Selepas upacara menunjukkan perasaan marah dan membantah terhadap kenaikan air di ibukota, khabarnya Mat Sabu dan Mahpus akan mengepalai pula satu lagi upacara yang sama tetapi kali ini di Kedah pula.
Kalau SYABAS dibantah kerana menaikkan tarif air sebanyak 37%, kerajaan negeri Kedah lagi melampau kerana membiarkan SADA menaikkan tarif air sebanyak 100%. Mana UMNO Kedah yang kononnya mahu membela rakyat? Takkan masih tidur dibangunan Tunku? Elaun masuk tiap-tiap bulan buat apa? Makan gaji buta ke?
Jangan mimpilah UMNO Kedah nak tolong rakyat, depa pun masih bagus punya dok mimpi lagi. Buat apa UMNO Kedah nak buat kerja? Kan tiap-tiap bulan dah gerenti mahsyukk elaun dari pusat. Kalau tidur pun masyukk jugak apa.. Sebab tu lah kena harapkan pada Mat Sabu dan Mahpus. Dua orang ni dah gerenti bagus.
Azizan Razak memang patut letak jawatan dan digantikan dengan Mat Sabu atau Mahpus yang lebih prihatin kepada rakyat. Cuba tengok Mat Sabu, kalau nasib rakyat Selangor pun sanggup dia bela, takkanlah nasib orang kampungnya sendiri yang sengsara dia akan biarkan. Mat Sabu dan Mahpus pasti akan bangun menentang kezaliman Azizan di Kedah demi keadilan!
Ini baru dikatakan pemimpin yang adil dan pemimpin yang mengamalkan demokrasi terpimpin. Tak sia-sia Mat Sabu dan juga Mahpus menjadi pemimpin pujaan rakyat Malaysia. Dan tak salah kalau Mat Sabu dan Mahpus diangkat sebagi ikon pemimpin yang memperjuangkan keadilan untuk rakyat.
Kalau peserta demonstrasi membantah "kezaliman" SYABAS dikatakan mencapai 150'000 orang oleh sumber yang "paling soheh dan tepat" seperti Harakah, pasti jumlah yang bakal menyertai Mat Sabu dan Mahpus ini akan lebih berlipat kali ganda jumlahnya.
Anggaran awal ialah sebanyak 500'000 peserta yang akan turun padang bersama kedua-dua pemimpin ini. Itu hanya dari Kedah, kalau dicampurkan dengan yang datang dari luar, jumlahnya pasti akan mampu mencecah 1 juta orang!
Kenapa? Anda tak percaya dengan semua ini? Percayalah kerana ini bukannya cobaannn...Lihat bil SADA dibawah yang membuktikan kenaikan tarif air sebanyak 100% di Kedah.
Dulu kadar minima bagi 20 hingga 60 meter padu hanyalah 3 ringgit sahaja. Tapi sekarang dinaikkan kepada 6 ringgit. Itupun setakat dibawah 35 meter padu saja, kalau lebih kena bayar 15 ringgit!!! Bijak sungguh Ustad Zizan berniaga....
p/s: Awat jadi lagu tuuu? Ni yang Mat Sabu dan Mahpus marah sangat...


