargaan diatas imej islamik Nga dan DAP ini semua.

Jadi, selepas ini kita tak boleh lagi kata DAP itu anti Islam dan anti melayu kerana DAP kini dah jadi lebih "islamik" dari PAS. Mana tak islamiknya, sampaikan "anu" anak-anak orang PAS pun DAP tolong sponsor potongkan.

Mungkin lepas ni, jenazah orang PAS pun DAP boleh tolong mandikan sekali. Kalau boleh, talkinnya pun dibacakan oleh para "khalifah DAP". Barulah ngamm.


p/s: Makin bertambah taksub dan sayanglah puak-puak tu kepada para kafirun DAP selepas ni.

Orang Penang bagi kek hitam untuk Guan Eng sempena harijadi ke 50.


Guan Eng dikhabarkan telah menerima kek hitam lagi sempena hari lahir beliau yang ke 50 di KOMTAR hari ini. Tiga kek hitam berbentuk hati itu diberikan oleh beberapa Ngo sebagai ingatan kepada Lim Guan Eng tentang apa yang telah dilakukan oleh pemerintahan Lim dan DAP di Pulau Mutiara tersebut.

Ngo-Ngo terbabit ialah, Persatuan Anak Jati Pulau Pinang, Persatuan Peniaga Komtar, penduduk Kg Genting, Kg Jln Pokok Asam dan bekas penduduk Kg Buah Pala, turut hadir Aminah Abdullah, Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia.

Baca cerita selanjutnya disini...

Ini lah tanda bahawa rakyat P.Pinang dah mula sedar segala perbuatan jahat Guan Eng dan kerajaan komunis DAP di P.Pinang. Nasib baik mereka bagi kek hitam, kalau mereka hadiahkan tahi lembu atau seumpamanya, lagilah malu apek Melaka ni.

Tahniahlah pada NGO-NGO yang terbabit. Satu inisiatif yang baik untuk memalukan Ketua Menteri kiasu ni. Jangan biarkan puak-puak chauvinis ni duduk relaks saja. Patutnya hari-hari kena kacau depa.

Tahniah sekali lagi. Lepas ni kita buat demo pulak kot nuu...


p/s: UMNO P.Pinang bagi hadiah apa untuk Tuan Lim? Takkan lena balik kot?

Padan muka!! Anwar dan 6 MP digantung oleh APCO!!


Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dilaporkan tidak akan mendengar lagi keterangan saksi, termasuk dari Anwar dan akan membuat rumusan berdasarkan sepucuk surat penjelasan oleh firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide.

Kerajaan pada April lalu mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana membidas slogan 'Satu Malaysia' yang diilhamkan oleh Apco, didakwanya ditiru dari konsep 'One Israel' yang digunakan oleh perdana menteri Israel, Ehud Barak pada 1999.

Usul tergempar untuk mempersoal hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa diberi peluang membela diri, ditolak hari ini.

Berikutan penolakkan usul itu, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan dewan dalam protes.

Baru padan muka Anwar serta kroninya yang tak habis-habis dengan persepsi kerajaan mengupah agensi yahudi APCO. Kan dah kena gantung dari Sidang Dewan.., gaji pun kena potong.

Inilah akibatnya jika selalu sangat membohong kerana semata-mata nak jadi popular. 16 sept bohong, bubar parlimen pun Anwar bohong jugak. Kalau sepuluh dia bercakap, 11 yang bohong.

Peliknya, selalu sangat Anwar dan puak PKR cakap pasal APCO, seolah-olah dia lebih tahu pasal Agensi yahudi ni dari pihak yang dituduhnya.

Musykil juga.., mungkin Anwar yang sebenarnya bersekongkol dengan yahudi dan Israel. Dan nak tutup kegiatan jahatnya, maka terpaksalah dia tuduh pihak lain. Yalahh...siapa yang nak mengaku berak di tengah jalan kannn?


p/s: Anwar ramai kawan Yahudi dan dari Israel.., Najib takdak pun..

Benarkah Nik Aziz tenat?


Sumber- MalaysianVoices


8 Disember 2010 - Sebuah portal maya, Malaysian Instinct telah membuat kenyataan bahawa Mursyidul Am PAS iaitu Nik Aziz Nik Mat terpaksa dibawa ke Hospital kerana dipercayai sesak nafas.

Portal tersebut juga melaporkan bahawa Nik Aziz dikatakan sedang tenat hingga terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di Hospital.

Dikhabarkan, sakit Nik Aziz adalah lanjutan dari sakit tua beliau yang telah dialami sejak ketika beliau menunaikan haji di Tanah Suci. Sebab itulah beliau terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak ke sana sini sewaktu mengerjakan ibadat tersebut.

Jika berita ini benar, diharap beliau akan segera sembuh dan juga dapat kembali dengan secepat mungkin untuk berkhidmat kepada rakyat Kelantan. Semoga Allah swt mengurniakan kesejahteraan buat beliau.

p/s: Walauapapun, semoga Nik Aziz dipanjangkan umur dan diberikan kekuatan lagi untuk melakukan kebaikan didunia ini....Aminnn..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online